Selepas ditangguhkan hampir sebulan berikutan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP), Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) akhirnya bakal bersiaran secara langsung pada Ahad ini.

Menjelang beberapa hari sebelum bermulanya anugerah berprestij itu, debarannya kini kian memuncak bukan sahaja dari kalangan peminat malah barisan peserta juga turut merasainya.

Terbaru, penyanyi, Ernie Zakri mendedahkan dirinya masih belum sempat meluangkan masa bersendiri untuk mencari idea berkenaan konsep persembahan bagi lagu Gundah yang akan dipertandingkan nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muzik Muzik 35 (@muzikmuzik_official)

Jelas Ernie, memang sudah menjadi kebiasaannya untuk duduk seorang diri setiap kali sebelum menjayakan sesebuah persembahan yang besar.

IKLAN

“AJL hanya beberapa hari sahaja lagi. I haven’t sit down sorang2 menung2 dalam bilik imagine my performance.

“I did it for all of my performances. Moga ada seharian masa untuk dimenungkan, aamin,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh tunang kepada penyanyi, Syamil itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat di laman Twitter.

IKLAN

“I Haven’t Sit Down Sorang-Sorang, Menung Dalam Bilik,” – AJL35 Lagi 5 Hari, Ernie Zakri Belum Sempat Isi Masa Bayang Konsep Persembahan “I Haven’t Sit Down Sorang-Sorang, Menung Dalam Bilik,” – AJL35 Lagi 5 Hari, Ernie Zakri Belum Sempat Isi Masa Bayang Konsep Persembahan

Katanya lagi, dia berharap agar dirinya mempunyai masa yang cukup untuk menjalani rutin tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar segala perancangan Ernie sewaktu AJL35 nanti akan dipermudahkan.

IKLAN

“I Haven’t Sit Down Sorang-Sorang, Menung Dalam Bilik,” – AJL35 Lagi 5 Hari, Ernie Zakri Belum Sempat Isi Masa Bayang Konsep Persembahan “I Haven’t Sit Down Sorang-Sorang, Menung Dalam Bilik,” – AJL35 Lagi 5 Hari, Ernie Zakri Belum Sempat Isi Masa Bayang Konsep Persembahan “I Haven’t Sit Down Sorang-Sorang, Menung Dalam Bilik,” – AJL35 Lagi 5 Hari, Ernie Zakri Belum Sempat Isi Masa Bayang Konsep Persembahan

Selain Ernie, antara barisan penyanyi yang turut sama akan berentap di anugerah gilang-gemilang itu adalah seperti Aina Abdul, Aishah, Floor 88, Azlan & The Typewriter dan ramai lagi.

“I Haven’t Sit Down Sorang-Sorang, Menung Dalam Bilik,” – AJL35 Lagi 5 Hari, Ernie Zakri Belum Sempat Isi Masa Bayang Konsep Persembahan

Terdahulu, AJL ke-35 yang dihoskan oleh Awal Ashaari, Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussni bakal bersiaran secara lansung pada Ahad ini bermula jam 9.00 malam menerusi saluran TV3 dan Youtube TV3.

Sumber: Instagram & Twitter Ernie Zakri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI