Isteri Dijangka Bakal Bersalin Anak Ketiga Dua Bulan Lagi, Ini Harapan Nabil Ahmad Soal Rezeki Zuriat

Share

Pengacara dan penerbit, Nabil Ahmad mengakui dia berharap agar mudah-mudahan anak ketiga yang bakal dilahirkan isterinya, Zira Ayub nanti seorang bayi lelaki.

Pendedahan tersebut dibuat pengacara program MeleTOP itu kepada MH memandangkan dia sudah pun mempunyai dua cahaya mata perempuan, Zira iaitu Naera Mikayla dan Leyla Medyna.

“Kalau nak diikutkan, Zira bakal bersalin April depan. Doa-doakan semoga semuanya dipermudahkan. Kalau ditanya mengenai jantina anak, sudah tentulah saya inginkan anak lelaki sebab kami sudah mempunyai dua permata hati perempuan. Kalau ada rezeki.

“Apapun, kami tetapi terbuka. Memadai andai bayi yang dilahirkan sihat sempurna, insyaAllah,” kata Nabil.

Ditanya mengenai keluarganya lagi, Nabil merancang untuk memiliki empat orang cahaya mata.

“Kalau boleh kami nak empat orang anak, tapi kalau ada rezeki lain selepas ini saya okay saja. Sebab adik beradik saya pun seramai tujuh beradik. Zira pun lima beradik. Semuanya bergantung pada rezeki,” terangnya lagi.

Foto: Instagram Nabil Zira

IKLAN