Mungkin bukan rezeki Safura untuk mara keperingkat seterusnya kerana telah kecundang pada minggu ke dua Gegar Vaganza 5 (GV5), semalam.

Mendendangkan lagu Diari Biru nyanyian Maya Ruslee, Safura akui telah membuat peminat kecewa kerana mereka telah jemu hadir untuk memberi sokongan setiap minggu.

“Saya akui saya ada buat masalah sikit masa kat pentas, mungkin dari segi tempo dan beberapa masalah yang lain,” katanya kepada MH sejurus konsert selesai.

 

“Susunan muzik pada saat akhir tu pun salah satu puncanya juga sebab berlakunya kesilapan teknikal dan perasaan saya tengah gugup masa itu,” terangnya lagi.

Walaubagaimanapun, Safura pasrah dan terima kekalahan sebagai adat pertandingan.

IKLAN

“Saya redha dengan keputusan. Mungkin bukan rezeki saya dan rezeki saya tertulis hanya sampai minggu kedua ini saja,” jelasnya.

Jadi Peserta GV5 Pertama Tersingkir, Safura Kecewa Tak Buat ‘All-Out’ Sebab…

IKLAN

Meskipun tewas pada minggu ke-2, namun safura meluahkan rasa syukur kepada Allah.

IKLAN

“Alhamdullilah , walaupun saya tersinggir minggu kedua ini, tapi saya dapat juga merasa nyanyi di atas pentas besar mcm ni, cuma tak dpt tonjol kebolehan diri untuk ke peringkat seterusnya,” ujar Safura.

Program yang bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Ria HD dari Dewan MBSA, Shah Alam itu dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI