Selesai menunaikan fardhu haji buat kali kedua beberapa minggu lalu, Neelofa mengakui pemergiaannya ke tanah suci kali ini penuh makna, apatah lagi turut disertai oleh ibu tercinta serta dua adik lelakinya.
Malah, hos MeleTop ini tidak menafikan pelbagai pengalaman menarik telah dihadapi mereka sekeluarga sepanjang menunaikan ibadah haji.
Neelofa bagaimanapun reda dan menyifatkan apa sahaja situasi yang berlaku adalah sebagai antara ujian dari Tuhan buat hambaNya.
“Cabaran saya Allah duga ketika kami sekeluarga mahu pulang ke tanah air. Apapun, banyak perkara hal menarik yang boleh dikongsikan, tetapi apa yang saya ingin beritahu adalah kesusahan yang dihadapi ketika ingin memasuki balai berlepas dan imigresen.
“Kami ‘direject’ empat kali. Untuk tempoh lebih kurang hampir tiga jam, saya terpaksa berulang alik dalam keadaan yang sesak. Kemudian, saya mengambil teksi untuk ke terminal haji, iaitu kira-kira 20 minit dari terminal antarabangsa.
“Bila sudah berada di sana selama tiga jam, apabila mahu berlepas, pihak mereka meminta saya untuk mengambil ‘shuttle bus’ dan pergi balik ke terminal yang asal.
“Tiba-tiba bila dalam perjalanan dalam bas sekitar 30 minit, mereka memberitahu untuk kembali ke terminal sebelumnya kerana kapal terbang menghadapi masalah penerbangan dan terpaksa tunggu lagi sejam,” katanya kepada MH.
Ujarnya lagi, dia juga sudah mengalami sakit badan, kesan dari Influenza yang dialami.
“Jadi saya kembali ke terminat terdahulu untuk sejam, naik balik ‘shuttle bus’ untuk kali yang kedua dan pergi balik terminal sama untuk kali ketiga. Saya pula pada ketika itu dalam keadaan yang menggeletar dan tidak sedap badan kerana virus mulai menyerang.
“Jadi dalam keadaan saya di lapangan terbang yang agak mencabar itu, saya dalam keadaan berselimut dengan sejadah saja, guna apa adanya saja.
“Ia sungguh sukar dan begitu mencabar bagi saya. Tetapi saya dan keluarga tidak berkata apa-apa kerana kami reda, Dia sudah berikan yang terbaik sepanjang tunai haji.
“Kita perlu reda atas ujian yang diberikan,” katanya yang kini berada di Amerika Syarikat bagi memenuhi undangan beberapa jenama fesyen di sana bersempena dengan Minggu Fesyen New York.
Menerusi entri terbaru pengacara popular Fedtri Yahya, dia membawa berita duka apabila anak sulung tukang jahitnya, Yann Yanti meninggal dunia dalam kemalangan.
Menurutnya lagi menerusi Instagram, wanita itu begitu teruja menjahitkan baju sempena Kemerdekaan buat keempat-empat anaknya.
Bagaimanapun tanpa diduga, beberapa hati selepas itu, anaknya mengalami kemalangan dan meninggal dunia.
“Sebelum ini kak @yann_yanti begitu teruja jahitkan baju Sutera, Arjuna, Inaara & Mevlana untuk merdeka. Baru beberapa hari lalu, dalam kegembiraan dan tanpa diduga anak sulungnya kemalangan dan meninggal dunia.
“Moga tabah dengan ujian ini. Moga Allah kurniakan redha dan syurga. Al Fatihah,” kongsi Fedtri.
Suami kepada penyanyi dan pelakon, Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 29, mengesahkan dirinya sudah menjatuhkan talak kepada isterinya itu minggu lalu.
Jelas Dr Che Hafiz, perkara tersebut dilafazkannya menerusi aplikasi WhatsApp selepas perbincanganuntuk menjernihkan keadaan seperti menemui jalan buntu.
“Saya sudah menerima permintaan Lufya untuk meminta cerai. Akhirnya saya menyambutnya dengan cara baik minggu lalu ketika kami berhubung menerusi WhatsApp bagi membincangkan hal rumah tangga.
“Bagaimanapun, apa yang boleh saya katakan, perbualan kami tidak mencapai kata sepakat,” jelasnya kepada MH.
Ditanya mengenai apakah punca sebenar hingga membawa kepada konflik tersebut, Dr Che Hafiz enggan mengulas lanjut.
Sebaliknya, dia mengharapkan agar apa yang telah berlaku dapat diselesaikan dengan cara baik.
“Saya harap penjelasan ini sudah pun jelas. Ia terlalu peribadi untuk saya kongsi. Banyak hati yang perlu dijaga.Namun saya mengharapkan agar netizen tidak membuat sebarang spekulasi.
“Saya lebih mengenalinya dan begitu juga dengan dia. Doakan yang terbaik buat kami demi anak. Selebihnya, biarlah kami yang selesaikan,” katanya yang tidak lagi tinggal sebumbung kira-kira tiga bulan lalu.
Terdahulu, kisah pergolakan rumah tangga bintang Mahar Tanpa Cinta berusia 34 tahun itu mulai diperkatakan apabila dirinya ada memuat naik status yang antara lain menyentuh isu berkaitan rumah tangga.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah dipadam Lufya bagi mengelakkan sebarang telahan dibuat netizen.
Sekadar imbasan, Lufya dan Hafiz diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang puteri yant diberima Laana Haura, kini berusia dua tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad menyifatkan melihat rakan penyampainya di ERA FM, Bella Astillah semakin matang dalam membuat persediaan untuk melangkah ke alam rumah...