Biarpun sukar menerima kenyataan namun pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan reda dengan pemergian isteri tercinta.

 

Beliau menyifatkan isterinya, Datin Hashimah Mad Ehsan yang meninggal dunia baru-baru ini sebagai wanita terbaik yang pernah hadir dalam hidupnya.

Jalaluddin Hassan Sayu Beraya Tanpa Isteri

IKLAN

Jalaluddin, 62, berkata, sepanjang hampir 40 tahun hidup sebagai suami-isteri, Allahyarham menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik selain tidak pernah bersangka buruk terhadapnya.

Selain itu, dia juga berkata dia tiada persiapan apa-apa untuk dirinya kecuali untuk anak-anaknya. Namun,anak-anaknya memujuknya untuk membeli baju raya dan tidak terlalu mengikut emosi kerana dia tiada hati untuk berayapada tahun ini.

IKLAN

“Saya berdoa kepada Allah supaya diberi kekuatan menghadapi hari yang mulia ini,” ujar Jalaluddin Hassan sebak. 

Tambah Jalaluddin Hassan kenangan yang tak dapat dilupakan ketika hari raya bersama isteri, Arwah akan berjumpa dengannya dan menghulur tangan duduk bersalam dengannya, meminta maaf dan berterima kasih menjaga dirinya dengan baik sekali.

IKLAN

“Dia adalah wanita dan isteri terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya dan sukar sebenarnya saya menerima kehilangannya ini.”

 

Tetapi saya reda dengan ketentuan Allah tambahan pula sejak 40 tahun kami berkahwin, arwah sudah memberikan yang terbaik kepada saya dan keluarga.

Terdahulu, Hashimah, 64, meninggal dunia apabila mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan saluran jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dekat sini pada Jumaat lalu.

Selain masalah jantung, Allahyarham turut menghidap penyakit kencing manis dan masalah paru-paru berair.

Sumber :  Melodi Live

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI