Rancangan hiburan realiti popular, Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang secara rasminya memulakan saingan pertama malam tadi menyaksikan Liza Aziz menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 77.50 peratus.
Bintang legenda itu yang menyampaikan lagu popularnya, Bermula Cerita menerima komen positif juri profesional, manakala penyanyi Indonesia, Dadali Dygra.
Fairuz Selamat dan Ning Baizuea pula menduduki tempat ketiga dan keempat masing-masing dengan markah sebanyak 67.00 peratus.
Ads
Sementara itu, Sheila Abdul yang membuat persembahan menerusi lagu Mungkinkah pula berada di kedudukan kelima dalam kalangan 14 peserta bertanding.
Berikut ialah carta markah minggu pertama GV11 mengikut kedudukan pertama hingga terakhir yang menyaksikan Illa Sabry berada di kedudukan paling corot dengan 52.75 peratus;
Ads
Bagaimanapun, tiada penyingkiran dilakukan pada konsert minggu pertama apabila kesemua peserta berjaya meneruskan perjuangan ke saingan minggu ke dua sejurus segmen Ada Lagu, Ada Lagi diumumkan.
GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria.
Kesemua peserta tahun ini kekal diadili oleh juri tetapnya iaitu maestro muzik Datuk Ramli M.S, bintang legenda Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Band popular tanah air, Kugiran Masdo menyifatkan penganjuran pelbagai acara muzik dan konsert di negara saat ini merupakan satu petanda positif buat industri muzik tempatan.
Menurut vokalisnya Ali Sariah, bagaimanapun setiap band atau artis itu harus bijak menyusun strategi atau kekerapan mereka membuat persembahan demi menjaga nilai eksklusiviti.
“Perkara ini ada pro dan kontra. Bila sudah terlalu banyak festival dan barisan artisnya pula hampir sama, kita sudah tidak jadi eksklusif.
“Malaysia ini tidak besar dan show pula banyak berlangsung di Kuala Lumpur. Kalau boleh, banyakkanlah acara-acara muzik di negeri-negeri lain pula.
“Bila selalu buat show di tempat yang sama, penonton akan boring. Kita juga jadi risau sebab asyik-asyik muka sama. Perasaan tak syok tu memang ada,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, demi memastikan para peminat mendapatkan pengalaman muzik yang berbaloi, mereka kini lebih memilih untuk membuat persembahan di acara berbayar berbanding konsert percuma.
“Ketika ini, kami sudah kurang membuat persembahan di acara muzik yang masuk percuma. Orang akan lebih memilih untuk tengok yang percuma daripada show berbayar.
“Untuk lihat kami perform, kena bayar.
Kalau dahulu, mungkin kami sapu semua tapi kini kami lebih menjaga eksklusiviti agar mereka yang membayar itu rasa berbaloi,” ujarnya lagi.
Sementara itu, gitaris Kugiran Masdo, Asmawi pula menjelaskan mereka juga sedar dengan komen-komen peminat yang mahu mereka tampil berbeza di setiap acara muzik.
Bagaimanapun, mereka juga tidak mahu menghampakan perasaan para peminat yang mahu melihat mereka memainkan lagu-lagu popular.
“Bukan peminat sahaja komen, kami pun dah komen diri sendiri. Namun, kami tak boleh nak buat apa sebab scene kita berbeza dengan Indonesia.
“Di sana, ada band yang tak perlu pun mainkan lagu-lagu daripada album lama. Mereka boleh sahaja mainkan lagu daripada album baharu dan peminat akan tetap enjoy.
“Kalau di Malaysia, kita belum ke arah itu. Kalau kami tak bawa lagu Dinda, apa pula kata peminat nanti? Lagu-lagu wajib ini kena mainkan juga tapi kita ubah dari segi arrangement,” akhirinya.
Terdahulu, Kugiran Masdo merupakan antara band yang akan membuat persembahan di acara One Love Music Festival yang dijadualkan berlangsung pada 21 Disember ini Dewan A, MAEPS, Serdang.
Selain Kugiran Masdo, antara barisan artis yang akan membuat persembahan adalah seperti Hujan, Bunkface, Insomniac, Gerhana Ska Cinta, Drama Band dan 53 Universe.
Malah, acara muzik besar-besaran ini juga bakal menampilkan persembahan daripada penyanyi-penyanyi popular Indonesia seperti Feby Putri, Nadin Amizah, Nabila Taqiyyah dan Salma Salsabil.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sering membintangi watak kanak-kanak dan remaja, pelakon Puteri Balqis kini mencabar diri untuk memeran watak sebagai wanita dewasa, iaitu sebagai merupakan kekasih kepada aktor, Aiman Hakim Ridza di dalam drama terbaharu berjudul, Sebelum Titik Nokhtah.
Menurut Balqis, setiap pelakon mempunyai keupayaan untuk mencipta apa sahaja watak yang bersesuaian dengan kehendak pengarah.
“Sebab itulah pekerjaan ini dipanggil sebagai berlakon. Kita boleh cipta apa sahaja watak dan saya mencipta watak Amylia yang merupakan seorang wanita dewasa.
“Kita boleh berlakon menjadi pembunuh psiko atau watak yang penuh melancholic. Jadi, kenapa kita tak boleh berlakon menjadi wanita dewasa?
“Saya hanya perlu menghayati kelakuan, penampilan dan tabiat orang-orang dewasa. Jadi, saya membuat banyak kajian tentang cara berjalan, bercakap dan banyak lagi,” katanya kepada MH.
Balqis berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Sebelum Titik Nokhtah yang berlangsung di Bungalow 37, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, pelakon berusia 17 ini akui tidak sukar buat dirinya untuk mencari keserasian bersama Aiman meskipun perbezaan umur yang agak jauh.
“Apa yang menarik tentang Aiman, dia punyai wajah yang penuh dengan character. Keserasian kami hadir secara semula jadi sebaik sahaja mula penggambaran.
“Bila babak bergaduh, kami tolak tepi soal skrip. Kami bina sendiri kemarahan itu. Bila tamat sahaja babak, kami hanya buat hal masing-masing.
“Kami tiada bersembang atau berbincang. Sangat ‘rare’ untuk dapat chemistry seperti ini. Saya pula sejenis introvert. Agak susah nak bina keserasian lebih awal.
“Saya lebih selesa menunggu bila camera rolling. Kami hanya rehearsal dan terus berlakon,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada dia hanya akan membawakan watak-watak dewasa selepas ini, ini jawab pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia ke-19 itu;
“Pada saya, saya boleh bergilir untuk membawakan watak remaja dan dewasa. Bila melakonkan watak kanak-kanak, kita ada watak seperti kanak-kanak yang hidup di dalam keluarga yang mendera.
“Seronok juga watak seperti itu. Tak semua naskhah berat itu perlu jadi watak dewasa,” tuturnya lagi.
Dalam pada itu, Balqis akui tidak kisah dengan kritikan segelintir pihak mengenai wataknya itu sebaliknya, dia percaya penonton masa kini sudah semakin bijak menilai terhadap peranan sesebuah watak.
“Dalam skrip pun sudah dimaklumkan umur watak saya dan Aiman berbeza 10 tahun. Pada saya, bila saya sudah in character, mungkin orang akan lupa Puteri Balqis yang sebenar.
“Sekali lagi saya katakan, ini hanyalah watak,” akhirinya.
Selain Balqis dan Aiman, drama terbitan Heritage Movie Sdn. Bhd ini turut menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat tempatan seperti Noki K-Clique, Danny X-Factor, Shabby dan Shazia Rozaini.
Drama arahan Mohd Syah Faizul bergenre aksi thriller ini akan mula bersiaran di saluran Degup HD, Unifi TV bermula 11 November ini jam 11 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Drama Melur Untuk Firdaus merupakan antara drama yang melonjakkan nama pelakon Anna Jobling dalam dunia seni tanahair. Jadi tidak hairanlah jika nama Anna Jobling kini meniti di bibir para peminat hingga di negara jiran, Indonesia.
Malah, namanya semakin memuncak apabila bakal membintangi tiga lagi filem di Indonesia selepas kemunculan sulung sebagai teraju utama dalam filem Lembayung.
Mengakui masih mentah dan berada pada fasa hijau di usia 24 tahun, pelbagai kejayaan sedikit demi sedikit mula ditempa Anna Jobling, sekaligus meletakkan namanya pada kelas tersendiri dalam industri hiburan tanahair dan persada antarabangsa!
Disebalik penjenamaan gah ‘Anna Jobling’ di pentas seni tahan air, ramai yang tidak mengetahui bahawa pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman sebenarnya seorang yang gemarkan sesuatu yang ‘simple’ dan berpegang pada konsep ‘Less is More’.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Anna sendiri ketika team NONA, berkesempatan menemui beliau yang dangkat sebagai salah seorang duta bagi pelancarab koleksi FILA X Peanuts yang berlangsung di ibukota baru-baru ini.
“Hari ini Anna berada di launched Fila x Peanuts Collection. Anna suka koleksi ini sebab Anna seorang yang ada stail yang tak crowded more to simple dan jika tiada keperluan Anna kurang gemar untuk dress up sangat.
“Jika Anna bercuti dan nak keluar ke mana-mana bersama kawan-kawan atau pun beriadah Anna suka mengenakan sesuatu yang ringkas dan simple.
“Jadi koleksi Fila x Peanuts ni menepati citarasa dan jiwa Anna. Tambahan pula koleksi ini mengetangahkan pelbagai jenis stail antaranya ada kemeja-T polos, ada sweater, ada jaket dan kita boleh gayakanya secara kasual atau santai.
“Paling penting koleksi ini sangat selesa dan sesuai digayakan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Jadi itulah secara ringkas nya tips gaya dan stail yang menjadi pilihan Anna, keep it simple!,” ujar pemenang tempat keempat Dewi Remaja 2018 / 2019 itu.
Ketika diminta mengulas berkenaan bagaimana dia memelihara kecantikan wajah yang dimilikinya, ini respon yang diberikan oleh Anna.
“Bagi tips kecantikan pula, ada masa Anna suka menggayakan solekan yang ekstra bergantung kepada event dan ocassion yang macam mana Anna perlu hadir. Tapi kebanyakkan masanya, Anna suka kan solekan yang ringkas dan tidak berat. Less make up, less dress up and just be simple.
“Alhamdulillah.. Setakat ini Anna tiada sebarang masalah kulit, mungkin juga sebab genetik sebab kulit mama Anna sentiasa flawless. Tapi Anna juga memang menjaga rutin kecantikan dan pemakanan seharian Anna serta ada juga melakukan senaman pada waktu senggang.
“Antara Rutin kecantikan yang Anna amalkan dan tak pernah tinggalkan adalah mencuci muka. Walau penat atau letih macam mana sekalipun, Anna pasti akan mencuci muka terlebih dahulu sebelum tidur.
“Selalunya Anna akan buat teknik ‘Double Cleansing’, buang solekan dengan make-up remover terlebih dahulu, lepas tu cuci muka sekali lagi dengan pencuci muka. Selepas muka dah betul-betul bersih, barulah Anna akan oleskan Essence, Toner, Serum, pelembap, krim mata dan lip balm sebelum tidur.
“Anna akan pastikan rutin wajib ini dilakukan sentiasa untuk melindungi dan menjaga kebersihan dan kecantikan kulit wajah Anna. Kecantikan adalah aset paling penting untuk dipelihara oleh setiap wanita samada bekerjaya mahupun suri rumah. Nak cantik kena rajin!,” tegas gadis manis kacukkan Melayu-Inggeris ini.
Sekadar info, pada Julai 2022, nama Anna Jobling tersenarai sebagai 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022) oleh TC Candler sekaligus menjadi calon tunggal dari Malaysia bagi kempen tahunan tersebut.
Malah, nama Anna joblin berada di puncak populariti pada tahun sama, apabila digandingkan bersama Meerqeen membintangi drama Melur Untuk Firdaus, yang kemudianya menjadi sohor di media sosial, sehingga nama Anna memuncak dan tular sehingga ke luar negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.