Tahniah diucapkan buat ibu mentua kepada pelakon Mira Filzah, iaitu YB Datuk Mastura Yazid Tan Sri Dato’ Mohd Yazid yang menjadi antara penerima yang dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) dengan membawa gelaran Datuk.

Datuk Mastura menerima gelaran tersebut bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 pada Isnin daripada YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Berita itu dikongsikan suami Mira Filzah, Wan Emir Astar menerusi satu posting di Instagram, baru-baru ini.

Gembira dalam syukur, Wan Emir turut membuat coretan panjang lebar buat ibu tersayang pada ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

IKLAN

“Menjunjung kasih YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas pengurniaan Darjah Kebesaran buat Bonda patik,@masturayazid.

“Moga anugerah sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 hanya akan menjadikan Bonda patik lebih baik dan terus cekap dan cekal dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin yang amanah buat semua, baik di Kuala, di desa, mahupun di pentas antarabangsa, untuk nama baik negara.

IKLAN

“Di sebalik tabir berdekad-dekad perjalanan khidmat dan bakti Ibu kepada masyarakat, bangsa dan negara, hati dan mata ini sendirilah yang menjadi saksi sendiri kepada tangisan, darah dan keringat yang dilimpahkan, demi cinta.. sebuah perjuangan.

“An inspiring, passionate, beloved leader, that is my Ibu. Tahniah Ibu. Papa would look dearly upon this moment today, for he knows how incredible Ibu has been for Papa, the people of Kuale, and the nation.

IKLAN

“Rahmatilah perjuangan dan usaha Ibu ku Ya Rabb, demi kebaikan agama, bangsa dan negara,” tulisnya sambil disusuli dengan hashtag, #DemiCintaSebuahPerjuangan dan #ArahManaSyurga.

Indah Coretan Kata Wan Emir Astar Bila Ibu Turut Dapat Gelaran Datuk, – “Rahmatilah Perjuangan Dan Usaha Ibuku Ya Rabb…”

Sekadar informasi, Datuk Mastura berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Foto: Instagram Wan Emir Astar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI