Usahawan, Carl Samsudin tampil membuat permohonan maaf berhubung isu video tular yang memaparkan dirinya bersama seorang warga emas seperti yang hangat diperkatakan sejak semalam.

Menurut Carl, dia sebenarnya langsung tidak mempunyai niat untuk bertindak sedemikian sebaliknya kehadirannya ke Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL) itu hanyalah untuk membantu komuniti tersebut mengubah hidup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THE PRESIDENT 🎩 (@carlsamsudin)

“Berkenaan video pendek yang tular baru baru ini, saya tidak pernah berniat ingin menghina sesiapa terutama uncle tersebut. Selama saya hidup, tidak pernah saya berlaku biadap kepada sesiapa terutama warga tua, saya sedaya upaya cuba menghormati semua golongan.

“Tujuan hidup saya hanyalah ingin membantu, memberi manfaat dan mengubah hidup mereka yang memerlukan selain menjadi hamba kepada yang esa.

“Jika ketika petikan video itu dirakam kelihatan seperti saya tidak beradab dengan uncle tersebut, saya betul-betul mohon maaf atas ketidak beradaban saya,” tulisnya.

“Insya-Allah Saya Akan Jumpa Uncle Tersebut Sekali Lagi Untuk…,” – Tiada Niat Berkelakuan Biadab & Hanya Ingin Bantu Ubah Hidup, Carl Samsudin Mohon Maaf “Insya-Allah Saya Akan Jumpa Uncle Tersebut Sekali Lagi Untuk…,” – Tiada Niat Berkelakuan Biadab & Hanya Ingin Bantu Ubah Hidup, Carl Samsudin Mohon Maaf

IKLAN

Permohonan maaf tersebut dikongsikan oleh Carl menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, sewaktu dia ke pusat tersebut, dia telah pun menyantuni kesemua warga emas tersebut dengan baik dan kesemua mereka turut senang dengan kehadiran sepanjang berasa di sana.

“Sejujurnya sebelum, semasa dan selesai bercakap, saya menyantuni uncle dan semua gelandangan dengan baik dan mereka semua gembira pada hari tersebut. Sebab itu, saya tidak terfikir akan ada sesuatu yg kurang baik dari video tersebut dan saya post di soksial
media saya. Saya mohon maaf.

“Tidak pernah terlintas diminda saya
untuk menghina mereka yang memerlukan bantuan kerana saya juga sama seperti mereka pernah susah dan memerlukan bantuan orang ramai dahulu. Untuk apa saya bersusah payah membantu mereka jika untuk menghina mereka,” ujarnya lagi.

“Insya-Allah Saya Akan Jumpa Uncle Tersebut Sekali Lagi Untuk…,” – Tiada Niat Berkelakuan Biadab & Hanya Ingin Bantu Ubah Hidup, Carl Samsudin Mohon Maaf

IKLAN

Dikesempatan itu juga, Carl turut memaklumkan dia akan berjumpa semula dengan warga emas tersebut untuk memperbetulkan kesilapannya itu.

“Sedangkan saya sendiri adalah manusia yang hina penuh dengan dosa. Sekali lagi jika video pendek itu menimbulkan rasa kurang senang bagi orang ramai saya mohon maaf bagi pihak saya kepada orang ramai.

“Dan insyaAllah dalam masa terdekat ini saya akan berjumpa uncle tersebut sekali lagi untuk mohon maaf dan perbetulkan kesilapan saya,” akhirnya.

“Insya-Allah Saya Akan Jumpa Uncle Tersebut Sekali Lagi Untuk…,” – Tiada Niat Berkelakuan Biadab & Hanya Ingin Bantu Ubah Hidup, Carl Samsudin Mohon Maaf

IKLAN

Menerusi kenyataan yang sama, Carl memberitahu dirinya juga turut telah dikompaun oleh pihak polis gara-gara didakwa gagal mematuhi prosedur operasi standard ketika berada di pusat berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Insya-Allah Saya Akan Jumpa Uncle Tersebut Sekali Lagi Untuk…,” – Tiada Niat Berkelakuan Biadab & Hanya Ingin Bantu Ubah Hidup, Carl Samsudin Mohon Maaf

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Carl Samsudin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI