Pelakon Hisyam Hamid percaya semua pihak sudah maklum mengenai status perkahwinannya bersama Rosmawati Hanafi atau Mel, berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat sebelum ini.
Hisyam, 39, berkata dia bagaimanapun lebih selesa mehjelaskan dia dan Mel atau kini masih mengekalkan hubungan baik.
“Saya tidak mahu oleh kerana satu detik hitam yang berlaku antara kami memusnahkan hubungan ini.
“Buat masa ini kami rasa jalan yang terbaik adalah untuk kami tidak lagi menjadi suami isteri.
“Kami hanya mahu fokus mara ke depan kerana masing-masing kini membawa haluan sendiri.
“Apa paling penting, kami ada tanggungjawab terhadap anak-anak dan mereka juga berada di bawah penjagaan saya,” katanya.
Hisyam berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ads
Hisyam menambah, Mel masih pengurus kepada kejaya seninya.
“Tak ada yang salah atau negatif untuk kami teruskan demi anak-anak. Apa yang berlaku sudah berlaku.
“Buat masa ini kami selesa berkawan baik, lebih dari itu saya tak pasti, masa yang akan menentukan.
“Pada akhirnya dia juga ibu kepada anak-anak saya. Hampir 20 tahun kami bersama, tidak semuanya buruk dan negatif. Banyak benda positif yang kami lalui.
Ads
“Dia melahirkan dua anak saya, itu adalah satu pengorbanan besar. Momen itu saya hargai dan hormat dia,” katanya lagi.
Mengulas mengenai pendiriannya yang tidak menjelaskan situasi rumah tangganya secara khusus, aktor asal Singapura itu tidak mahu berita tersebut menjejaskan emosi anak-anaknya.
“Sejak dulu, apa sahaja yang saya buat, saya akan pastikan tidak ada kontroversi yang menjejaskan anak-anak saya, saya mahu beri contoh terbaik pada mereka.
“Begitu jugalah bila hal ini ditanya, saya tidak mahu pada akhirnya berita itu memberi kesan pada mereka atau mereka tahu dari sumber lain,” katanya.
Ads
Terdahulu pada Oktober tahun lalu, Hisyam pernah menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa dia dan isteri sudah bercerai.
Kata Hisyam, dia mengambil pendekatan untuk menjaga nilai eksklusiviti dengan tidak terlalu berkongsi kisah peribadi di media sosial.
Untuk rekod, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Rosmawati pada 2006.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Aidit Noh mempunyai alasan tersendiri apabila bertindak memadam foto bersama isterinya, Hanani di Instagram sekaligus menafikan bahawa rumah tangga mereka bermasalah.
Menurut Aidit, 29, dia memilih untuk menyimpan gambar kemesraan bersama isteri dalam arkib di Instagram bagi mengelakkan penyakit ‘Ain atau gangguan disebabkan oleh pandangan mata yang disertai perasaan iri hati dan dengki.
“Perkara ini pernah terjadi pada kami. Rasanya tak perlu saya ulas secara terperinci sebab semua orang sudah sedia maklum mengenai penyakit Ain ini.
“Disebabkan itu, saya ambil keputusan untuk menyimpan semua gambar saya dan isteri dalam arkib di Instagram.
“Mungkin ramai yang tak percaya, tapi zaman sekarang ini ia masih berlaku dan kita perlu lebih berhati-hati ketika berkongsi di media sosial.
“Alhamdulillah saya dan isteri bahagia melayari kehidupan rumah tangga. Kami pun baru dikurniakan anak perempuan pada 22 Oktober lalu,” katanya, lapor Harian Metro.
Aidit dan Hanani berkahwin pada 29 Mei tahun lalu.
Dalam pada itu, pelakon drama Terbuka Pintu Syurga itu yang baru mendedahkan mengenai kelahiran puteri sulungnya kepada media menambah, dia dan isteri belum bersedia untuk mendedahkan wajah anaknya yang diberi nama Nur Qadeeja.
“Sebenarnya saya belum kongsikan perkara ini di media sosial. Saya tunggu waktu yang sesuai, barulah saya kongsikan kepada umum.
“Kelahiran Nur Qadeeja banyak mengubah gaya hidup saya seperti sudah jarang keluar malam dan banyak menghabiskan masa bersama keluarga.
“Malah kalau keluar bekerja pun, saya cuba berbincang dengan pihak produksi supaya saya tidak bekerja sehingga lewat malam.
“Jujurnya di awal perkahwinan saya berasa seperti berbulan madu, tapi apabila sudah ada anak saya ibarat memikul satu tanggungjawab yang besar.
Hidup saya juga seperti ada tujuan dan perlu cari duit untuk besarkan anak,” katanya lagi.
Air mata pelakon senior, Normah Damanhuri tumpah saat anaknya yang juga merupakan usahawan terkenal, Liana Rosli membuat kejutan dengan menghadiahkannya sebuah kereta baharu.
Menurut Liana atau lebih mesra dengan panggilan Kak KM, dia sebenarnya memang sudah lama berniat untuk menghadiahkan kereta tersebut yang dibeli langsung secara tunai.
Katanya lagi, segala apa yang dilakukannya ketika ini sememangnya amat jauh jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan ibunya itu membesarkannya bersama adik-beradik yang lain.
“Okaylah macam ni. Bismillahhirahmanirrahim saya memang dah niat dah yang kereta mak ni saya hadiahkan buat mak. Saya beli cash untuk mak. Alaa apalah sangat.
“Mak janganlah nangis ni belum lagi beli Lamborghini. Mak minta kereta ni, inilah yang saya beli. Ini pun belum mampu nak balas jasa mak selama ni,” katanya.
Momen tersebut dikongsikan sendiri oleh Kak KM menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi video berdurasi hampir dua minit itu, pelakon filem, Tiga Janda Melawan Dunia ini dilihat amat terkejut lalu menitiskan air mata saat anaknya itu memberitahu mengenai kejutan tersebut.
Malah, Kak KM juga turut berkongsi momen sewaktu menandatangi cek yang bernilai lebih RM100,000 itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembir aselain turut mendoakan semoga Kak KM akan terus dimurahkan rezeki.
“Anak yang baik.
“Ada ramai anak yang kaya raya tapi tak layan mak dia macam ni. Alhamdulillah, syukur mak dapat anak yang baik-baik. Semoga Allah beri redha dan rahmatNya sentiasa kepada keluarga mak.
“Bagus la sayang ni. Dari dulu dia memang utamakan family. Semoga bahagia hingga ke jannah sayang dan family. amin.
“Contoh terbaik seorang anak kepada ibunya. Ilove you akak.
“Terbaik kak sayang, Allah permudahkan segala urusan akak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini, video tersebut telah pun meraih hampir 90,000 jumlah tontonan di laman Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Kak KM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.