“Jangan Berhenti Buat Orang Tersenyum, Semoga Allah Merahmatimu Selalu,” – Ucap Bday Untuk Diri Sendiri, Zizan Doa Semoga Urusan Jodoh Dipercepatkan

Share

Memasuki tanggal 15 April 2021, maka genaplah usia pelakon dan pelawak, Zizan Razak yang ke-37.

Lantaran itu, menerusi perkongsian di laman Instagram, Zizan dilihat ada menitipkan ucapan buat dirinya sendiri bersempena dengan hari istimewa itu.

Dalam ucapan tersebut, pelakon filem Polis Evo ini turut menyelitkan doa semoga Allah sentiasa memberikannya kekuatan dalam segala hal termasuklah ketika menghiburkan hati semua orang.

“Assalamualaikum. Ucapan HAPPY BIRTHDAY BUAT MU MOHD RAZIZAN BIN ABDUL RAZAK. Semoga terus berjaya dan berjaya.

“Jangan pernah berhenti buat orang tersenyum. Semoga Allah merahmatimu selalu dan sihat sentiasa murah rezeki dan dipanjangkan umur,” tulusnya.

Dikesempatan itu juga, Zizan turut berharap agar dirinya sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik.

“Segala usahamu dipermudahkan jua jodoh dipercepatkan. Amin amin amin,” katanya lagi.

Entry berkenaan telah pun meraih hampir 80,000 tanda suka selain turut dihujani ratusan komen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan hari lahir selain turut mendoakan semoga Allah memakbulkan permintaan Zizan.

Sumber: Instagram Zizan Razak

IKLAN