Pelakon dan hos, Norman Hakim mendedahkan dia mempunyai ‘me time’ sendiri dan perkara itu sudah pun difahami isteri dan anak-anak.

Pelakon Gerak Khas itu turut memberitahu, ‘me time’ untuk dirinya adalah setiap Jumaat dan punya piliuhan untuk ke mana-mana.

Bagaimanapun, Norman lebih selesa untuk pulang ke hampung halamannya di Kuantan, Pahang bagi isi masa bersama ibu selain tidur di ruang tamu sebagaimana yang dilakukan sejak di zaman persekolahan.

“Minggu ni alhamdulillah dpt tido 1 malam kat rumah mak. Selalu ‘me time’ Jumaat, balik hari je. Minggu ni Allah bagi izin Jumaat & Sabtu.

“Tiap kali balik kalau dpt peluang tido,ni la the best ‘port’ tido. Dari zaman sekolah menengah mmg tido kat sini je. Bantal & selimut pun still dari zaman sekolah punya,” tulisnya.

Pada masa sama, suami kepada pelakon, Norman Hakim turut menjelaskan, ‘me time’ juga memberi ruang buatnya untuk mendengar luahan keluarga selain dapat berkumpul.

IKLAN

“Alhamdulillah isteri,anak2 dah faham sgt, dlm seminggu mmg saya perlukan 1 hari ‘me time’.

“Pilihan banyak utk pergi mana2, tapi decision terbaik adalah balik ke ‘sarang’, paling utama dpt ziarah ayah mak sambil dgr luahan rasa diorang yg terkumpul selama seminggu.

“Juga umpama utk discharged & recharge balik energy.Balik KL nanti tu yg mcm2 idea nak buat utk diri,keluarga & bisnes.

IKLAN

“Korang punya ‘me time’ mcmana pulak? Btw tq mak @kamariah.kamat for the pic. Fuhhh mak dah terer ambik gambar la,” tulisnya lagi.

View this post on Instagram

Salam sayang dari ‘sarang’❤️ . . Minggu ni alhamdulillah dpt tido 1 malam kat rumah mak.Selalu ‘me time’ Jumaat,balik hari je.Minggu ni Allah bagi izin Jumaat & Sabtu . . Tiap kali balik kalau dpt peluang tido,ni la the best ‘port’ tido.Dari zaman sekolah menengah mmg tido kat sini je.Bantal & selimut pun still dari zaman sekolah punya . . Alhamdulillah isteri,anak2 dah faham sgt,dlm seminggu mmg saya perlukan 1 hari ‘me time’.Pilihan banyak utk pergi mana2,tapi decision terbaik adalah balik ke ‘sarang’,paling utama dpt ziarah ayah mak sambil dgr luahan rasa diorang yg terkumpul selama seminggu . . ‘me time’ ni jugak umpama utk discharged & recharge balik energy.Balik KL nanti tu yg mcm2 idea nak buat utk diri,keluarga & bisnes . . Korang punya ‘me time’ mcmana pulak? Btw tq mak @kamariah.kamat for the pic.Fuhhh mak dah terer ambik gambar la😅👏🏻👏🏻👏🏻❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Sebelum ini Norman pernah berkahwin dengan pelakon, Abby pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

IKLAN

Hasil perkahwinan tersebut, keduanya dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Norman kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Memey Suhaiza pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan kedua itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim.

Foto: Instagram Norman Hakim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI