Bersempena dengan ulang tahun kelahiran, pelakon Datuk Fizz Fairuz telah menerima satu kejutan istimewa daripada isteri tercinta, Datin Almy Nadia.
Malah, Fizz juga turut berkongsi momen kejutan saat menerima beg idaman itu sambil menitipkan ucapan terima kasih kepada Almy yang sentiasa bersamanya sehingga kini.
“Tiada seindah kata yg dpt di ungkapkan selain ucapan terima kasih love @almynadiaofficial.
“Terima kasih bersama papa selama kita disatukan. Papa tahu tahun 2020 pahit buat mama, tapi sentiasa di sisi mama.
“Alhamdulilah, masih diberikan nafas utk meneruskan kehidupan dan menjalankan kebajikan kepada family.
“InsyaAllah ada sesuatu yg baru utk kita nanti, moga dipermudahkan segalanya, amin,” tulis Fizz.
Sementara itu, Almy yang turut memuat naik video berkaitan turut menzahirkan rasa buat suami tercinta.
Almy mendoakan agar suaminya itu dimurahkan rezeki, panjang umur dan berjaya dalam apa sahaja perkara yang dilakukan.
“Selamat hari jadi love. Mama doakan love murah rezeki, mama doakan love panjang umur, mama doakan love berjaya dgn apa yg love nak buat.
“Mama sentiasa ada di belakang dan di depan love igt sampai bila2 biar kita susah dan senang bersama. Love, mama tahu, love bnyk sgt berkorban jaga mama tahun ni, sbb tahun ni mama bnyk sakit, jadi mama hadiahkan love beg yg love nak sgt sgt, dengan hasil titik peluh mama sendiri mama hadiahkan utk love tau.
“Mama hope love happy n suka. Love mama sentiasa syg love dunia akhirat. Kami minta semua doakan yg baik2 utk birthday boy pls.
“Again SELAMAT HARI JADI, HAPPY BIRTHDAY SAYANG,” titipnya panjang lebar.
Untuk rekod, Fizz telah dilahirkan pada tanggal 22 Oktober 1979.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, Nurr Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra dan menjaga seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah.
Video: Instagram Fizz Fairuz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemenang tempat kelima program hiburan Big Stage 2020 (BS2020), Fadh Majid mendedahkan dia tidak kisah bila ada yang sifatkan dirinya miliki perwatakan sebagai seorang yang alim.
Menurut Fadh, kata-kata yang baik itu merupakan satu doa. Namun, penyanyi tersebut tetap mengakui diri sendiri masih mempunyai banyak kekurangan.
“Saya okay sahaja kalau mereka kata saya ni lebih kepada Islamik atau pun orang panggil saya ustaz, sebab kata-kata tu doa.
“Misal kata mereka doakan saya kearah kebaikkan, saya tak kisah. Walaupun, saya ni nakal dan tuhan je yang tahu tapi alhamdulillah kalau mereka fikir saya begitu.
“Tapi saya tak pernah anggap diri saya terlalu baik. Saya tahu diri saya. Saya ni juga hamba Allah yang tidak lari daripada membuat silap. Saya sedar akan perkara tersebut,” katanya kepada MH.
Malah sebelum bergelar penyanyi, bintang ini terlebih dulu kenali sebagai seorang qari dan kerap menyertai pelbagai pertandingan ketika zaman remajanya.
“Ada juga yang mempersoal mengenai perkara tersebut. Tapi saya cuma jawab selagi perkara tersebut tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri saya atau orang lain, saya rasa tiada masalah.
“Mungkin bila orang suka dengar suara saya, perkara tersebut boleh membawa mereka kearah kebaikan.
“Saya dibesarkan dengan Al-Quran dan saya juga pernah memenangi pertandingan tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan pada tahun 2005,” jelasnya lagi.
Pelakon dan pelawak, Ieda Moin ada berkongsi berita sedih mengenai bapanya yang telah meninggal dunia pada semalam.
Menerusi Instagram, Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin turut berkongsi kenangan manis bersama arwah bapanya.
“Yes cikda ank abah,semua ank perempuan akan jd istilah anak abah.. Tiada 1 pun rahsia hidupku dr yg hitam sampai putih yg abah xtau.. Semua ku kongsikan pd abah yg abah bawa sampai kehujung nyawa..TERIMA KASIH ABAH
“Arwah abah sgt penyayang.. Sgt memupuk nilai tinggi kasih syg dlm jiwa anak2 betapa tingginya nilai kasih syg dlm kehidupan..harta benda tiada ukuran dlm kasih syg katanya.. Tidak akan ada tinggi kasih syg pada NYA yg boleh melepasi dr segala kasih syg yg ada didlm dunia dan akhirat..
“Cr kasih sygNYA insha allah akan selamat dunia dan akhirat.. Alhamdulillah bah pilihan abah utk menjaga anak abah yg kepala batu ni memang x salah,bak kata abah,yg boleh pecahkan batu dlm kepala anak abah ni jer yg boleh hidup dgn anak abah sampai ujung nyawa..mcm abah syg ma,ma syg abah lah hehhehe.. Bercinta sampai bawa ke mati xpernah hilang..
“Ok dahhh!! Cukup buat ayat luahan hati..nanti abah marahh hheheh..okay bah org nk siap,nk gi shooting balik..ti org dtg jumpa abah dgn kak long okay..,” tulisnya panjang lebar
Allahyarham Abd Moin Abdul Ghani, 68, meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit seperti jangkitan dalam darah dan paru-paru, masalah jantung serta kegagalan buah pinggang.
Arwah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Ieda Moin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.