Kalau korang merupakan pengikut akaun ‘Jozlynnhanania’ di Instagram pasti tahu bahawa pemilik kepada akaun ini yang merupakan pasangan suami isteri Ozlynn dan Johan sering berkongsi momen-momen indah bersama keluarga di Instagram mereka ini.

Ramai yang suka dengan keluarga pasangan selebriti ini kerana mereka dilihat sangat slumber dan cara didikan mereka terhadap anak-anak sering menjadi perhatian netizen.

Sebagai seorang suami juga, Johan merupakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan sering dilihat membantu isterinya dalam membuat kerja-kerja rumah.

Baru-baru ini, Ozlynn ada berkongsi video yang merakamkan suaminya sedang mencucui pakaian di dalam bilik air sambil menyanyi.

Ozlynn juga turut meminta supaya jangan ada spekulasi daripada netizen yang berkata dia membuli suaminya kerana menurutnya, mereka lebih memilih untuk memberus baju berwarna putih sendiri daripada membasuh dengan menggunakan mesin basuh.

IKLAN

Dalam pada itu Ozlynn juga turut berkata, hidup berkeluarga harus bantu membantu sesama sendiri dan tidak hanya meletakkan kerja rumah sebagai tanggungjawab seorang isteri sahaja.

IKLAN

“Lagi tinggi lagu tu, lg kuat la dia berus baju tu.. nampak x betapa dia bahagia buat kerja umah.. so korg toksah la buat andaian sendiri yg aku buli laki..

 

“mmg dr zaman xde mesin basuh smp skrg mesin pengering pon ada kat umah.. baju putih mmg kami berus guna tgn.. lebih puas sb bersih.. dan xde istilah menyusahkan diri sb dh jadi rutin.. malas?

 

“Bkn ktorg.. keje umah buat sama2.. even anak2 pon buat sama.. baru seronok.. ni kdg kerja umah dh mcm jd tanggungjwp 100% kaum ibu.. sb kaum adam ckp dia penat carik duit.. ehhh abes yg kita dok meneran, bertarung nyawa utk lahirkan zuriat dorg??

 

“Sume sb adat.. org pompuan kene buat sume keje umah.. sok anak ko berderet, dh x sempat jaga diri, laki x sempat ko nak hidang makan.. dah laki ckp ko dh x mcm dulu.. dan laki pon cuci mata kat tmpt lain.. acaner tuh???

 

“So yg terbaik biar sesama rasa nikmat berumahtangga susah senang, penat lelah sesama.. baru la kita hargai pasangan kita.. pengorbanan suami & isteri.. buat kaum adam.. ada rezeki lebih jgn kedekut ngan isteri tau.. lg byk yg di curah, disedekahkan makin bertambah rezeki yg tidak disangka2 .. haaaa kaum isteri bila suami layan baik tu malam belanja laaaaaaaa? xkan tu pon aku nak ajar lagikkk,” tulis Ozlynn pada video perkongsiannya.

Ruang komen posting Ozlynn ini dihujani dengan komen-komen positif dari netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat Ozlynn ini.

‘Jangan Buat Andaian Aku Buli Laki, Kerja Rumah Buat Sama-Sama’ – Ozlynn

IKLAN

‘Jangan Buat Andaian Aku Buli Laki, Kerja Rumah Buat Sama-Sama’ – Ozlynn

‘Jangan Buat Andaian Aku Buli Laki, Kerja Rumah Buat Sama-Sama’ – Ozlynn

MH juga turut setuju dengan apa yang dikatakan oleh Ozlynn, seharusnya dalam rumah tangga, suami dan isteri perlu saling membantu dalam segala hal termasuk melakukan kerja-kerja rumah bersama malah ianya juga boleh mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara suami dan isteri.

Sumber: Instagram Jozlynnhanania

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI