Pelakon, Elly Mazlein muat naik foto terbaru di laman Instagramnya malam tadi menunjukkan anaknya, Putri Sara Sephia bersama seorang lelaki yang ditutup wajahnya.

Malah menerusi ruangan kapsyen, Elly mengatakan bahawa jejaka tersebut adalah ‘papa baru’ anaknya.

“Ini Papa ya .. boprennn mama , aaagitchuuuu.. smbil tangan memetik bunga kekwa, smbil menyelit bunga ituhhhh di cuhhhping telinga.

“Ni bukan uncle butuqqq (daddy ) ya. Moga bahagia milik Putri Sara Sefhia dgn Lelaki baru dlm hidupnya,” tulisnya.

Tambahnya lagi, Elly yang turut dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom turut bertanya kepada netizen jika ia adalah normal bahawa si ibu akan dilupakan bila anak dah ada papa baru.

“Kakak lina nak tanya.. anak ni klu ada papa baru dia, mama mmg kena pandai2 bawa diri ya…mmg x laku ya .. mmg tercampak ya.

IKLAN

“Klu nak mkn x nak duduk dkat baby chair, msti nak duduk dkat riba papa .. lpas tu asik nak dukung je .. x mo jln .. mmg mcm tu ke?

“Kakak lina tanya sbab x penah merasa sblum ni . #TqPapaBaru #AwanNano,” soalnya.

IKLAN

Susulan itu, kelihatan ramai yang ingin mengetahui siapakah papa baru Sephia itu.

“Ini Papa Ya, Boyprenn Mama,” -Elly Mazlein Tayang Kekasih Baru, Tapi Wajahnya… “Ini Papa Ya, Boyprenn Mama,” -Elly Mazlein Tayang Kekasih Baru, Tapi Wajahnya…

Tidak kurang juga mereka yang mendoakan agar Elly bahagia di samping orang tersayang.

IKLAN

“Ini Papa Ya, Boyprenn Mama,” -Elly Mazlein Tayang Kekasih Baru, Tapi Wajahnya… “Ini Papa Ya, Boyprenn Mama,” -Elly Mazlein Tayang Kekasih Baru, Tapi Wajahnya…

Sebelum ini, Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.

Azmi kemudian berkahwin dengan Faye Kusairi pada 9 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kondominium D’Pines, Jalan Ampang dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Foto/Instagram: Elly Mazlein

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI