Ini Dia 10 Utas Jam Tangan Termahal Dunia, Salah Satunya Dibeli Beyonce Sebagai Hadiah Birthday Suami!

Jika sebelum ini kami ada paparkan mengenai 10 jenama tas tangan paling mahal dunia dan salah satunya dimiliki penyanyi pop, Beyonce Knowles, senarai jam tangan termahal pun tidak memberi masalah buat penghibur berkenaan untuk memilikinya.

Difahamkan, penyanyi lagu Crazy In Love itu membelikan seutas jam tangan bernilai jutaan Dollar sebagai hadiah ulang tahun kelahiran suaminya, rapper Jay-Z bersempena ulang tahun perkahwinan juga. Makan hati tak?

Apa pun, ini dia kami senaraikan 10 utas jam tangan yang dikatakan sebagai antara yang termahal setakat tahun lalu.

Loius Moinet Meteoris Watch (USD4.6 Juta) – Khabarnya ia hanya dikeluarkan untuk beberapa unit saja seluruh dunia!

Hublot Bing Bang (USD5 Juta) – Kalau dilihat, ia lebih seperti gelang permata berbanding jam tangan. Perinciannya dikatakan mempunyai 1,280 biji permata. Jam tangan inilah yang dibeli Beyonce untuk suaminya!

IKLAN

Vacheron Constantin 57260 (USD8 Juta) – Jam poket yang sangat kompleks ini memerlukan tiga orang pakar jam untuk menyiapkannya selama beberapa tahun.

Patek Philippe- Ref 1518 – Wristwatch (USD11.2 Juta) – Berharga cecah belasan juta, ia dibeli menerusi sebuah acara jualan.

Jacob & Co. Billionaire Watch (USD18.27 Juta) – Sarat dengan perincian permata Emerald.

Patek Philippe – Henry Graves – Pocket Watch (USD24 Juta) – Jam poket termahal ini dibeli seorang jutawan pada 2016 lalu. Diperbuat pada tahun 1933, jam poket ini dikatakan mengambil masa lebih lima tahun untuk disiapkan!

Chopard 201-Carat Watch (USD25 Juta) – Dengan 874 permata, jam ini sehingga kini menjadi antara jam tangan berasaskan barangan kemas termahal.

IKLAN

Breguet Grande Complication Marie-Antoinette (USD30 Juta) – Jam poket eksklusif ini dikatakan dimiliki oleh kerabat diraja Perancis legenda pada era 1820-an.

Graff Diamond The Fascination (USD40 Juta) – DIperbuat daripada perincian permata putih.

Graff Hallucination (USD55 Juta) – Diperbuat menerusi 110 karat pertama dengan perincian platinum bersama pertama merah jambu. Cantikkan?

Foto: Carian Google