Pelawak dan ahli perniagaan, Shuib memanjat rasa sykur apabila buat pertama kalinya, dia akan bertemu anak bongsu, Ayash Affan.

Lebih bermakna, kesempatan tersebut diraih bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-37, pada Ahad.

Sebelum ini, Shuib memaklumkan bayi yang dilahirkan pada 6 Ogos lalu secara pramatang itu sudah dikeluarkan dari inkubator selain menunjukkan perkembangan yang baik.

“Ingat Ibu Cakap Benda Sama Berulang Kali, ‘Baby Keempat Ni, You Jaga Dia Tau…,” – Shuib Bakal Jumpa Ayash Affan Hari Ini

“Alhamdulillah dihari kelahiran, Allah hadiahkan berita gembira. Esok (hari ini) dah boleh ke hospital tengok Ayash Affan.

“Esok akan jadi hari pertama melihat dan menyentuh Ayash Affan,” katanya.

IKLAN

Perkara tersebut dimaklumkan suami kepada Allahyarham penyanyi, Siti Sarah Raisuddin ini menerusi Insta Stories.

Shuib menerusi platform sama turut mengenang permintaan arwah isteri yang mahu dia menjaga anak bongsu mereka dengan baik.

“Ingat Ibu Cakap Benda Sama Berulang Kali, ‘Baby Keempat Ni, You Jaga Dia Tau…,” – Shuib Bakal Jumpa Ayash Affan Hari Ini

IKLAN

“InsyaAllah. Alhamdulillah hari ini jumpa Ayash Affan. Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali ‘Baby yang keempat ni, you jaga dia tau, you jaga tau, you jaga ok’.

“InsyaAllah sayang, I akan jaga dia mcmana I jaga  you smpailah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia dan akhirat.

“Anak yang selalu dekat dgn Allah. Cuma I mohon you doakan I, perjalanan I masih jauh, doakan I selalu kuat. I love you sayang,” tulis Shuib.

IKLAN

Terdahulu, Shuib kehilangan Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), sebulan lalu.

Allahyarham bagaimanapun selamat melahirkan bayi lelakinya.

“Ingat Ibu Cakap Benda Sama Berulang Kali, ‘Baby Keempat Ni, You Jaga Dia Tau…,” – Shuib Bakal Jumpa Ayash Affan Hari Ini “Ingat Ibu Cakap Benda Sama Berulang Kali, ‘Baby Keempat Ni, You Jaga Dia Tau…,” – Shuib Bakal Jumpa Ayash Affan Hari Ini

Selain Ayash, mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10 dan Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6.

Shuin dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI