Baru-baru ini di akaun Instagram isteri Awal Ashaari, Scha Alyahya, Scha ada berkongsi gambar di mana dia bersama Awal serta rakan-rakannya telah pergi bercuti di sekitar negeri Perak.

Sudah menjadi lumrah, akaun Instagram kepunyaan selebriti pasti akan dihujani dengan komen-komen daripada netizen.

‘Jangan Nak Cakap Sesedap Mulut’ – Awal Ashaari

Terdapat satu komen yang dtinggalkan oleh netizen telah mendapat perhatian oleh Awal sehingga dia membalas komen netizen tersebut.

IKLAN

Netizen tersebut telah meninggalkan komen dengan mengatakan supaya artis-artis di Malaysia ini tidak perlu untuk menunjuk-nunjuk kemewahan.

‘Jangan Nak Cakap Sesedap Mulut’ – Awal Ashaari

IKLAN

Rentetan daripada komen tersebut, Awal telah membalas kata-kata negatif itu dengan mengatakan, netizen jangan bercakap ikut sedap mulut sahaja.

‘Jangan Nak Cakap Sesedap Mulut’ – Awal Ashaari

IKLAN

Biasalah, kalau dah jadi selebriti ni memang apa sahaja yang dilakukan pasti akan mendapat perhatian daripada netizen. Ada yang suka dan memuji dan ada juga yang mengecam dan menghina.

Sepatutnya netizen tidak perlulah mengata yang bukan-bukan sehingga mengecilkan hati orang lain. Biarlah selebriti nak buat apa sekali pun sebab mereka pun manusia biasa seperti anda juga.

Sumber: Instagram Scha Alyahya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI