Penyanyi senior, Aishah Ariffin terharu selepas menerima hadiah berupa barangan kemas daripada anaknya bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-57, baru-baru ini.
Menurut Aishah, sepanjang kehidupannya bergelar seorang isteri, dia tidak pernah menerima atau dimanjakan dengan hadiah-hadiah.
Malah, penyanyi lagu, Janji Manismu ini turut memberi gambaran bahawa dirinya jugalah yang bertanggungjawab untuk menyara keluarganya selama ini.
“I tak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Hahaha.
“Seumur hidup I lah isteri yang membeli beras,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas juara program Gegar Vaganza musim ke-4 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Bagaimanapun, Aishah tetap menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan anak-anak yang amat menyayangi dirinya.
“Allah bagi anak-anak yang thoughtful, belated birthday present from Armand. Buat mata mum dia masuk habuk.
“Tiga tahun lepas my fan club belikan Pandora yang rose gold this time dapat yang silver untuk casual wear pulak. I am blessed,” ujarnya lagi.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat Aishah.
“Kak Aisyah wanita tabah dan istimewa.
“Alhamdulillah semoga murah rezeki Kak Aishah pada tahun 2022 ini.
“Very thoughtful son..Good boy. He would make a wonderful husband to some lucky girl someday.
Ads
“Anda wanita yang kuat dan hebat. Maka Allah duga dengan semampu kita. Moga pelangi tiba. Terus kuat, cantik dan sihat,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, pada November 2021, portal berita, BH Online melaporkan Aishah sudah tiga bulan tidak tinggal sebumbung bersama suaminya.
Pada 2017, penyanyi bervokal mantap ini mengakui sudah berkahwin kali keempat, namun, enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu.
Hasil perkahwinannya sebelum ini, Aishah telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Armand Azhari, 29 dan Azhad Ahlami, 24.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Aishah Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan dikejutkan dengan pemergiaan sebutir permata seni tanah air, Allahyarham Dato’ Nassier Wahab, 57, yang dilapor meninggal dunia kira-kira jam 12.45 pagi Khamis di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya.
Lalu, para peminat dan golongan selebriti tidak ketinggalan sedekahkan doa serta memberi dedikasi buat insan seni yang akan kekal diingati selamanya itu.
Penyanyi senior Salwa Abd Rahmad antaranya tidak ketinggalan meninggalkan kenangan bersama arwah yang juga merupakan sahabat baik kepadanya.
Bintang itu berkongsi beberapa posting di Instagram yang nyata menyentuh perasaan awal hari ini.
Perkongsian sama turut dibuat penyanyi berkenaan menerusi Insta Stories.
Paling menjentik hati, warkah yang dipercayai dibingkiskan arwah yang membayangkan rasa rindu kepada rakan-rakan kepada Salwa.
Turut tertera, ucapan maaf dari arwah buatnya sepanjang perkenalan.
“Nassier mohon maaf zahir batin pada Salwa kalau ada terkasar bahasa dalam pergaulan. Nassier sayang Salwa.”
Jun lalu, Allahyarham dilapor pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya, setelah mengalami kesakitan sejak lima tahun lalu di bahagian gusi.
Selepas pembedahan tersebut, penyanyi senior itu berehat buat satu tempoh sementara tahap kesihatannya kembali pulih.
Terdahulu, pada April 2018, Nassier pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher.
Foto: Instagram Salwa Abd Rahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Masin mulut kau”. Itu antara perbualan dialog antara pelakon Azad Jazmin dan pelawak Angah Raja Lawak kira-kira 10 tahun lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram Azad, dia ada memuat naik foto throwback bersama pelawak tersebut dan menceritakan mengenai perjalanan hidup masing-masing pada masa akan datang.
“Do You actually Love your BFF truly? Pic ni tak salah dah berumur lebih dari 10 tahun. Dialog Angah n Azad.
“Angah : kau rase lagi sepuluh kita dah jadi ape cha? (Sambil bertinggung ala ala berak berjemaah hehehe).
“Azad : aku rasa kan ngah hang Akan jadi Dj radio sinar Fm.
“Angah : ye ke Alhamdulillah masin mulut kau cha.. kau pulak jadi ape cha?
“Azad : aku akan jadi artis jemputan hg nanti utk hang intrerview ngah.. hehehe
“Alhamdulillah ngah dah pun terjadi.. lepas ni rasa rasa Saya dan angah_lawaking akan jadi apa pulak lepas ni? Ni uolls pulak jawab?
“Tips— sekiranya anda sayang kawan anda, bukti kan dgn duduk menggangkung bersama sama sambil sembang macam saya n Angah hehehehe,” kongsinya.
Foto tersebut dimuat naik Azad kira-kira 10 tahun lalu bersama Angah atau nama lengkapnya Iskandar Shah Hashim yang kini bertugas sebagai penyampai radio Sinar.fm
Malah, impian tersebut menjadi kenyataan apabila Angah telah menggalas tanggungjawab sebagai penyampai radio setesen berkenaan kira-kira dua tahun lalu.
Lebih teruja, Azad pernah menjadi tetamu jemputan baru-baru ini.
Untuk makluman, Angah yang juga naib juara MasterChef Selebriti Malaysia (2012) memulakan karier sebagai penyampai radio stesen berkenaan pada tahun 2018 bersama Jep Sepahtu dan Rahim menerusi segmen pagi iaitu Pagi Di Sinar.
Hampir sembilan tahun bergelar ibu tunggal, ketabahan dan kesungguhan pelakon Rita Rudaini dalam membesarkan dua cahaya matanya dikagumi ramai.
Menurut mereka, Rita antara ibu tunggal wajar dicontohi kerana hasil didikannya, anak-anaknya dilihat berjaya dalam bidang akademik termasuk hal-hal berkaitan didikan agama.
Malah, anak sulungnya juga turut membanggakan Rita apabila diterima masuk belajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Negeri Sembilan pada bulan April lalu.
Baru-baru ini, perkongsian sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram Rita menarik perhatian netizen apabila dia mencoretkan satu kenyataan yang dilihat cukup menyentuh hati.
“Biar gagal menjadi seorang isteri… yang penting tidak gagal menjadi seorang ibu,” tulis Rita.
Dalam video itu juga, Rita turut mengepilkan koleksi gambarnya bersama anak-anak dari mereka kecil hingga sekarang.
Sekadar informasi, Rita mendirikan rumah tangga dengan bintang bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak namun hubungan mereka tidak bertahan lama apabila disahkan bercerai pada 2013.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia 11 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lagenda rock, Datuk Awie meminta semua pihak untuk tidak membandingkan dirinya dengan penyanyi-penyanyi yang pernah menjadi vokalis untuk kumpulan Search Kid Din, sebelum ini.