Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima menggesa semua pihak untuk tidak menggelarkan mereka yang terlibat dengan aktiviti pensundalan dan penghasilan video seks sebagai pelakon.
Menurut Erma, dia menganggap gelaran tersebut sebagai satu penghinaan buat industri seni tanah air.
“Kalau setakat berlakun jadi extra, harap janganlah hendaknya guna gelaran pelakon itu ya.
“Kesian industri kami,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Ads
Kenyataan Erma itu merujuk kepada tajuk berita sebuah portal akhbar tempatan yang melaporkan mengenai penahanan enam wanita dipercayai terbabit dalam rakaman aksi seks bersama seorang lelaki tempatan dikenali ‘Hot Daddy’ dan menjualnya di media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menyatakan pandangan yang sama selain turut mengeji perbuatan terkutuk itu.
“Ya betul,” komen pelakon terkenal, Nur Fazura.
“Memalukan. Macam tiada kerja halal nak buat,” kata seorang netizen.
Ads
“Seni itu amat tinggi martabatnya,” balas seorang individu.
“Itu bukan pelakon tapi penyundal,” tulis seorang netizen.
Jumaat lalu, lelaki tiga anak dikenali ‘Hot Daddy’ yang ditahan kerana merakam dan menjual aksi hubungan intim melalui aplikasi X, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Ads
Lelaki terbabit, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 dan dua teman wanitanya Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34, kerana mempromosikan aktiviti seks untuk keuntungan
Mereka ditahan pada 17 Januari lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dalam serbuan di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang.
Siasatan oleh JSJ sebelum ini mendapati suspek menjual video berkenaan dalam aplikasi X dengan kadar RM100 bagi 200 video sebulan dan RM20 bagi 13 video sebulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Erma Fatima
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“‘Look’ dia memang macam ni. Tapi kalau nak dikatakan seksi bagi saya tidaklah sangat. Kaki jer pun… Tak kan kaki pun nak tergoda.”
Demikian kata penyanyi muda, Vanessa Ben Reynauld sebagai mengulas dakwaan segelintir netizen yang menyifatkan penampilannya di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) tempoh hari sebagai seksi susulan ‘skirt’ belah yang dikenakan.
Vanessa, 22, berkata, soal imej terpulang kepada individu dan baginya apa yang digayakan tidaklah terlalu mencolok mata.
“Terpulang kepada individu itu bagaimana mereka mahu serlahkan penampilan. Untuk saya sendiri, memang suka mencuba (pemakaian). Tidaklah yang terlalu seksi, cuma kebelakangan ini, saya rasa lebih yakin untuk lebih berfesyen dalam penampilan.
“Kalau netizen nak bataskan perkara itu terhadap saya, rasanya ia tidak patut. Jadi apa yang saya pakai selagi tidak melampau, saya okay saja,” katanya kepada MH.
Sementara itu, berkongsi mengenai kemenangannya sebagai Artis Baru Terbaik AIM23, Vanessa mengakui tidak meletakkan harapan besar, apatah lagi rakan seangkatan yang bersaing mempunyai kehebatan tersendiri.
“Bila dengar nama diumumkan saya terkejut. Tak tahu bagaimana untuk beri reaksi ketika itu. Bila nampak penonton rasa menangis dan baru tahu ini ‘real’. Sudah tentu penghargaan ini sesuatu yang bermakna pada saya sebab jujurnya saya sudah lama mahu diterima.
“Saya tidak jangka sebab macam yang kita semua tahu, AIM memberi fokus kepada kualiti dan diadili juri yang profesional. Bukan bersandarkan kepada populariti semata-mata. Disebabkan hal itu, saya memang tidak dapat teka siapa yang akan menang,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dilamar menjadi salah seorang penyampai baharu stesen radio Era FM, Fazziq Muqris berharap dapat menggalas tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan sebaik mungkin.
Bergandingan dengan Munabella, pasangan itu akan bersiaran dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 8 malam hingga 12 tengah malam menghiasi slot Daebak Era.
Bercerita lanjut mengenai tawaran berkenaan, Fazziq menjelaskan, dia menerima pelawaan tersebut untuk menyahut cabaran baharu dalam bidang seni yang diceburinya.
“Saya tak pernah terfikir nak jadi penyampai radio dan tiba-tiba dapat peluang… syukur Alhamdulillah.
“Kalau tak grab peluang ini, rasanya macam sia-sia sahaja sebab saya fikir untuk masa depan.
“Walaupun saya tiada apa-apa pengalaman, tapi saya cuba untuk belajar dan memang banyak saya ilmu yang saya dah belajar daripada Muna,” katanya kepada MH.
Fazziq ditemui pada majlis pengumuman penyampai dan slot baharu Era yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Genap berusia 22 tahun pada 29 Jun lalu, Fazziq juga berkata dia lebih selesa menggendalikan semua urusan kerjayanya tanpa menggunakan khidmat pembantu peribadi (PA).
“Saya uruskan kerjaya sendiri tanpa bantuan PA atau syarikat pengurusan sebab saya nak rasa kesusahan (urus kerjaya sendiri).
“Umur 22 ni bagi saya kita kena rasa kesusahan dahulu… jadi ambil cabaran ini cuba untuk uruskan sendiri perjalanan karier seni saya.
“Buat masa ini, memang waktu malam saya akan berada di studio dan untuk lakonan pula memang ia merupakan hobi saya.
“Sekarang pun saya sedang menjalani penggambaran drama siri terbaharu, Projek High Council.
“Saya suka berlakon sebab ia tunjukkan skil bagaimana caranya kita untuk bermain di hadapan kamera dengan pelbagai karakter yang telah diberikan kepada kita,” katanya lagi.
Nama Fazziq kian dikenali selepas memenangi tempat ketiga pertandingan Hero Remaja 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketika ini Instafamous, Sharifah Eleen sedang menikmati percutian menariknya di Pulau Sihanoukville, Kemboja.
Lantaran itu, Eleen yang juga merupakan peserta Top 20 pencarian bakat Dewi Remaja 2018/19 ada berkongsi beberapa gambar percutiannya itu di laman Instagram miliknya.
Bagaimanapun, gambar tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dihati netizen yang menyifatkan Eleen kelihatan sangat seksi kerana hanya mengenakan bikini ketika berada di pantai.
Bagaimanapun, ada juga komen yang memuji tubuh badan Eleen yang lansing serta pemandangan melalui foto yang dikongsikannya itu.
Terdahulu, Eleen merupakan peserta Top 20 pencarian bakat Dewi Remaja 2018 sebelum tersingkir disaringan seterusnya di Top 12
Instagram: Sharifah Eleen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!