Seperti ramai yang sudah sedia maklum tentang hubungan di antara pelakon wanita yang merupakan bekas finalis Dewi Remaja 2009/2010, Izara Aishah dengan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid.

MH Online difahamkan bahawa sebentar tadi telah berlangsungnya majlis merisik Izara Aishah dan difahamkan tiada majlis pertunangan dilakukan.

Izara Aishah Selamat Dirisik, Nikah November

IKLAN

Izara Aishah Selamat Dirisik, Nikah November

Menurut Ashraf Khalid iaitu adik kepada Adib, hanya majlis pernikahan yang akan berlangsung pada bulan November akan datang.

IKLAN

Siti juga ada berkongsi gambarnya bersama Izara beberapa jam yang lalu dengan kapsyennya,

Izara Aishah Selamat Dirisik, Nikah November

IKLAN

“Alhamdulillah.. @izaraaishahofficial,” tulisnya.

Terdahulu, menerusi sebuah laman portal hiburan, Adib telah mengesahkan bahawa dia dan Izara bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini namun tarikh dan butiran majlis perkahwinan mereka masih berlum sedia untuk dikongsikan dengan orang ramai.

Tahniah diucapkan kepada Izara dan Adib dengan majlis yang telah berlangsung sebentar tadi semoga segala urusan untuk menuju hari bahagia dipermudahkan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI