Isu Lambat, Fathia Latif Jelaskan Apa Yang Terjadi…

Masih ingat dengan salah satu artikel yang MH mempersoalkan adakah Fathia bermasalah?

BACA: Luah Perasaan Di Twitter, Fathia Ada Masalah Ke?

Melalui beberapa posting di Twitter, Fathia telah menjelaskan dia sebenarnya terasa seperti dipermainkan dengan isu tersebut.

Menurutnya, dia sudah memberitahu kelambatannya, namun salah seorang krew bertugas tetap merayu untuk dia hadirkan diri.

Apabila tiba, Fathia disuruh duduk di stage belakang dan lagsung tidak dibenarkan keluar ke pentas.

IKLAN

Malah, baru-baru ini MH turut dimaklumkan Fathia ada membuat satu video live di Instagram dan menjelaskan apa yang terjadi.

Menurutnya, dia akui kelambatannya namun dia sudah pun bersiap sedia dengan pakaian yang sepatutnya.

Apabila tiba di sana, krew produksi telah memintanya untuk menyalin pakaian baju kurung. Seperti watak yang Elizad bawa ketika bersiaran lansung.

Malah, katanya lagi Fathia juga terpaksa menukar baju sekali lagi seperti seorang gadis arab apabila diberitahu wataknya itu dibatalkan.

Fathia turut memaklumkan ingin menyampaikan satu mesej untuk Rakyat Malaysia mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan namun tidak kesampaian kerana krew produksi tersebut telah membatalkan kemunculannya.

IKLAN

Sungguhpun begitu, Fathia tetap bersabar dan pujuk hatinya dengan kata-kata positif seperti mungkin kerana dia ada kekurangan.

MH juga difahamkan video tersebut telah dipadamkan sebaik sahaja ia dimuat naik di Instagram. Atas apa alasannya kami sendiri tidak pasti.

Apapun MH harap Fathia terus sabar sekirannya Fathia berada di tempat yang benar. Jangan mudah melatah dalam isu ini dan terus perbaiki segala kelemahan.

Mungkin ini satu pengajaran buat semua orang baik Fathia sendiri mahupun orang lain untuk sentiasa mematuhi ‘call time’ yang diberi dan sekirannya tidak dapat untuk tepati, mungkin boleh maklumkan pada krew terlibat lebih awal agar mereka buat persediaan.