Pelakon Sharifah Sakinah mengakui pada masa sekarang, dia belum terfikir untuk mendapatkan cahaya mata memandangkan jadual kerja yang padat hingga awal tahun depan.

Katanya kepada MH, dia bagaimanapaun tidak menolak andai diberikan rezeki cahaya mata kedua selepas ini.

“Jujurnya saya ada komitmen hinggalah Mei depan. Rasanya pada waktu itu merupakan masa yang sesuai untuk fikirkan soal tambah anak. Apa pun saya tidak tolak andai ada rezeki,” kongsinya.

Terdahulu, adik kepada pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahira itu ditemui media di set lokasi penggambaran drama episod berjudul Dua di Shah Alam, baru-baru ini.

Turut sama berlakon di dalam drama berkenaan ialah Scha Alyahya, Sweet Qismina dan Ben Amir.

IKLAN

Ditanya mengenai isu rumah tangganya pula, Sakinah mengakui semuanya berjalan lancar meski dirinya pernah diuji apabila ada individu yang mendakwa suaminya pernah berlaku curang beberapa bulan lalu tular di media sosial.

“Berlaku salah faham. Saya tak marah pun. Nasihat saya, jangan sibuk rumah tangga orang. Cuma kalau benda tu jadi (selepas ini), kena reda sajalah.

IKLAN

“Dia begini, kalau ada yang cuba ganggu rumah tangga kita, kalau suami tidak layan itu okaylah. Kalau dia melayanlah akan jadi sebaliknya,” seloroh Sakinah.

Ditanya andai ada yang cuba menghimpit suaminya selepas ini, Sakinah memberitahu ia mungkin disebabkan oleh kekurangan dirinya sebagai isteri.

IKLAN

“Suami saya memang ramai peminat. Cuma kalau dia tidak melayan memang tak akan jadi. Kalau dia nak melayan, its up to him. Mungkin tanggungjawab saya sebagai isteri tidak sempurna.

“Jangan salahkan orang lain, mungkin kesalahan itu ada pada diri-sendiri. Fikir apa lagi yang tidak kena, tengok balik pada diri kita,” jelasnya.

Terdahulu, Sharifah Sakinah berkahwin dengan juruterbang Aliff Adha di Hotel Shangri-La, Putraja pada Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha, 2 tahun.

Foto: Instagram Sharifah Sakinah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI