Semalam, kecoh apabila mak pelakon, Elfira Loy memberi kenyataan bahawa pertunangan anaknya bersama penyanyi, Sufian Suhaimi sudah putus.

Pengumuman tersebut seterusnya mengesahkan spekulasi bahawa pasangan tersebut memang mempunyai masalah.

Sebelum ini, MH sudah dengar pelbagai cerita mengenai isu ‘putus tunang’ ini apabila pihak Sufian ada memuat naik status di IG Story, baru-baru ini.

Kalau dah bukan jodoh, nak buat macam mana kan? Pihak Sufian sendiri enggan membuka mulut mengenai perkara ini.

Bagaimanapun, melalui pemerhatian MH, kebanyakan netizen menyalahkan pihak Elfira dan lebih kasihan, ibu Elfira juga turut dijadikan antara satu sebab mengapa mereka berpisah.

Isu Putus Tunang, Netizen Salahkan Elfira kerana ‘High Maintenance’? Isu Putus Tunang, Netizen Salahkan Elfira kerana ‘High Maintenance’?

Ads

 

Ada netizen menuduh Elfira terlalu materialistik dan ‘high maintenance’ dan juga isu orang ketiga.

Isu Putus Tunang, Netizen Salahkan Elfira kerana ‘High Maintenance’? Isu Putus Tunang, Netizen Salahkan Elfira kerana ‘High Maintenance’?

Ads

 

Bagaimanapun ada juga netizen yang mempertahankan tindakan ibu Elfira mendakwa ibu mana yang nak tengok anak hidup susah.

Isu Putus Tunang, Netizen Salahkan Elfira kerana ‘High Maintenance’? Isu Putus Tunang, Netizen Salahkan Elfira kerana ‘High Maintenance’?

Ads

Bagi MH sendiri, dalam hal sebegini kita tidak seharusnya menyalahkan mana-mana pihak kerana sehingga kini kita sendiri tidak tahu apakah sebab utama mereka berpisah.

Malah kita sendiri tidak tahu siapa benar dan siapa sebaliknya, harus dengar penerangan daripada dua-dua pihak.

Apapun MH doakan semoga Elfira dan Sufian dapat lalui semua ini dengan keadaan yang baik.

Sumber: Facebook

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI