Pelakon, Sweet Qismina akui teruja selepas akhirnya dia berkesempatan untuk menghadiri majlis konvokesyen di Segi University selepas tertangguh hampir dua tahun akibat fasa pandemik.

Menurut Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, meskipun sibuk menguruskan kerjayanya sebagai seorang selebriti, namun, dia sekali pun tidak pernah mengabaikan pelajarannya sejak di bangku sekolah rendah lagi.

“I’ve been waiting for this! Dua tahun tunggu tau sebab covid. Alhamdulillah dapat pun pakai robe ni hehe.

“Been struggling between work and study since sekolah rendah, only people around me and Allah knows betapa penatnya fizikal dan mental Sweet nak lalui fasa tu.

“Bila orang tanya how nak kerja + study full time mcm Sweet? My answer is just, if you kuat, cubalah. If tak kuat, jangan teruskan. You akan sakit,” luahnya menerusi hantaran di Instagram.

Katanya lagi, dia juga menyifatkan segala pengorbanan serta penat lelahnya selama ini telah pun membuahkan hasil.

IKLAN

“If Tak Kuat Jangan Teruskan, You Akan Sakit,” – Berkorban Waktu Sejak Sekolah, Sweet Qismina Syukur Puas Genggam Ijazah

Malah, pelakon drama, Bidadari Salju ini turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang merasakan dirinya tidak mempunyai zaman kanak-kanak yang menyeronokkan dek kerana jadual kerja yang padat.

“Sweet sebenarnya suka sangattttt lalui fasa belajar sambil kerja. Fasa yang mmg sweet tak akan lupakan. Zaman sekolah dulu kan, pagi pergi sekolah, habis sekolah shooting, habis shooting malam tuition, exam pagi, petang shoot sampai Subuh, lari pergi sekolah for next paper.

IKLAN

“Masuk University pun sama. Class 8am-6pm, lari pergi shoot sampai 4am, 8am masuk kelas balik. Tapi sebab sweet nak. I want to grab both because I know that I can. Mama selalu pesan “if you nak berlakon you kena study. So which one?”

“So sakit macam mana pun i will study sbb I nak! Haha degil kan saya lepas tu kurus 10kg. Ada yang cakap I have no childhood memories, I had no fun time. Siapa kata? My childhood memories were the best! Experience yang mahal.

“Rasa puas sangat! I pushed myself for 14 years to put an end in my study life. All thanks to Mama,” kongsinya lagi.

IKLAN

“If Tak Kuat Jangan Teruskan, You Akan Sakit,” – Berkorban Waktu Sejak Sekolah, Sweet Qismina Syukur Puas Genggam Ijazah “If Tak Kuat Jangan Teruskan, You Akan Sakit,” – Berkorban Waktu Sejak Sekolah, Sweet Qismina Syukur Puas Genggam Ijazah

Sementara itu, Sweet juga mengakui dirinya pernah terdetik untuk berputus asa dalam pelajaran, namun, semangat yang tidak berbelah daripada orang sekeliling menjadi dirinya lebih kuat.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Sweet.

Menerusi entri berasingan, Sweet juga turut berkongsi foto-fotonya sewaktu menghadiri majlis konvokesyen tersebut.

“If Tak Kuat Jangan Teruskan, You Akan Sakit,” – Berkorban Waktu Sejak Sekolah, Sweet Qismina Syukur Puas Genggam Ijazah “If Tak Kuat Jangan Teruskan, You Akan Sakit,” – Berkorban Waktu Sejak Sekolah, Sweet Qismina Syukur Puas Genggam IjazahUntuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Sweet Qismina

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI