Kenapa MH dengar macam-macam cerita yer mengenai drama Isteri Untuk Diiktiraf ni?
Sebelum ini, kecoh bila ada yang tak senang melihat kelibat penyanyi dan pelakon Ayda Jebat ke set tersebut hingga Sheila Rusly sendiri muat naik satu posting di laman Instagram miliknya mengenai perkara tersebut.
Kali ini, muncul pula kata-kata penafian daripada heroin drama tersebut, Elvina Mohamad menafikan hubungan mesranya dengan hero drama itu, Redza Rosli.
Katanya, dia mengetahui dan menghormati hubungan aktor tersebut dengan Ayda dan tidak terfikir untuk mendekati Redza.
“Saya terkejut dengan gosip itu dan tak tahu apa motif buat cerita tak betul macam tu.
“Semua orang tahu Redza dengan Ayda, jangan nak lagakan saya dengan dia pula dengan cerita macam ini,” katanya kepada Mstar Online
Dalam pada itu, Elvina menegaskan bahawa hubungannya dengan Redza masih bersifat profesional.
“Hubungan kami hanya dalam set sahaja, kalau keluar makan bersama pelakon dan kru produksi pun dia tak pernah ikut.
“Pelik betul boleh timbul cerita konon kami keluar bersama sebab dia jarang bergaul dengan kami lepas tamat pengggambaran,”jelasnya lagi.
Bagi MH, harapnya lepas Elvina dah keluarkan kenyataan macam ni, jangan lah pula ada yang masih nak melagakan orang kan… Tak elok buat macam tu.
sumber: Mstar Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI