Gara-gara penahanan Uqasha Senrose akibat penemuan dadah jenis Erimin 5 malam tadi telah menimbulkan pelbagai spekulasi.
Ada di antara pengikut memberitahu mereka seakan tidak percaya dengan apa yang terjadi kepada pelakon kesayangan mereka.
Malah ada juga yang meneka kemungkinan besar Uqasha hanya menjadi mangsa keadaan.
Melalui Harian Metro Online, Uqasha enggan menggulas lebih lanjut tentang isu ini namun tidak menolak wujudnya unsur sabotaj.
“Saya tidak okey. Orang saja nak kenakan saya. Dugaan apa pula kali ini,” katanya kepada Harian Metro Online
Dalam masa yang sama Uqasha turut menafikan diri ketika itu lalok.
Terdahulu, Uqasha telah terlibat dengan satu kemalangan dan menyebabkan pihak polis membawanya ke balai polis. Apabila diperiksa, Uqasha memiliki dadah jenis Erimin 5 di dalam tas tangannya.S
Khayal, Langgar & Miliki Dadah Uqasha Senrose Ditahan Polis?
SUMBER: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI