Setelah menyangkal dakwaan yang mengatakan dirinya dan isteri, Tya Ariffin pernah berlekakuan sombong terhadap pekerja hotel, individu yang dikatakan memfitnah anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid telah tempil membuat permohonan maaf.
Jelas individu terbabit, dia kesal dengan perbuatannya itu yang secara tidak langsung telah menjejaskan imej Asyraf serta keluarganya.
“Saya dengan seikhlas hati dan rendah diri ingin memohon maaf kepada Asyraf Khalid sekeluarga kerana posting saya.
“Saya kesal yang posting saya jadi viral dan mendatangkan mudarat kepada Asyraf sekeluarga. Saya dengan ini berharap Asyraf sekeluarga dapat memaafkan saya,” tulisnya dalam satu ciapan di Twitter.
Tidak lama selepas itu, Asyraf yang juga merupakan usahawan tampil memberikan reaksi balasnya dan memaklumkan dia telah pun memaafkan individu berkenaan.
Ads
Bagaimanapun, dia berharap agar insiden seperti ini dapat dijadikan iktibar agar tidak berulang lagi pada masa hadapan.
“Salam, saya sangat kesal dengan apa yang awak dah buat tapi saya faham, mungkin awak stress berkerja dan fikir apa yang awak cakap tu tak bagi kesan apa-apa.
Ads
“Tapi ianya bagi kesan yang sangat mendalam pada saya. Saya maaf kan awak, tapi please learn from this,” tulis Asyraf di Twitter.
Sebelum ini, Asyraf dan isteri telah dikritik hebat netizen berikutan ciapan yang dimuatnaik oleh individu berkenaan sehingga mendapat perhatian pihak media.
Ads
Disebabkan hal tersebut, Asyraf tampil membuat penjelasan panjang lebar bagi menjelaskan perkara yang sebenar.
Bagaimanapun, bapa kepada dua orang cahaya mata itu akui sebagai manusia biasa dia juga tidak terlepas daripada membuat kesilapan terutamanya ketika melayan orang-orang di sekelilingnya.
Lantaran itu, Asyraf turut memohon maaf andai dirinya pernah menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Shuib kecewa dengan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan bisnes kafe perusahaannya telah mendapat sokongan dana daripada pihak organisasi rahsia, Freemason.
Jelas Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, dia berusaha sehabis daya untuk meletakkan bisnesnya itu di posisi sekarang.
“Saya terbaca ramai orang yang bercakap mengenai bisnes saya, Bubblebee. Ada yang kata bisnes ini dilabur oleh Freemason. Apa gila la yang cakap macam tu.
“Saya bersusah payah selama tiga tahun untuk bangunkan bisnes ini,” katanya kepada MH.
Tambah Shuib lagi, hasil sokongan yang ditunjukkan oleh semua pihak, bisnes kafenya itu berjaya memperoleh keuntungan yang memberangsangkan selama tiga tahun ini.
“Ada yang persoal jualan bisnes saya tak tinggi tapi boleh kaya raya dan buka banyak francais. Nak kena saya dedahkan ke?
“Selama tiga tahun Bubblebee ditubuhkan dan berkat sokongan orang ramai, kita berjaya raih RM150 juta. Jualan tersebut hasil daripada semua orang yang sokong bisnes saya
“Kenapa pula ada yang pertikai dan mengatakan bisnes saya dibangunkan dengan duit daripada Freemason. Dakwaan yang sangat bodoh,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, penyampai radio Suria FM ini turut mendedahkan kesan fitnah ini telah sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap kepercayaan staf-stafnya.
“Sampai ada pula yang komen dekat posting fitnah itu kata dia rasa bersalah pernah bekerja dengan Bubblebee. Dekat syarikat saya ada lebih 300 staf sekarang.
“Takkan la sebab penulisan anda yang cakap tentang perkara tak betul ini akan menjejaskan periuk nasi seluruh pekerja-pekerja ini. Inilah kesannya.
“Harap perkara ini tidak berlaku lagi dan semua orang ambil iktibar,” akhirinya.
Terdahulu, dalam satu sidang media tergempar yang diadakan pada Selasa, seorang individu telah membuat permohonan maaf kepada Shuib diatas perbuatannya menyebarkan fitnah di media sosial.
Shuib bagaimanapun memaafkan individu tersebut namun menegaskan akan mengambil tindakan yang lebih tegas sekiranya perkara seperti ini berlaku lagi pada masa akan datang.
Pelakon yang juga pengusaha fesyen, Nurin Afiqah yang kini tampil dengan koleksi baharu di bawah jenama Nada Identity iaitu Summer To Remember menjelaskan ia merupakan cetusan idea yang diterjemahkan kepada pengalamannnya ketika berada di negara orang.
Nurin Afiqah atau nama sebenarnya, Nurin Afiqah Zulkifli, 27, berkata dia mahukan sesuatu yang istimewa, mengenangkan kecintaan yang tinggi terhadap dunia fesyen dan kecantikan.
Malah graduan lulusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini juga mahu memastikan pelanggan mencapai kepuasan terbaik terhadap koleksi baharunya itu.
“Apa yang boleh saya simpulkan, Summer To Remember ialah rangkuman daripada pengalaman saya sewaktu melancong ke Eropah sebelum ini. Kebetulan musim panas jatuh pada bulan hari jadi saya iaitu bulan Julai.
“Jadi mengapa tidak untuk saya jadikan momen tersebut sebagai kenangan yang lebih bermakna. Sebab kalau kita tengok, musim panas di Eropah sangat cantik dengan warna warni bunga-bungaan.
“Secara langsung, ia memberi inspirasi untuk saya terjemahkan ia terhadap koleksi ini dengan lebih ramai pelanggan di luar sana. Besar harapan saya agar koleksi ini dapat diterima ramai,” katanya.
Nurin Afiqah yang turut dikenali sebagai personaliti media sosial ini berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Summer To Remember di Majestic Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Koleksi yang hadir dengan tiga jenis material dalam satu koleksi ini juga sekaligus mencerminkan imej baharu Nada Identity yang lebih matang meski masih mengekalkan konsep floral.
“Koleksi ini saya anggap sebagai permulaan dan wajah baharu untuk Nada yang lebih matang, sesuai untuk wanita bekerjaya.
“Buat pertama kalinya juga, kami keluarkan tujuh penampilan berbeza dalam masa satu bulan. Terdapat tiga jenis material iaitu denim, pleated floral dan cotton.
“Yang penting, kesemuanya berkonsepkan floral bagi memberikan nuansa musim panas,” katanya lagi.
Mengulas mengenai perancangan masa depan Nada Identity, pelakon drama Wifi Sebelah Rumah ini optimis untuk mengembangkan bisnes yang diusahakan.
“Buat masa ini kami hanya ada showroom, namun matlamat saya ialah untuk membuka butik sendiri. Insya-Allah pada tahun hadapan,” katanya yang turut memaklumkan, ‘pop-up store’ Nada akan dibuka di KLCC, Ogos ini.
Pada majlis sama, Nurin Afiqah turut diraikan bersempena dengan hari jadi sambil disaksikan tetamu yang hadir seperti Sophia AlBarakbah, Aprena Manrose, Che Puan Syamim, Shaza Bae dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Keputusan tersebut seiring dengan cerminan dua nilai teras diperjuangkan jenama berkenaan selama ini iaitu terinspirasi dan terpelihara (Be Inspired dan Be Protected).
Menurut pengasasnya, Zaiti Noordin, pihak mereka bukan melawan arus sebaliknya sedar pegangan serta prinsip diperjuangkan itu sudah diguna pakai kebanyakan ahli perniagaan mahupun pengasas produk.
Kata Zaiti lagi yang sudah membangunkan jenama berdaftar di bawah Zeeta Group Resources sejak 2013, ia disifatkan sebagai dakwah kecil.
“Mungkin selama ini pilihan artis atau selebriti tidak bertudung lebih diutamakan. Tapi kami sedari dulu lagi, setia dangan prinsip meletakkan wajah atau duta produk semestinya bertudung.
“Sekalipun ada selebriti tidak bertudung, kami meminta jasa baik dan kerjasama mereka untuk sekurang-kurangnya menutup aurat ketika mempromosikan produk.
“Contoh terbaharu ialah Reen Rahim yang sudah mempersetujui syarat dan kehendak berkenaan selepas menjalinkan kerjasama dengan kami,” katanya.
Tambah Zaiti lagi, dalam konteks memberi inspirasi, Zeeta ingin memecah tembok pemikiran wanita berhijab di Malaysia sekali gus memperkasa golongan berkenaan.
“Kami ingin mengubah stereotaip. Jangan ingat wanita bertudung tidak mampu ke depan. Dalam konteks memelihara pula, ia lebih jelas sebagaimana kita balut buku untuk memelihara kulit depan dan belakangnya atau memakai langsir di tingkap untuk mencantikkan.
“Tak lupa keselamatan makanan terjaga dengan mengguna penutup saji. Begitu juga dengan cara Islam menghargai dan memelihara keindahan wanita. Zeeta juga ingin memelihara keindahan wanita dengan cara sama.
“Malah ejen berdaftar kami juga bagai faktor dorongan atas usaha ini yang memilih untuk menggunakan kandungan bahan atau video wanita menutup aurat sahaja,” katanya.
Terdahulu, jenama ini pernah menggunakan khidmat artis seperti Nad Zainal dan Fazlina Ahmad Daud.
Sementara itu, jenama ini yang mengeluarkan sekitar 10 produk ini mempunyai tarikan tersendiri selain sokongan lebih 5,000 ejen berdaftar.
“Kami menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dari 2010 hingga 2013. Produk yang kami jual termasuk Mandi Bunga, Sabun Badan, Energy Booster Aromatherapy, serum wajah, sabun jeli, sabun beras batik dan macam-macam lagi.
“Harga produk juga berpatutan dari sekitar RM12 hingga ke RM60. Insya-Allah kami sasarkan jualan bulan sebanyak RM150,000 ke RM200,000. Manakala sasaran jualan setahun pula sebanyak RM3 juta.
“Insya-Allah kami merancang untuk merekrut lebih ramai lagi ejen aktif baharu termasuk yang berada di luar kota,” katanya lagi.
Sejak melebarkan empayarnya, Zeeta berjaya meraih pelbagai penghargaan dan anugerah. Terbaharu jenama itu diiktiraf sebagai Excellence Women CEO Award In Beauty & Cosmetics Industry 2021 daripada Asia Business Leadership Excellence.
Sementara itu, Reen Rahim yang baru-baru ini tular mengenakan hijab ketika menjayakan sesi fotografi jenama Zeeta mempromosikan produk baharu, Perfect Match (set satu sabun badan dan mandi bunga) mengakui ia pengalaman pertama diminta ‘client’ untuk bertudung.
“Mula-mula memang mereka (pihak Zeeta) takut Reen kecil hati dengan permintaan bertudung ini. Tetapi sebenarnya, Reen sangat gembira dan menerimanya dengan hati terbuka.
“Dalam hidup ini, apa yang Allah SWT susun tiada yang kebetulan. Doakan semoga segenap hati Reen nanti menutup aurat kerana-Nya. Amin,”kata pelakon 7 Hari Mencintaiku 3 itu.
Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim cukup teruja dipilih sebagai wajah kempen baharu itu.
Majlis pelancaran berlangsung 8 Julai lalu di Colony, KL serentak dengan Mesyuarat Tahunan jenama itu bersama ‘top leader’ yang dilakukan serentak di platform Facebook, Instagram dan TikTok.
“Secara rahsianya, Reen menjadi pengguna produk itu sejak 2020 lagi. Masa itu Reen menyokong dengan membeli tanpa meminta tajaan.
“Dipendekkan cerita, pihak mereka tahu Reen pengguna setia dan mula mendekati diri ini. Jujur, jika produk ini tak bagus dan berkesan, Reen takkan pakai dari tiga tahun lalu lagi.
“Salah satu sebab Reen ingin mewakili jenama ini kerana mahu semua golongan wanita memakainya kerana ia cukup berbaloi digunakan. Malah Reen syorkan kepada ibu dan kakak, ternyata ia bagus serta efektif untuk aura, minda juga ketenangan.
“Mungkin dengan pembabitan Reen ini, akan lebih ramaimencuba dan mengambil tahu fasal produk berkenaan. Nak tahu dan faham keberkesanannya, memang kena cuba sendiri,” kata Reen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...