Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon, Datin Niena Baharun yang mulai popular setelah muncul menerusi drama bersiri Jangan Benci Cintaku tak lama dulu.
Terbaru, Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya.
Kongsi ibu kepada seorang cahaya mata itu, dia telah menyambut hari ulang tahun kelahiran suami tercinta.
Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun ini turut menitipkan kata-kata manis buat suaminya.
“Happy birthday to the King of my heart & the love of my life @aliff_firdaus.
“Semoga selalu diberikan umur yang panjang, diberikan kesihatan yang baik, diberikan rezeki yang melimpah dan berkah. Dan semoga Allah sentiasa permudahkan urusan you dunia dan akhirat.
“Thank you for everything love! May we forever be as happy as we are today. I love you soooo much.
“Thanks to @bloominghermoso for the fast setup & deco.,” tulisnya.
Kini berada di Istanbul bersama isteri, Shahirah untuk berbulan madu, pelakon dan model, Ahya Rosli menyifatkan hubungannya sama isteri bagai ‘relationship goals’.
Pasangan ini berkongsi detik-detik indah dan romantis sepanjang berada di sana.
Meski sibuk dengan kerjaya sebagai seorang selebriti, Saharul Ridzwan tetap meluangkan masa bersama isteri dan anak tunggalnya.
Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim ada berkongsi beberapa keping foto percutian bersama isteri dan anaknya di Pulau Redang, Terengganu.
Kongsi pelakon berusia 30 tahun ini, percutian ini bersempena meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ke-3 tahun.
“Anniversary trip. Ali letih naik boat lps tu terus tidur. Mungkin bosan takde kawan. Takpe, kita doa dan usaha supaya dia ada kawan utk next trip. Amin.,” tulisnya.
Lantas, bintang drama bersiri Jangan Benci Cintaku ini menerima pujian daripada peminat.
Rata-rata peminat memuji sikap tanggungjawab Saharul terhadap keluarganya.
Untuk rekod, Saharul telah mendirikan rumah tangga bersama Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Muhd Luth Ali, 2 tahun.
Penyanyi rock legenda, Datuk Nash bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan luaran selepas terbabit dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan pulang dari surau, malam tadi.
Nash,...