[et_pb_section admin_label=”section”][et_pb_row admin_label=”row”][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text admin_label=”Text”]

Namanya tidak asing lagi dalam dunia hiburan, adik kepada penyanyi dan pelakon Abang Bomba I Love You, Amira Othaman ini terus diminati oleh masyarakat Malaysia.

Popular menerusi lagu Redha, Irfan Haris akui semakin sibuk dan terpaksa mengorbankan waktu tidur dan rehat demi kerjaya sebagai seorang penyanyi.

“Seperti yang semua tahu, saya memang menetap di Johor Bahru. Jadi waktu saya memang tidak menentu. Selalunya weekdays saya akan berada di JB kerana sekolah, manakala weekends pula saya akan ke KL untuk buat persembahan.

Irfan Haris Tak Cukup Tidur Penangan Populariti

“Contoh seperti saya akan ke KL hari Ahad, di hari yang sama saya akan pulang dan esoknya saya akan ke sekolah seperti biasa. Kadang-kadang tu saya hanya dapat lelapkan mata seketika sahaja tetapi nak buat macam mana ini kerjaya saya dan tanggungjawab.

IKLAN

“Nasiblah ibu sangat memahami, dia sanggup panggil guru mengajar dan buat home tution untuk saya agar seimbangkan waktu kerja dan belajar,” jelasnya pada MH Online.

Dalan masa yang sama, Irfan juga sempat memberitahu sedang cuba mencari peluang untuk berkolaborasi bersama kakaknya dalam sebuah lagu.

“Ya memang ramai orang nak lihat kami berdua berkolaborasi , tetapi buat masa sekarang kami masih mencari lagu yang bersesuaian dan besar kemungkinan Insya-Allah single keempat atau kelima saya yakin kami akan berkerjasama,” jelasnya.

IKLAN

Irfan Haris Tak Cukup Tidur Penangan Populariti

Walau bagaimana pun Irfan memberitahu, dia sering merujuk segala hal tentang dunia nyanyian melalui kakaknya.

“Walaupun kami tidak berkerjasama, tapi kakak selalu cakap dia tumpang gembira untuk saya dan tidak pernah putus memberi semangat serta nasihat.

IKLAN

“Lagi pula sehingga kini kalau saya perlukan sebarang nasihat ataupun pendapat saya akan rujuk pada dia kerana saya tahu dia lebih berpengalaman berbanding saya.

“Saya akui ada beberapa orang berpendapat dia cemburu dengan populariti saya tetapi bagi saya tidak! Malah dia selalu support saya,” jelasnya.

Malah Irfan turut akui sejak lagunya popular di Youtube dan radio, dia turut menerima beberapa tawaran berlakon untuk beberapa buah iklan.

“Buat masa ni saya tak ada terima sebarang tawaran berlakon drama, tetapi iklan itu adalah beberapa. Cuma saya minta untuk tunggu sehingga habis sekolah kerana selepas itu saya akan pindah ke KL dan menetap di sini untuk teruskan karier saya,” jelasnya.

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI