“Inilah Gambar Before & After Som Selepas Ke Klinik,” – Ekzema, Nad Naizal Update Perkembangan Anak

Share

Pelakon, Nad Zainal memaklumkan anak perempuannya, Budi Kalsom diserang masalah penyakit kulit, Ekzema.

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin berkongsi berita tersebut menerusi Instagram.

Malah, pelakon drama bersiri Dendam Seorang Isteri ini turut memuat naik foto sebelum dan selepas Kalsom mendapatkan rawatan.

Nad bagaimanapun bersyukur apabila memaklumkan Som kini kian beransur baik.

“Inilah gambar before after Som after ke Klinik Jaya Tapah. Getting better# somdaneczema #eczemajourney,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Kalsom cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala.

“Sian som. Mommy kene kuat,” tulis peminat.

“Alhamdulillah kembali ok..anak saya pun eczema..melepuh2 kulit mcm melecur..nad boleh try Dr Ko Skincare Specialists juga..pegi HQ di Klang..terbaik..,” saran netizen di ruangan komen.

“Pedih tu,” luah seorang wargamaya.

Sekadar informasi, Nad telah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fahad Ibrahim, 6 tahun dan Budi Kalsom, setahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Nad Zainal

IKLAN