Semalam heboh di media sosial tentang pelakon popular, Datuk Farid Kamil telah membuat satu laporan polis.

Hal itu telah dikongsi oleh Farid sendiri menerusi akaun Instagramnya dan pada ruang kapsyennya menulis dia mahu membela nasib orang yang teraniaya.

Rentetan daripada hal ini sumber Mstar Online telah menghubungi ibu kepada Isteri Farid, Datin Diana Danielle iaitu Norsiah Ramli untuk bertanyakan apa yang telah terjadi kerana menurut sebuah portal yang lain, Farid membuat laporan polis berhubung isu rumah tangganya.

IKLAN

Norsiah mengatakan bahawa dia juga terkejut apabila mendapat tahu berita tersebut setelah membaca artikel daripada sebuah portal di mana Farid membuat laporan polis berhubung hal rumah tangga bersama anaknya.

“Saya baru tahu dan terkejut. Sumpah saya tak tahu apa-apa,” katanya kepada Mstar Online.

Ibu mertua Farid juga enggan mengulas lanjut mengenai hal ini.

Terdahulu menerusi sumber Kosmo Online yang memetik kenyataan dalam laporan tersebut mengatakan, Farid memohon untuk membenarkan adiknya Anis Anwar Zahari untuk memasuki rumahnya untuk mengambil barangan peribadinya yang terletak di Casa Tropicana, Damansara.

IKLAN

Dalam laporan tersebut juga, Farid berkata kedua-dua anaknya iaitu Muhammad dan Aurora berada dalam jagaannya pada malam laporan dilakukan.

Kata sumber lagi, Farid membuat laporan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga supaya tindakannya termasuk membenarkan adiknya memasuki rumah itu tidak di anggap ceroboh.

IKLAN

Mungkin Farid ada sebab tersendiri mengapa dia membuat laporan polis tersebut.

MH doakan agar rumah tangga Farid dan Diana dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sumber: Kosmo Online & Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI