Pelakon veteran Hollywood, Daniel Stern, yang terkenal menerusi watak Marv dalam filem komedi ikonik Home Alone, kini berdepan pertuduhan undang-undang selepas didakwa atas kesalahan cuba mendapatkan khidmat pelacur di California, Amerika Syarikat.
Menurut Pejabat Pendakwa Daerah Ventura County, Stern, 68, menerima notis saman daripada polis pada 10 Disember lalu susulan satu insiden yang berlaku di sebuah hotel di Camarillo, selatan California.
Kes itu kini telah difailkan secara rasmi dan Stern dijadualkan untuk pendengaran pertama di mahkamah pada 13 Januari 2026 bagi mendengar pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Di bawah undang-undang California, kesalahan cuba mendapatkan khidmat pelacur diklasifikasikan sebagai kesalahan kecil , yang membawa hukuman maksimum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga AS$1,000 (sekitar RM4,700) jika disabit bersalah.
Ads
Anak Daniel Stern, Henry Stern merupakan seorang ahli politik dan berkhadmat untuk California.
Setakat ini, menurut laporan TMZ, Stern mahupun wakilnya belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung pertuduhan berkenaan.
Ads
Insiden itu menarik perhatian ramai memandangkan ia berlaku pada musim cuti hujung tahun, ketika filem Home Alone kembali menjadi antara tontonan paling popular di televisyen dan platform penstriman.
Ads
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Stern dilaporkan menjalani kehidupan lebih tenang di Ventura County, jauh daripada dunia glamor Hollywood, dengan memberi tumpuan kepada bidang seni sebagai pemahat dan pengusaha projek kreatif.
Sekadar info, Stern mula menceburi dunia hiburan sejak tahun 1979. Filem pertama lakonannya ialah Breaking Away.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Nubhan akhirnya tampil memberikan reaksi susulan dakwaan telah mengeluarkan dan memindahkan barang-barang bekas isteri, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, dari kediaman mereka, baru-baru ini.
Menurut Nubhan, setiap tindakan yang dilakukan bukan dibuat secara sembarangan, sebaliknya bersebab serta dibuat selepas mendapatkan pandangan daripada pihak peguam.
“Saya buat semua perkara itu bersebab. Saya pun sebenarnya enggan mengulas lanjut sebab segalanya masih lagi di dalam proses mahkamah.
“Apa yang saya lakukan itu bukanlah secara terburu-buru atau membabi buta. Saya juga telah mendapatkan nasihat daripada peguam.
“Selebihnya saya tak dapat nak komen. Saya mohon maaf. Saya kena hormat segala proses mahkamah yang masih berjalan,” katanya kepada MH.
Nubhan berkata demikian ketika ditemui selepas berakhir konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Dalam pada itu, Nubhan turut mengulas dakwaan Dr. Afifah yang mendakwa terdapat beberapa barangan peribadi miliknya yang diambil dan tidak dipulangkan sepanjang tempoh hidup bersama.
“Sekiranya ada barang yang didakwa tidak dipulangkan, buat sahaja laporan polis. Saya sedia memberikan kerjasama. Saya tiada masalah,” ujarnya lagi.
Enggan Buka Aib, Utamakan Anak-Anak
Menurut Nubhan, dia kini lebih selesa menyelesaikan urusan keluarga secara tertutup tanpa melibatkan perhatian umum.
“Saya tak boleh nak menghalang tindakan orang lain. Bagi saya, saya akan menjaga segala aib dan tidak akan membuka apa sahaja hal buruk mengenai pasangan.
“Buat apa kita nak kongsi perkara seperti itu? Sebaiknya, apa sahaja yang berlaku diantara kami, biarlah kami sahaja yang tahu.
“Anak-anak pun akan membesar. Jika mereka melihat hal-hal seperti ini, itu juga tidak bagus,” kongsinya lagi.
Malah, Nubhan turut menafikan dakwaan kononnya dia kini semakin lantang dan sanggup mencipta akaun palsu bagi menyerang serta menyakiti hati bekas isterinya.
“Apa yang nak dikongsikan oleh bekas isteri, itu hak dia. Perkongsian saya di media sosial lebih kepada mengenai perjalanan kerjaya, aktiviti harian dan hal-hal yang mudah sahaja.
“Saya tak faham bila ada yang kata saya semakin lantang dan suka serang menyerang. Kalau kata saya buat akaun palsu untuk serang bekas isteri, itu tak masuk akal.
“Saya tiada masa nak buat semua itu. Nak hafal lirik pun dah pening kepala, tak kanlah nak buang masa buat hal lain pula,” katanya lagi.
Tambah Nubhan, dia juga tidak mahu memberikan sebarang komen terhadap dakwaan-dakwaan yang dikongsikan bekas isterinya secara terbuka di media sosial.
“Itu bukan tempat saya untuk menjawab. Kena tanya dia sendiri. Benar atau tidak, itu dia sahaja yang tahu. Pada saya, apa sahaja hantaran saya di media sosial, segalanya hanya berkaitan kerja.
“Saya tidak akan memuat naik hantaran berunsurkan untuk memburukkan orang lain atau hal-hal negatif.
“Menjaga aib bekas pasangan, itulah yang sebaiknya. Dia pun ibu kepada anak-anak saya. Kami juga pernah bersama. Jadi buat apa saya nak buka aib?,” akhirinya.
Sebelum ini, kemelut rumah tangga Nubhan kembali menjadi perhatian apabila Dr. Afifah mendakwa bekas suaminya itu mencampak keluar barangan peribadi dari kediaman milik Nubhan ketika dia sedang melancong ke luar negara.
Bagaimanapun, peguam syarie yang mewakili Nubhan, Mohd Redzuan Ramli, menafikan dakwaan bahawa barangan peribadi bekas isteri anak guamnya itu dicampak seperti yang didakwa di media sosial.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada awal Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor.
Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aafan dan Afzan Nayille.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon veteran Hollywood, Mickey Rourke, kini berdepan satu lagi episod getir dalam hidupnya apabila dilaporkan berisiko diusir daripada kediaman sewa di Los Angeles susulan kegagalan melunaskan tunggakan sewa berjumlah lebih USD59,000 atau kira-kira RM240,000.
Menurut laporan portal People, notis pengusiran telah diserahkan kepada aktor berusia 73 tahun itu pada pertengahan Disember lalu selepas beliau didakwa gagal membayar sewa selama beberapa bulan. Notis tersebut memberi tempoh singkat untuk menjelaskan tunggakan sebelum tindakan lanjut diambil oleh pemilik rumah.
Difahamkan, kediaman yang disewa Rourke merupakan sebuah banglo gaya Sepanyol dengan tiga bilik tidur yang terletak di kawasan strategik Los Angeles. Rumah berkenaan pada awalnya disewa dengan kadar sekitar USD5,200 sebulan sebelum meningkat sehingga USD7,000, sekali gus menyumbang kepada jumlah tunggakan yang besar.
Keadaan menjadi lebih rumit apabila pemilik rumah turut memfailkan tuntutan tambahan melibatkan kos guaman serta ganti rugi lain, menjadikan isu ini bukan sekadar masalah sewa tertunggak, malah berpotensi berlarutan ke peringkat mahkamah.
Susulan tekanan tersebut, wakil pengurusan Rourke dilaporkan telah melancarkan kempen derma awam menerusi platform GoFundMe dengan sasaran mengumpul dana bagi menampung tunggakan sewa dan menstabilkan semula keadaan kewangannya. Kempen itu dilaporkan menerima sambutan awal daripada peminat dan rakan industri.
Sementara proses undang-undang berjalan, Rourke dikatakan tidak lagi menetap di rumah sewa berkenaan dan kini menginap sementara di sebuah hotel di kawasan West Hollywood. Beberapa barangan peribadi miliknya juga dilaporkan telah dipindahkan keluar.
Situasi terbaharu ini sekali lagi membuka perbincangan mengenai realiti pahit yang dihadapi segelintir selebriti veteran, di sebalik glamor dan kejayaan yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu.
Untuk rekod, Mickey Rourke merupakan antara bintang besar Hollywood era 1980-an. Beliau pernah meraih Anugerah Golden Globe dan BAFTA pada tahun 2009 menerusi lakonannya sebagai Robin Ramzinski dalam filem The Wrestler.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Primadona dan penyanyi, Erra Fazira tampil menjelaskan mengenai perkongsian foto buah zuriat oleh suaminya, Ezwan Zain, ketika mereka menunaikan ibadah umrah baru-baru ini sebagai satu gurauan dan tidak membawa sebarang maksud tersembunyi.
Erra atau Fazira Wan Chek, 52, berkata dia secara peribadi tidak pernah terfikir untuk kembali hamil, namun tetap menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi.
Kongsi Erra, sebelum bernikah dia dan suami sudah berbincang secara terbuka mengenai soal anak memandangkan faktor usia.
“Kita kena sedia maklum Mr E ni suka bergurau. Saya pun tak tahu itu buah zuriat. Apa pun saya anggap itu sebagai gurauan.
“Saya dah set dalam otak macam tak sesuai (nak hamil) tetapi kalau Allah dah berkehendak kita tak boleh menolak.
“Dari mula saya pun tak sangka yang akan berkahwin lagi. Sejak awal kami ada berbincang, kalau dia nak anak (Ezwan) kena kahwin dengan orang muda,” katanya.
Erra berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pembukaan kafe Cluck’n Cone di Jalan Changkat, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Dalam pada itu, Erra menjelaskan mereka lebih selesa menjalani kehidupan berumah tangga tanpa sebarang perancangan untuk menambah ahli keluarga kerana masing-masing sudah mempunyai anak.
“Saya tidak merancang. Perancangan saya Alhamdulillah kami masing-masih sudah mempunyai anak dan dah ada pasangan (teman) jadi kami mahu jalan terus (jalani kehidupan).
“Kalau nak kata tak terburu-buru nak anak tidak juga sebab faktor usia. Kami memang tidak fikir ke arah itu pun,” ujarnya lagi.
Malah Erra turut menambah, faktor usia menjadi sebab utama dia tidak meletakkan harapan untuk hamil, malah sentiasa mendapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor.
“Ada rezeki ada la tapi saya tahu 80% perkara itu tidak akan berlaku (hamil).
“Di usia saya ini memang sentiasa buat pemeriksaan doktor. Rata-rata menasihati lebih baik saya tidak hamil atas faktor usia,” katanya.
Terdahulu pada 2 Januari lalu, Erra membuat kejutan istimewa buat Ezwan sempena ulang tahun kelahirannya dengan menghadiahkan perjalanan menunaikan umrah bersama.
Dalam satu hantaran di Instagram, Ezwan memuat naik gambar memegang foto buah zuriat yang ditunjukkan kepada Erra, sekali gus mencetuskan spekulasi netizen bahawa pasangan itu bakal menimang cahaya mata.
Untuk rekod, Erra bernikah dengan Ezwan pada 12 Disember lalu di Rinjani Majestic, Subang selepas 11 tahun bergelar ibu tunggal.
Erra sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan anggota KRU, Datuk Yusry Abdul Halim. Namun, mereka bercerai pada 2006 selepas tiga tahun berkahwin dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Erra kemudian berkahwin dengan usahawan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, sebelum berpisah pada 2014.
Manakala Ezwan pula sudah lapan tahun bergelar duda dan mempunyai seorang cahaya mata.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Dramatis Laila Nasir tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan terharu apabila selamat menerima menantu sulungnya pada 6 Jun lalu menerusi sebuah majlis tertutup yang...