Pelakon Yana Samsuddin mendedahkan suami yang juga pelakon Fadzil Zahari sudah lama menyimpan perasaan terhadapnya, namun dia memilih untuk melunaskan beberapa impian dan tanggungjawab terhadap keluarga sebelum mendirikan rumah tangga.

Yana mengimbas nostalgia manis mereka berdua sebelum mendirikan rumah tangga dan Fadzil juga sebelum ini merupakan sahabat baik yang sering menyokong perjalanan seninya.

Imbas Nostalgia Cinta! Rupanya Yana Samsuddin Pernah Tolak Cara Baik Rombongan Merisik Suami – “Syukur Walau Apa Cabaran, Fadzil Sentiasa Ada…” Imbas Nostalgia Cinta! Rupanya Yana Samsuddin Pernah Tolak Cara Baik Rombongan Merisik Suami – “Syukur Walau Apa Cabaran, Fadzil Sentiasa Ada…” Imbas Nostalgia Cinta! Rupanya Yana Samsuddin Pernah Tolak Cara Baik Rombongan Merisik Suami – “Syukur Walau Apa Cabaran, Fadzil Sentiasa Ada…”

“Saya tahu Fadzil sebenarnya sudah lama menyukai saya, malah dia juga pernah menghantar rombongan merisik ke Johor pada ketika itu, namun ditolak secara baik. Bukan apa, banyak perkara yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

“Saya ingin membeli rumah buat keluarga terlebih dahulu, malah tidak ralat biarpun hanya memakai kereta Kelisa pada ketika itu. Biarlah orang lain menukar kereta dan sebagainya, saya setia dengan kereta lama kerana banyak yang saya impikan pada masa itu.

“Alhamdulillah, Setelah segalanya terlaksana, saya bersedia untuk memikirkan mengenai diri sendiri ada usia 30 tahun. Saya bersyukur walau apa jua cabaran dan rintangan, Fadzil sentiasa berada di sisi,” katanya.

IKLAN

Imbas Nostalgia Cinta! Rupanya Yana Samsuddin Pernah Tolak Cara Baik Rombongan Merisik Suami – “Syukur Walau Apa Cabaran, Fadzil Sentiasa Ada…” Imbas Nostalgia Cinta! Rupanya Yana Samsuddin Pernah Tolak Cara Baik Rombongan Merisik Suami – “Syukur Walau Apa Cabaran, Fadzil Sentiasa Ada…” Imbas Nostalgia Cinta! Rupanya Yana Samsuddin Pernah Tolak Cara Baik Rombongan Merisik Suami – “Syukur Walau Apa Cabaran, Fadzil Sentiasa Ada…”

Yana berkongsi kisah tersebut ketika menyertai sesi IG Live bersama penggiat seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem (FINAS).

IKLAN

Sesi itu diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember depan.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjayanya pula, wanita asal Yong Peng, Johor itu mengakui lebih selesa bergerak di belakang tabir di kerusi pengarahan.

Jelas Yana, rezeki bagaimanapun lebih berpihak kepada bidang lakonan.

IKLAN

“Saya bermula sebagai penyanyi bagi lagu filem Mami Jarum yang mana pada ketika itu baru berusia 17 tahun. Kemudian saya bekerja di Metrowealth International Group (MIG) di bahagian ‘editing’ maka disitulah bermula segalanya.

“Saya merupakan pengarah termuda pada usia 23 tahun mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta lakonan Fazura. Kutipan bagi filem berkenaan hampir mencecah sejuta yang boleh dikatakan cukup baik pada masa itu,” katanya lagi.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga dengan pada 13 Februari 2015 dan mereka bahagia harmoni bersama dua cahaya mata.

Imbas Nostalgia Cinta! Rupanya Yana Samsuddin Pernah Tolak Cara Baik Rombongan Merisik Suami – “Syukur Walau Apa Cabaran, Fadzil Sentiasa Ada…” Imbas Nostalgia Cinta! Rupanya Yana Samsuddin Pernah Tolak Cara Baik Rombongan Merisik Suami – “Syukur Walau Apa Cabaran, Fadzil Sentiasa Ada…” Imbas Nostalgia Cinta! Rupanya Yana Samsuddin Pernah Tolak Cara Baik Rombongan Merisik Suami – “Syukur Walau Apa Cabaran, Fadzil Sentiasa Ada…”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI