Bulan Ramadan bakal menemui 10 malam terakhir sebelum meraikan Aidilfitri tidak lama lagi.
Rozita Ibrahim menerusi ruang Instagram memberikan peringatan dalam melaksanakan ibadah berpuasa.
Ulasnya, walaupun di bulan Ramadan, namun sukar untuk mengawal nafsu dan melakukan kesilapan.
Malah, lebih sia-sia apabila berpuasa tanpa menunaikan kewajipan bersolat.
“Assalamualaikum sahabat followers yg sgt sy sayangi..tulisan bonda pd pagi ini.
Ads
“Wlupun syaitan telah diikat waktu bulan Ramadan..tapi sebenarnya diri kita ni sendiri yg masih x mampu nak kawal dn xkn terlepas drpd membuat kesilapan…!
“Wlupun dah berbekalkn dgn iman..ilmu tp mesti akan ada lh pasang surutnya..nafsu dalam diri yg x blh dikawal..!kita mesti ada buat silap yg kita anggap benda tu sebagai benda2 remeh.
“Contohnya berpuasa..tp x solat..sbb berpuasa di bulan Ramadan dirasakn sbg satu budaya..klu kita x solat, maka kita ni hanya dpt lapar dn dahaga saja..! Lg satu..byk tidur disiang hari..sehingga terlepas dr peluang utk buat amal ibadah sprt baca quran..dn solat.
Ads
“Kesalahan2 ni lah sebenarnya yg akan mengurangkn pahala puasa kita.. sy dh tua2 ni pun tegas pd diri dn kalah dgn sikap dn hati sendiri.
“Ingat kita ni dah buat yg terbaik…!sebenarnya waktu bulan inilah yg kita perlu gunakn utk dijadikn sbg permulaan kpd kita org islam supaya jd lebih bai jdnya bila selepas bulan ramadhan.
Filem animasi Aladdin yang mula ditayang pada 1992 merupakan antara filem animasi ikonik Walt Disney yang masih kekal relaven ditonton sehingga sekarang.
Lantaran itu, setelah lebih hampir 27 tahun, Walt Disney akhirnya memutuskan untuk menghasilkan semula (remake) filem Aladdin tetapi kali ini versi manusia sebenar.
Walaupun ia merupakan sebuah filem remake, namun elemen pembaharuan yang ingin diterapkan tampak lebih segar terutamanya daripada segi pemilihan pelakon.
Malah, sinematografi yang cuba dipaparkan melalui filem ini turut kelihatan lebih realistik berlatar belakangkan tanah arab iaitu Kota Baghdad seawal abad ke-20.
Seperti yang diketahui umum, Aladdin mengesahkan tentang seorang pencuri yang bermaharajalela di sebuah daerah kecil di Kota Baghdad yang dipanggil Agrabah.
Aladdin diceritakan telah bertemu dengan sebuah lampu ajaib lalu berkawan dengan seorang jin.
Dia turut berpeluang meminta tiga hajat sebelum dapat bertemu dengan tuan puteri jelita yang dikenali sebagai Princess Jasmine.
Pastinya, Aladdin kali ini menjanjikan aksi yang lebih menarik daripada hero Mena Massoud (Aladdin) di samping gandingan hangat bersama Naomi Scott (Princess Jasmine), Will Smith (Genie) dan Marwan Kenzari (Jafar).
Apa yang menariknya, pelakon A-list Hollywood, Will Smith bakal melakonkan watak Genie yang diketahui umum memiliki keperibadian yang lucu.
Bagi watak Princess Jasmine pula, Naomi bakal menggayakan beberapa persalinan mewah sepanjang filem tersebut berlansung yang jelas sekali berbeza dengan filem animasi Disney Aladdin yang cuma menampilkan Princess Jasmine dalam persalinan ala punjabi berona biru kehijauan.
Dalam pada itu, filem Aladdin ini turut digambarkan penuh berwarna-warni sesuai dengan latar filemnya yang berunsurkan kehidupan gah zaman dahulu kala sekitar negara timur tengah.
Bagi peminat di Malaysia pula, lagu tema filem Aladdin nyanyian asal Zayn Malik dan Zhavia Ward berjudul A Whole New World akan dinyanyikan semula dalam versi Bahasa Melayu oleh Shila Amzah dan Hael Husaini.
Filem Aladdin dijadual bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula pada 24 Mei 2019.
Sumber/Foto: Entertainment Weekly, Instagram Aladdin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menggalas tanggungjawab dan amanah yang cukup besar apabila membawa seorang mualaf dalam rumah tangga sebagai isteri tercinta.
Mengakui ramai yang mengagumi kerana berjaya menambat hati seorang saudara baru, namun bagi hos, Nazrudin Habibur Rahman, cabarannya cukup hebat.
Silap langkah, dia sendiri akan turut sama hanyut.
Katanya ketika pada peringkat awal, dia menggunakan pendekatan yang agak tegas sehingga menyebabkan isteri, Sheahnee Iman Lee sering berjauh hati.
Tegas Naz lagi, dia mahu isteri mengalun ayat suci al-Quran dengan sempurna namun sukar kerana memandangkan lidahnya agak pelat.
Menyedari ada sedikit kesilapan dalam soal mendidik si isteri, akhirnya dia mulai menggunakan pendekatan yang lebih lembut, iaitu mengajar sambil bergurau senda. Setakat ini, ia berkesan.
“Dalam kita berdakwah, kita tak boleh terlalu tegas, dalam keadaan amarah, beri tarbiah sentap kerana ia membuatkan mereka berjauh hati. Dan saya nak masyarakat tahu, impian terbesar muallaf adalah ibu, ayah dan keluarga dia masuk Islam.
“Macam mana kita nak ubah jika setiap apa yang keluar daripada mulut kita adalah kata-kata kesat dan tidak membina. Itu bukan dakwah.
“Macam isteri saya, lagi saya keras lagi dia menjauh. Seperti contoh, dia lemah dalam tafsir kerana dia pelat. Mula-mula saya tegas mahu dia menyebut dengan betul namun isteri jadi kecewa dan semakin jauh hati. Saya ubah pendirian dan cuba tidak lemahkan semangat dia.
“Bila kita bawa seorang mualaf, cabarannya memang hebat. Orang kata untunglah, tapi tidak sekali-kali senang. Memang susah tapi sangat senang untuk hanyut.
“Bila kita bawa orang lain ni, tanggungjawab dua kali ganda. Saya nak bawa pendekatan falsafah berlandaskan sunnah Rasulullah SAW. Bukan senang nak capai kata sepakat,” katanya kepada MH.
Mengimbau kembali perkenalan bersama isteri pula, pengacara popular ini tertarik mahu mengenali Sheahnee apabila wanita itu belajar mengenali Islam.
Kongsinya lagi, kadang kala agak sukar memandangkan seorang mualaf akan mempersoalkan segala yang berlaku di sekeliling mereka.
“Saya tertarik dengan dia kerana dia belajar fasal Islam. Saya tertanya-tanya diri, bolehkah saya galas tanggungjawab itu. Kita mula bercakap pun mengenai Islam. Saya pula bukan jenis yang berserban dan berjubah yang mulutnya sentiasa berzikir.
“Kita kena berdakwah melalui budi pekerti dan adab, sunnah dan cara hidup. Mualaf akan sentiasa persoalkan semua perkara yang kita lakukan.
“Bila membawa seorang masuk Islam, secara tidak langsung saya juga belajar untuk menjadi muslim yang lebih baik,” tuturnya lagi.
Dalam pada itu, dia turut berkongsi tips mendidik anak-anak. Bintang berusia 40 tahun ini menambah, jangan sesekali membiarkan anak-anak menjadikan ibu bapa sebagai kawan. Mereka harus belajar batas dan hormat.
“Dengan anak-anak, saya tak layan mereka seperti kanak-kanak. Kita selalu berdiskusi dan berdemokrasi. Namun mereka tidak sekali-kali kawan saya. Mereka sedar saya abah dan Sheahnee adalah ibu. Saya ambil pendekatan ayah saya dahulu, namun buang cara yang kasar.
“Memang sangat sukar sebab keletah anak-anak memang menguji. Penyelesaian bukan dengan kekerasan, kelembutan dalam mengatasi segalanya.”
Tambahnya lagi, anak-anak tidak hanya belajar daripada yang diberitahu, namun mereka memerhati setiap apa yang kita lakukan dan katakan.
“Bila anak dah besar dan kita lihat bagaimana dia marah adik dia seperti yang kita lakukan, baru kita sedar, setiap apa yang kita lakukan mereka belajar. Mereka belajar bukan daripada kata-kata, namun melalui telinga dan mata.
“Jangan sesekali tunjukkan contoh tidak baik walaupun tiada siapa yang lihat. Anak-anak akan belajar bahawa mereka boleh buat salah sekiranya tiada orang di sekeliling. Seperti contoh, langgar lampu isyarat sewaktu tiada orang.
“Tip daripada saya, jika nak lakukan kebajikan, lakukan dengan anak-anak sebagai satu projek keluarga,” kongsinya mengakhiri perbualan.
Dalam pekembangan lain, Naz Rahman dan keluarga akan menghiasi slot Family Firdaus di saluran Astro Oasis dan Astro Oasis HD pada 15 Mei 2019 pada jam 7.30 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Aizat Amdan mengakui jarang meluangkan masa bersama arwah bapanya kerana sibuk dengan tuntutan kerja.
Bagaimanapun, dia tetap berasa syukur kerana Allah masih memberinya peluang untuk menjaga bapanya itu sepanjang setahun terlantar sakit akibat angin ahmar.
“Saya mengaku saya memang jarang sangat luangkan masa dengan ayah saya selalu. Saya dulu takut dengan ayah saya ada jarak antara kami. Ayah saya seorang yang agak garang dan tegas.
“Tapi alhamdulillah tuhan telah berikan saya masa dalam satu tahun itu dia terkena stroke dan terlantar di atas katil. Saya kena jaga dia macam mana dia jaga saya sewaktu kecil. itulah doa yang sering kita baca dalam solat kita.
“Saya bersyukur saya dapat jaga dia, basuh najis dia dan mandikan dia. Bukan saya seorang sahaja tapi seluruh ahli keluarga saya,” katanya.
Aizat berkata demikian ketika ditemui di Pelancaran Video Muzik Angin Lalu & Mini Showcase Aizat Amdan di The Gardens Theater, Mid Valley pada Jumaat.
Tambah Aizat lagi, lagu Angin Lalu ini adalah luahan hatinya secara peribadi terhadap pemergian bapanya itu.
“Ini adalah luahan hati saya secara personal. Mungkin apabila ayah saya hilng tu, ramai orang yang betul-betul concern dan tersentuh.
“Kerana itu baru saya tahu impak ayah saya dengan orang lain,” katanya lagi.
Selain muzik video, lagu Angin Lalu ini turut disertakan dengan sebuah filem pendek yang sangat menyentuh hati dan ianya boleh ditonton di laman Youtube.
Terdahulu, Aizat turut menerima penghargaan daripada pihak Warner Music apabila lagu Sampai Ke Hari Tua menerima anugerah 4X Platinum.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.