
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.
Menurut Lufya, komen tersebut disifatkan sebagai keterlaluan dan gambar itu sebenarnya telah diambil sewaktu dia dan rakan-rakan artis menghadiri sebuah program usrah, sebelum ini.
View this post on Instagram
“Nauzubillahiminzalik. Isu ni dah beberapa hari hangat diperkatakan. Saya rasa melampau la kalau tiba-tiba dapat komen sebegini seolah-olah kami semua menyokong dan terlibat dengan jenayah ini.
“Komen pulak dekat posting usrah bulanan yang melibatkan ramai selebriti dan ustazah yang sedang mengajar agama. Bahaya kata-kata sebegini,” tulisnya.
Pandangan itu dikongsikan ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi satu hantaran di Instagram.
Percaya Setiap Perbuatan Pasti Ada Balasan
Dalam masa sama, Lufya turut percaya setiap tindakan manusia itu sama ada baik atau buruk akan mendapat balasan setimpal oleh Allah SWT.

“Seluruh tindakan, baik sekecil zarah, akan mendapatkan konsekuensi yang setimpal, baik di dunia mahupun di akhirat.
“Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, sedangkan kejahatan akan kembali kepada pelakunya.
“Ini mencerminkan keadilan Illahi di mana tidak ada perbuatan yang luput dari pengawasan Allah SWT,” kongsinya lagi.
Minta Tidak Pukul Rata
Lufya turut memohon semua pihak agar tidak pukul rata dan menyalahkan orang sekeliling yang tidak berdosa.

“Janganlah pukul rata kesalahan jenayah orang lain terhadap kami. Kita sedang berusaha istiqamah di jalanNya. Mudah untuk berhijrah tutup kepala, tutup aurat tapi tidak mudah untuk Istiqamah.
“Jangan samakan kesalahan satu individu yang berbuat jenayah, habis semua nama terpalit. Ini tidak adil dan jangan normalisasikan pemikiran seperti ini.
“Kita boleh benci kesalahan atau jenayah yang dilakukan tapi jangan membenci orang sekeliling yang tidak bersalah,” kongsinya.
Tambah Lufya lagi, dia berharap agar musibah seperti ini dapat dijadikan pengajaran untuk kita berubah ke arah yang lebih baik.

“Dalam setiap manusia pasti ada dosa dan kesalahan yang dilakukan. Cukup dengan mendoakan ahli keluarga kita selamat dan tidak menerima ujian ‘berat’ seperti ini.
“Siapa kita nak menilai orang lain? Biar pihak berkuasa yang jalankan tugas mereka,” akhirinya.
Untuk rekod, pada 23 Januari lalu, Da’i Syed diperintah ke penjara serta-merta selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun termasuk tiga sebatan bagi kes rogol seorang wanita berusia 23 tahun, tujuh tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




