Mengambil tanggungjawab menyebarkan maklumat dan pengorbanan kakitangan barisan hadapan yang berjuang menentang wabak Covid-19, Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi perbualan yang cukup beremosi dengan seorang kakitangan barisan hadapan yang bertugas di Hospital Seremban yang dikenali sebagai Nurul.

Jelas Nurul, dia dipinjamkan daripada unit rawatan jantung untuk memenuhi keperluan rawatan pesakit Covid-19 di Malaysia. Dia turut berkongsi kesukaran pemakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) di mana setiap kakitangan terpaksa mengenakan sut berkenaan sehingga 18 jam sehari.

Dan atas sebab itu, jelas Nurul, kebanyakan frontliner terpaksa menjamak solat fardhu dan menahan lapar sehingga PPE dibuka dan terus dilupuskan. Tambahnya lagi, kakitangan yang bertugas di Unit Rawatan Rapi pula terpaksa bekerja lebih daripada 18 jam sehari bagi memastikan pesakit mendapat rawatan sepenuhnya.

Tidak mampu menahan sebak tatkala menyentuh perihal anak, jelas Nurul, dia sudah lama tidak berpeluang bertemu dan memeluk anaknya kerana tidak mahu merisikokan nyawa mereka. Malah, Pak Nil turut terkedu saat Nurul menyatakan statusnya sebagai ibu tunggal.

“Saya tidak dapat berjumpa mereka sejak cuti sekolah bermula. Saya terpaksa menghantar kedua-dua anak untuk dijaga oleh adik. Saya merupakan ibu tunggal.

IKLAN

“Selalunya kami akan buat panggilan video dan mereka selalu akan bertanya bila ibu boleh balik, bila kita boleh makan bersama, bila nak keluar jalan bersama. Saya hanya mampu menjawab, bila keadaan sudah reda. Kami sendiri tiada kepastian bila keadaan akan beransur pulih. Ramai kawan-kawan di Hospital Sungai Buloh sudah lama tidak pulang ke rumah kerana kekurangan kakitangan.

“Bukan tidak takut terkena jangkitan namun kita kena ikhlaskan diri. Selama mana kita harus melawan wabak ini jika kita tidak berjuang. Apa yang membuatkan saya terus berjuang dan bertahan merawat pesakit ialah saya mahu balik ke rumah dan jumpa anak-anak, saya tidak mahu terus begini.

“Ayah berpesan, saya kena teruskan berdoa dan jangan putus berdoa kepada Allah, dan kena kuat untuk anak-anak.

IKLAN

“Namun ada frontliner yang punya anak-anak yang masih kecil terpaksa putuskan susu badan kerana tidak mahu risikokan nyawa anak. Apa yang boleh saya pesan kepada rakan-rakan seperjuangan, ikhlaskan hati, kuatkan diri. Kita kena berjuang sehingga wabak ini tamat, kita berjihad kerana Allah,” luahnya sambil menangis.

Nurul turut menitipkan pesanan buat dua anak lelakinya dan berjanji akan pulang selepas semuanya tamat.

“Ibu harap semuanya akan berakhir dengan cepat, ibu akan balik ambil anak-anak ibu dan akan peluk kamu setiap malam. Ibu janji ibu akan balik. Doakan ibu terus kuat,” katanya menahan sebak.

IKLAN

“FRONTLINER YG TERPISAH DARI ANAK KECILNYA 😭

Walaupun ada yg kecam Paknil dgn menuduh Paknil cari perhatian dgn cerita2 yg #paknil paparkan, sesungguhnya nawaitu sebenar adalah untuk memberi kesedaran kpd mereka yg masih ambil ringan ttg bahaya covid 19. Paknil tidak akan tunduk pd kata2 negatif #teampaknil,” kongsi Pak Nil.

Foto : Instagram Pak Nil

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI