Anugerah planet muzik edisi 2018 (APM2018) yang telah pun melabuhkan tirainya nyata memberi seribu satu momen indah buat peserta bertanding.

Masakan tidak, majlis anugerah tahunan serantau itu menjadi medan terbaik buat penggiat seni empat negara di dalam mempersembahkan karya seni masing-masing yang unik dan tersendiri.

Paling mencuri tumpuan tentunya kemenangan Ayda Jebat bagi kategori Lagu Terbaik Malaysia menerusi lagu Mata yang sebelum ini menerima reaksi pelbagai di kalangan pencinta seni tempatan.

Ads

Menyifatkan kemenangan yang diraih sebagai suatu kenangan paling manis setakat ini sepanjang bergelar penyanyi, Ayda Jebat tidak mahu isu kenyataan yang dikeluarkannya saat menerima anugerah berkenaan, disalah erti.

“Itu ibaratnya macam luahan daripada hati. Segala kesulitan, kenangan manis dan buruk akhirnya disusuli dengan kejayaan yang di luar jangkaan ini. Terima kasih buat juri profesional kerana memberi penghargaan setinggi ini untuk Mata.

 

“Harapnya juga dengan kemenangan ini, ia setidak-tidaknya memberi signal buat penggiat seni tempatan supaya usah hadkan diri dalam berkarya. InsyaAllah sesuatu yang baik itu akan disusuli dengan impak yang baik juga.

 

“Saya dan pihak pengurusan sendiri tidak sangka dan bila diumumkan sebagai pemenang, pastinya saya bersyukur,” katanya kepada MH.

Percaya kepada rezeki, heroin Pinjamkan Hatiku ini juga optmis untuk memberikan yang terbaik buat para peminatnya selepas ini.

Ads

“Saya percaya rezeki itu ada di mana-mana. Yang pasti, saya tidak mahu putus asa sebaliknya mahu terus berikan yang terbaik buat peminat tersayang selepas ini. Tahniah juga team Mata atas kejayaan ini,” terang Ayda yang lebih gembira bila hadiah disampaikan idolanya sendiri.

Jelas Ayda, bila nampak saja wajah Datuk Seri Siti Nurhaliza, hatinya rasa lebih tersentuh.

“Lepas buat persembahan, saya tunggu di belakang sebab kata mereka, selepas ini ada anugerah melibatkan saya. Jadi saya tungguhlah di tepi tangga sehingga nama diumumkan.

 

“Masa tu saya tak dapat tahan sebak dan bila tengok saja TokTi, dia sempat pesan pada saya. Katanya, jangan pengsan kat sini, adik (nama timangan Ayda Jebat). Siapa yang tidak gembira bila dapat anugerah yang diberikan penyanyi nombor satu negara kan,” akhirinya.

Ikuti sedutan rakaman ucapan tahniah dari Judika buat Ayda di IG Media Hiburan.

Ads

Foto: Instagram Anugerahplanet

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI