Semalam, usahawan dan pelakon popular, Nur Fazura memuat naik sekeping foto di Instagram seperti sedang berurusan di sebuah balai polis yang nyata mencetuskan tanda tanya di kalangan pengikutnya.

Dalam hantarannya itu, Fazura turut merakamkan ucapan terima kasih buat pihak Polis Di-Raja Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Ini Kes Yang Lebih Berat, Kita Serahkan Kepada Allah & PDRM,” – Fazura Kongsi Foto Balai Polis, Kenapa Tu?

“Terima kasih PDRM Malaysia. #tegasadildanberhemah,” tulisnya.

Terbaru, menerusi posting di ruangan Instagram story juga, Fazura turut berkongsi mengenai keadaan kakinya yang cedera dan terpaksa dibalut.

Jelas pelakon filem, Pisau Cukur ini lagi, kakinya itu dikatakan tercedera akibat terlanggar besi lampu.

IKLAN

“Ini Kes Yang Lebih Berat, Kita Serahkan Kepada Allah & PDRM,” – Fazura Kongsi Foto Balai Polis, Kenapa Tu?

“Sakit juga kaki ya bila terlanggar besi lampu. Kaki jadi macam hantu mummy dah,” kongsinya lagi.

Bagi menjawab spekulasi ramai, Fazura menjelaskan urusannya di balai polis pada Sabtu bukannya disebabkan kecederaan di kakinya itu sebaliknya dia sedang menguruskan hal yang lebih berat.

IKLAN

Bagaimanapun, isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu tidak mengulas lanjut mengenai hal tersebut.

“Ini Kes Yang Lebih Berat, Kita Serahkan Kepada Allah & PDRM,” – Fazura Kongsi Foto Balai Polis, Kenapa Tu? “Ini Kes Yang Lebih Berat, Kita Serahkan Kepada Allah & PDRM,” – Fazura Kongsi Foto Balai Polis, Kenapa Tu?

“Sedikit pencerahan sebab ramai ingat ni sebab kaki Faz yang cedera terlanggar besi lampu. Tapi bukan tau.

IKLAN

“Ini kes yang lebih berat. Kita serahkan ke hadrat Allah SWT dan kepada PDRM,” kongsinya di Instagram stories.

Malah, Fazura turut menyerahkan hal tersebut kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan.

Sementara itu, para pengikutnya pula turut mendoakan semoga segala urusan Fazura sentiasa dipermudahkan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Fazura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI