Aduh, MH simpati betul dengan Hairul Azreen, suami kepada Hanis Zalikha. Ada sahaja benda yang dibuatnya tidak kena dan menjadi isu perbualan hangat netizen.

Jika sebelum ini Hairul dikritik kerana video menembaknya dan aksi ‘terbang’ di escalator, kini dia telah dikritik lagi kerana beberapa aksinya ‘lasak’ yang dikatakan tidak sesuai untuk dijadikan contoh oleh orang ramai.

Melalui sebuah forum Cari, MH dapati seorang penulis memberitahu selepas menonton program terbaru realiti televisyen pasangan tersebut yang berkongsi tip membesarkan anaknya, dia telah membuatkan dia ingin melawati akaun instagram kedua selebriti ini.

Jadikan Yusuf Sebagai Punching Bag, Penulis Forum Ini Dedahkan Beberapa Sikap ‘Buruk’ Hairul Ketika Mendidik Yusuf

Namun apa yang dia dapati adalah Hairul dikatakan terlalu berkasar dan sering melakukan aksi-aksi ekstrem ketika bersama Yusuf yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan.

Antara yang menjadi kerisauannya ialah apabila melihat video Hairul menjadikan Yusuf sebagai punching bagnya.

Malah, dia turut berkata tidak tahu sekirannya perbuatan ini merupakan satu teknik senaman baru untuk bayi atau sebagainya.

IKLAN

Namun apa yang menjadi kebimbangan apabila melihat dada Yusuf kencang turun naik.

Malah, MH juga perasan, penulis ini menegur sikap Hairul yang suka membiarkan Yusuf bermain permaianan konsol kerana baginya memantau apa yang ditonton anak-anak juga menjadi sebahagian dari ‘parenting’.

Malah, dia turut menyentuh tentang sikap Hairul yang tidak mementingkan aspek keselamatan anak di dalam kenderaan seperti kereta dan lebih membinbangkan apabila Yusuf tidak dipakaikan jaket keselamatan.

IKLAN

Malah da beberapa gambar Hairul melakukan aksi-aksi ngeri berama Yusuf turut mengundang kerisauan.

Bukan itu sahaja, aksi Yusuf sering mengigit dan makan makanan kesihatan yang dijual pasangan ini turut menjadi isu.

@theyusufiskandar Amik mommy nya @toujoursadvanced

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Namun begitu, individu ini memuji sikap mulia yang ditunjukan pasangan ini yang memberi layanan baik terhadap kucing mereka Bujibu.

IKLAN

Tetapi agak melucukan apabila individu ini turut membuat siasatan dengan melakar pokok dan mengorek sejarah silam Bujibul serta bertanya kemana perginya ‘buah epal’ dan jangan buatkan dirinya mendedahkan segala rahsia kepada umum.

Jadikan Yusuf Sebagai Punching Bag, Penulis Forum Ini Dedahkan Beberapa Sikap ‘Buruk’ Hairul Ketika Mendidik Yusuf

Haish lucu pula MH baca tentang Hairul ini, bagi MH sendiri menjadi ibu bapa itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Tambah lagi ibu bapa muda seperti mereka, adakalanya apa yang dilakukan mereka itu mungkin diluar dari pengetahuan ataupun kesedaran mereka, tetapi tidak bermaksud mereka bukanlah ibu bapa yang terbaik bukan?

Apapun MH tetap akan puji bagaimana Hairul dan Hanis menghabiskan masa serta terus fokus membesarkan Yusuf dengan penuh kasih sayang!

SUMBER: cari.com.my

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI