Wah nampaknya cerita Andainya Takdir benar-benar mencipta satu fenomena baru dalam industri drama.

Berdasarkan kisah benar tentang individu yang menghidapi penyakit Mental Othello, yang berkait rapat dengan perasaan cemburu yang melampau hingga boleh menyebabkan berlakunya keganasan ini dipuji kerana lari daripada stigma drama cinta yang biasa.

“Ini watak jahat, ahli neraka…” – Sheila Mambo, Andainya Takdir

Memang harus dipuji, pelakon-pelakonnya memang terbaik dan berjaya membawa watak dengan hebat.

IKLAN

Selain Shukri Yahaya yang memegang watak sebagai Airil mendapat perhatian ramai. watak yang dibawakan oleh Sheila Mambo juga tidak kurang hebatnya.

Pelakon senior ini tidak terkecuali terkena tempias aura drama bersiri ini. Katanya pada MH Online, dia juga turut di kecam oleh para netizen kerana wataknya.

“Memang ramai komen dan kecam saya, tetapi cerita ini ada moral yang sangat tinggi serta punyai mesej yang bertepatan dengan keadaaan.

“Masa saya dapat skrip ini, pengarah suruh saya baca dulu, bila saya dah baca saya cakap pada pengarah ini watak jahat, ahli neraka… tetapi saya tetap terima cabaran sebagai Normah. Lagi pula ini bukanlah kali pertama saya bawa watak antagonis, malah dah beberapa kali dalam drama lain,” katanya.

Apabila ditanya tidakkah Sheila risau jika dibenci peminat kerana watak dipikul cukup negatif jawabnya sangat tenang.

IKLAN

“Risau? Saya tak risau. Sebab watak yang diberi sangat ketara 380 darjah dari cerita-cerita lain yang pernah saya lakonkan. Lagi pula zaman sekarang penonton sudah bijak,” jelasnya positif.

“Ini watak jahat, ahli neraka…” – Sheila Mambo, Andainya Takdir

Berkongsi kini peminatnya lebih suka memanggilnya dengan panggilan ‘Cik Normah’, Sheila memberitahu belum pernah lagi dimarah oleh penonton yang terlalu fanatik dengan cerita tersebut.

IKLAN

Sebaliknya, dia sering dipuji kerana berjaya membuat orang benci dengan watak Normah.

“Setakat ini tidak ada yang memarahi saya. Tetapi mereka memuji dan kata syabas kerana berjaya membuatkan penonton benci pada saya adalah.

“Tetapi kalau di sosial media seperti Twitter, Facebook, dan Instagram memang saya teruk dikecam oleh mereka. Tetapi saya terima dengan positif. Alhamdulillah itu bermakna watak lakonan saya berkesan dan telah berjaya meyakinkan mereka,” katanya.
Sheila juga sempat berkongsi perasaannya tentang kesan daripada watak yang dibawa. Katanya, dia tidak rasa bersalah kerana sebagai pelakon adalah tanggungjawab mereka untuk membawa watak itu sebaik yang mungkin, tidak kira benar mahupun tidak.
Katanya lagi, sewaktu di set pengambaran dia terpaksa keluar dari zon selesanya. Tambahnya, memang dia ada rasa dirinya sangat jahat ketika membawa watak Normah namun semua itu hanyalah lakonan semata-mata.

Dalam masa yang sama Sheila juga berharap agar cerita Andainya Takdir ini dijadikan sebagai teladan dan terima sebagai pengajaran hidup buat semua lapisan masyarakat.

MH Online juga sempat bertanya bagaimana persiapan raya pelakon hebat ini, Sheila berkata dia akan beraya di kampung halamannya, Kg Gurun, Kedah.

“Insya-ALLAH akan balik ke kampung pada 23 haribulan. Saya bercuti selama seminggu. Saya merancang untuk duduk di kampung selama dua ke tigga hari kemudian acara saya bebas.

“Mungkin raya pertama akan ke kampung nenek, kemudian raya kedua berjalan-jalan ke rumah rakan-rakan sekolah, akhir sekali akan bawa orang tua berjalan, “ ujarnya pada MH Online.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI