Terdahulu, kecoh di laman media sosial apabila netizen memberi kritikan terhadap pemakaian penyanyi, Stacy ketika beraksi di pentas Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian yang ke-32 (ABPBH32) lalu.
Meski bintang asal Sabah itu sudah memberikan kenyataan mengenai perkara tersebut, namun masih ada yang seakan-akan masih bercakap mengenainya.
Relak dan profesional, Stacy bagaimanapun tidak menafikan dirinya berasa sedikit kecewa dan sedih atas apa yang telah berlaku namun dia bersyukur apabila suaminya, Akim Ahmad tetap memberi semangat terhadap dirinya.
“Insiden ni dia bagi saya rasa sangat down sebab kita dah ada suami. Jadi bila terjadinya perkara ni saya rasa sakit sikitlah.
“Tapi nasib baik, saya bersyukur sangat-sangat sebab suami dan keluarga suami sangat memahami.
Ads
“Tambahan pula, mereka lebih kenal Stacy dengan lebih dekat jadi mereka tahu apa yang Stacy sengaja ataupun tidak sengaja.
“Bagi Stacy, yang penting ada keluarga Stacy orang lain nak percaya atau tidak, terpulang,” ujarnya.
Ads
Terdahulu, penyanyi ini ketika ditemui di sidang media program realiti nyanyian Mentor Milenia yang berlangsung di Hilton Hotel, Petaling Jaya, pada Selasa.
Stacy menghela nafas lega apabila suaminya sentiasa bersikap positif dengan setiap perkara yang berlaku.
Ads
“Sebenarnya selepas kejadian itu berlaku, saya terkejut bila tengok ramai yang marah pada saya. Kemudian, saya ada tunjuk komen-komen netizen kepada Akim.
“Saya sebenarnya takut tengok dia, saya bukan takut kena kecam ke apa. Saya takut kalau Akim marahkan saya.
“Tapi syukur Akim okey, dia kata biarlah apa pun yang nak jadi janji I tahu isteri I macam mana,” kongsi Stacy bersama MH.
Sekadar informasi, Stacy bakal muncul bersama rakan penyanyi Black, Akim Ahmad, Hazama dan Ernie Zakri untuk program Mentor Milenia musim ketiga bermula 6 Oktober depan, jam 9.00 malam di TV3.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, Malaysia dikejutkan dengan berita penuh tragis dan menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat, Kuala Lumpur.
Perginya anak-anak syurga ini menyebabkan ramai melahirkan rasa simpati dengan kejadian ini dan menganggap ianya sebagai satu ujian tuhan kepada hambanya.
Kejadian itu telah mengorbankan 24 orang tahfiz pelajar temasuk dua orang guru selepas mereka tidak berjaya keluar dari asrama tersebut yang marak terbakar.
Pelbagai kisah daripada rentetan ini berlaku, MH Online terpangil apabila membaca satu luahan salah seorang ibu pelajar tahfiz yang terkorban di mana luahannya itu begitu menyentuh hati.
“Ya Allah.. mama baru kehilangan abah, kali ni mama kehilangan Fahmie dalam hidup mama,” tulis Puan Noridayu.
Ternyata luahan pendek itu cukup untuk membuatkan hati puluhan pengguna Facebook tersentuh membacanya.
Perkongsiaan seorang ibu itu telah menerima lebih daripada 34,000 likes setakat ini. Sebanyak 8,294 perkongsian di Facebook. Rata-rata memberikan kata-kata positif dan berkata semoga Noridayu tabah menghadapi ujian Allah.
‘Abah’ itu merujuk kepada bapanya, Bakry bin Haji Wazi yang telah meninggalkannya pada bulan lepas, Ogos. Kini anakanda, Muhammad Fahmie bin Abdullah pergi meninggalkannya.
Dalam pada itu, Noridayu juga berkata ‘Terima kasih fahmie temankan abah. Cucu paling rapat dengan atuk.’ dengan memuatnaik gambar Fahmie bersama datuknya.
Pastinya kehilangan dua orang yang amat disayanginya dalam masa terdekat amat dirasai. Dia juga berdoa pada hari Jumaat hari ini agar dipermudahkan urusan pengebumian anaknya bersama mangsa yang lain.
Bersama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada mereka, agar yang pergi ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.Amin.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dia turut berkongsi hadis Rasulullah SAW yang bersabda bahawa dalam bersahur itu ada keberkatannya.
Dalam pada itu, dia turut berkongsi beberapa hadis dan kelebihan bersahur seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran dan hadis.
“Sahur Itu Tanda Wujud Ketaatan Kita Kepada Yang Maha Kuasa;
“Menurut Rasulullah SAW, sahur merupakan tanda ketaatan kita kepada Yang Maha Kuasa. Hal ini bahkan tertuang dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 187 yang memiliki erti:
“Makanlah dan minumlah kalian sampai tampak jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam, iaitu fajar”
“Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam bersahur itu ada keberkatannya”. (Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
“Dalam riwayat yang lain: “Sahur itu ada keberkatan, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun hanya seteguk air, kerana sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur”. (Hadith Riwayat Ahmad & Ibnu Hibban),” kongsinya.
Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehinga 12 Mei dan kerajaan juga tidak menolak kemungkinan ia akan disambung lagi selepas itu bergantung kepada situasi semasa Covid-19 di negara ini.
Muhyiddin turut menasihati agar Ramadan disambut secara sederhana dan solat sunat Terawih dilakukan di rumah bersama keluarga.
Foto : Instagram Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bakal menyahut cabaran minggu duet dalam saingan keenam program hiburan, Gegar Vaganza 7 (GV7) Ahad ini, Linda Nanuwil sudah pun bertemu rakan duetnya, Khai Bahar bagi memulakan latihan awal.
Mereka bakal berpadu suara menerusi lagu Bertakhta Di Hati yang pernah dipopularkan oleh Farahdhiya.
Menyatakan rasa teruja, Khai mengakui tidak sabar untuk berduet bersama bintang asal Sabah itu.
Sementara itu, Linda turut berkongsi perasaan sama selain mendedahkan sikap Khai yang disifatkannya sebagai seorang yang cukup merendah diri.
“Yayyyy kita pun tak sabaq sangat nak duet dengan @khaibahar94. Baik, humble and sopan santun adik Khai ni,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, para penyokong Linda sudah tidak sabar untuk menonton persembahan artis kesayangan mereka selain turut memberikan ucapan selamat maju jaya buat mereka berdua.
Malah ada di antara komen tersebut mendapat respon daripada Linda sendiri. All the best buat semua peserta GV7 minggu hadapan!
Foto: Instagram Linda Nanuwil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.