Selamat melangsungkan pernikahan bersama Sirhan Wahab pada 20 Januari lalu, penyanyi Sasha Saidin akan berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) demi mengikuti suaminya yang bekerja dalam sektor kewangan di negara berkenaan.
Perkara itu sekali gus membuatkan rakan seperjuangannya, Linda Rafar berasa sedih untuk meninggalkan Sasha yang pernah sama-sama melalui pelbagai suka duka dalam dunia seni.
“Selamat Tinggal Sasha syg. Sha… im crying non stop! i tak sedar rupanya this time u btul2 tinggal kan i.
“Sha,i takkan lupa semua jasa baik u sejak zaman elite masa kita gi australia bersama, zaman kita mula mengenal dunia u sentiasa ada dgn linda.. u je yg panggil i baby gurl.
“I kenang sgt jasa baik u n pengorbanan u pada i.. sejak arwah memen sakit u selalu dtg melawat kat HUKM bg kata2 semangat..sampai la arwah pergi,pastu arwah my mum sakit n pergi pon u sentiasa ada dgn i sha.
“Kadang2 i terlepas pandang sha.. im sory sha x dpt join videoclip u n u really want me to be in. sory sha.. Tapi i yakin allah tu tau hati u bersih n ikhlas anggap i btul2 mcm adik u,” tulisnya.
Dalam pada itu, Linda turut mendoakan agar kakak kepada Zain Saidin itu menjalani kehidupan baru sebagai isteri di negara orang.
Ads
“I doakan u happy dgn hidup baru u di Dubai.. u jgn lupa i tau sha! if bole my bday 11/2/2020 u dtg ok jumpa i.
“Ya allah balasla jasa baik kawan baikku sasha n family.. yg sentiasa ada dgn linda time susah n senang.
“Hanya Allah shj yg mampu mendengar n membalas semua jasa baik u.. love u sha. Selamat Tinggal sha @sashasaidin,” akhirinya.
Berlatarbelakangkan lagu Selamat Tinggal Teman nyanyian mereka bersama (kumpulan Elite), video tersebut memaparkan suasana ketika di majlis persandingan Sasha bersama ahli kumpulan itu yang dianggotai Azza dan Watie.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 60,000 tontonan dan rata-ratanya sebak akan perkongsian hubungan persahabatan mereka.
Ads
Terdahulu, Sasha sah bergelar isteri Sirhan Wahab dengan sekali lafaz di The Santuary, Kuala Lumpur pada 20 Januari lalu.
Sasha turut menerima mas kahwin RM1,000 dan hantaran bernilai RM10,000.
Sasha sebelum ini pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003. Namun, mereka bercerai empat tahun kemudian.
Pada 2007, Sasha menikahi warga Indonesia, Salyo Priyanto tetapi bercerai pada 2012. Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan anak lelaki, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10 tahun.
Video : Instagram Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nadiyah Shahab mengakui tidak sabar untuk timang cahaya mata selepas lebih tiga bulan bergelar isteri kepada pelakon dan usahawan, Ben Ali.
Katanya, sebagai pasangan yang gemarkan kanak-kanak, dia dan suami tidak sabar untuk membina keluarga sendiri.
“Kita sebenarnya nak anak secepat mungkin. Ben terutamanya memang gemarkan kanak-kanak. Ia juga antara faktor mengapa kami tidak menjalin cinta dengan terlalu lama. Lebih baik mendirikan rumah tangga dan bina keluarga,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai jantina anak pertama yang diidamkan, Nadiya berharap dia dan suami akan dikurniakan anak lelaki sebagai anak sulung andai diberikan zuriat cahaya mata kelak.
“Kalau ada rezeki, kami nak anak lelaki sebab secara dasarnya lelaki merupakan ketua kepada keluarga dan kalau anak sulung lelaki, harapnya dia boleh jaga adik-beradik lain dengan lebih baik. Apa pun, kami terima sahaja kalau ada rezeki,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Nadiya juga tidak melihat penglibatannya dalam lakonan akan terjejas sekiranya mendapat tahu dia hamil ketika sedang rancak membina nama.
“Bagi saya situasi ini terpulang keadaan sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Cumanya bagi saya, kalau produksi okay dan kandungan berada dalam keadaan baik, saya tidak kisah untuk terus berlakon selagi terdaya.
“Malah Ben juga menjadi individu yang paling kuat memberikan semangat,” katanya yang pernah tersenarai dalam Top 20 Couple MeleTOP di Anugerah MeleTOP 2019, baru-baru ini.
Terdahulu, pasangan selebriti ini mendirkan rumah tangga pada 10 November tahun lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nyata teruja dengan usaha isteri, Fasha Sandha yang sekali lagi melakukan kejutan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-32.
Kali ini, sambutan diraikan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), sejurus pasangan itu menyambut hari jadi di Phuket, Thailand selama beberapa hari.
Menerusi Instagram, Aidil Aziz sempat mengucapkan terima kasih buat semua yang terlibat dan pastinya, kejutan ini tak pernah dibuat orang!
Namun, dia cukup terharu dan menyatakan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis serba ringkas ini.
“Terima kasih kepada Isteri & semua yg terlibat di dalam menjayakan my surprised birthday dalam KLIA.(tak pernah dibuat org).
Lots of love pada semua yg hadir,” tulisnya yang turut dilihat ada membalas komen kenalan yang tidak sempat hadir.
Bagaimanapun satu hal yang menarik, beberapa keping foto yang turut merakamkan Fasha menimbulkan spekulasi ramai yang dia kini mungkin sedang berbadan dua.
Tampil berbaju T sama jean, perut pelakon ibu kepada dua anak ini dilihat agak menonjol.
Sekadar mengimbas, kedua selebriti ini dijabkabul pada 30 Mac lalu. Ini perkahwinan pertama buat Aidil dan kedua untuk Fasha.
Bintang jelita itu pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.
Foto : Instagram Aidil Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Baby Shima mengakui terpaksa menolak dari merakamkan lagu terbaru ciptaan seorang komposer terkenal dari Seberang.
Menurut Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli ini, sebelum membuat keputusan untuk menolak lagu tersebut, dia terlebih dulu ada bertanyakan rakan bagi membantu menterjemahkan maksud di sebaliknya.
“Bila dapat lirik lagu bertajuk Digigit Ular, saya baca dan fahami lirik lagu tersebut, jadi saya terus dapat dapat agak macam ada maksud tersirat dalam lirik itu.
“Jadi, saya tolak dengan cara baik untuk menyanyikan lagu itu. Antara liriknya lebih kurang begini…’ularnya besar sekali’.
“Bila saya fahamkan balik dari awal lirik itu sampai habis, ya memang ada unsur tak berapa elok,” kata Shima kepada MH.
Lantas, Shima berjumpa dengan komposer lagu berkenaan dan dia punyai jawapan tersendiri.
“Saya tanya penulis lirik itu, adakah ia mempunyai unsur lucah dan dia telah memberikan penjelasan,” jelas Shima peserta program Big Stage musim pertama ini lagi.
Ditanya mengenai batasannya dalam pemilihan lagu, Shima sebolehnya mahu menjaga nama baik.
“Saya berpegang kepada prinsip tidak sesekali mendendangkan lagu yang ada lirik kurang senonoh atau kurang sopan.
“Saya cuba untuk bawa imej dangdut dengan bersih dan sihat. Rasanya itu yang terbaik.
“Walaupun perkara itu (tolak tawaran) membuatkan terlepas peluang untuk bekerjasama dengan penggiat seni terkenal di sana, tapi saya yakin dengan keputusan yang dibuat.
“Pasti ada rezeki lain, insyaAllah,” akhirinya.
Foto : IG Baby Shima
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Idzham Ismail memilih untuk tidak lagi berkongsi sebarang penjelasan berhubung hantaran yang dimuat naiknya menerusi Instagram Story, baru-baru ini.
Idzham atau nama sebenarnya, Muhammed...