Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro merupakan antara selebriti yang aktif membantu mangsa yang terkesan akibat banjir yang melanda beberapa buah negeri baru-baru ini.

Terbaru, selepas mengadakan beberapa tinjauan di kawasan, Ajak dikatakan telah bertemu dengan sebuah keluarga yang turut mengalami kerosakan harta benda disebabkan musibah banjir.

“Inilah Laki Aku, Kalau Hati Dia Terjentik…,” – Terkesan Tengok Kerosakan Harta Benda, Ajak Shiro Hadiahkan TV Di Rumah Buat Mangsa Banjir

Sayu mengenang nasib keluarga berkenaan, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak berbesar hati menghadiahkan sebuah televisyen di rumahnya buat keluarga tersebut.

Kisah tersebut dikongsikan isteri kepada Ajak, Afifah Amin menerusi hantaran di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

“Ni lah laki aku, kalau hati dia terjentik,
dia buat apa jerk. Kita bini nie supportlah, asalkan hati dia senang. Sebab dia macam nie lah, ibu tumpang rezeki Baba atas doa orang kat Baba.

IKLAN

“Terima kasih Baba. Tahniah makcik dapat tv baru,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menurut Afifah lagi, Ajak seorang lelaki yang mudah tersentuh, lebih-lebih lagi bila melihat kesusahan yang terpaksa ditanggung orang lain.

“Inilah Laki Aku, Kalau Hati Dia Terjentik…,” – Terkesan Tengok Kerosakan Harta Benda, Ajak Shiro Hadiahkan TV Di Rumah Buat Mangsa Banjir “Inilah Laki Aku, Kalau Hati Dia Terjentik…,” – Terkesan Tengok Kerosakan Harta Benda, Ajak Shiro Hadiahkan TV Di Rumah Buat Mangsa Banjir

Malah, dia juga akan sentiasa menyokong tindakan suaminya itu dan mendoakan agar keluarga mereka akan sentiasa dimurahkan rezeki.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kagum dengan keperibadian yang ditunjukkan Ajak.

“Alhamdulillah, terima kasih Ajak sebab bantu family saya dan beri hadiah tv semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

“Allahu, ingatkan beli baru. Benda yang kita sayang, kita bagi dekat orang. Memerlukan. Mulianya, masyaAllah

“Ajak insan hebat. Berlinang air mata sis. Semoga Allah murahkan rezeki Ajak sekeluarga dan dikurniakan rezeki yang tak putus-putus.

IKLAN

“Sayu tengok senyuman mak cik tu. Tahniah dapat gembirakan hati,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Inilah Laki Aku, Kalau Hati Dia Terjentik…,” – Terkesan Tengok Kerosakan Harta Benda, Ajak Shiro Hadiahkan TV Di Rumah Buat Mangsa Banjir “Inilah Laki Aku, Kalau Hati Dia Terjentik…,” – Terkesan Tengok Kerosakan Harta Benda, Ajak Shiro Hadiahkan TV Di Rumah Buat Mangsa Banjir

Terdahulu, Ajak merupakan antara selebriti yang turun padang membantu mangsa yang terkesan akibat banjir sejak dari hari pertama

Sebuah video yang memaparkan Ajak membantu seorang bapa yang sedang mengendongkan anaknya untuk mengharungi arus banjir turut telah tular di seluruh platform media sosial.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Ajak Shiro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI