Kasihan MH dengar kisah pelakon, Zahirah Macwilson ni. Baru-baru ini, namanya terpalit dengan kontroversi yang membuatkan orang ramai memberikan kecaman hebat terhadapnya.

‘I Face Everything Alone’ – Zahirah Macwilson Kongsi Luahan Rasanya

Namun begitu, MH respect dengan Zahirah yang kekal tenang menghadapi semua kontroversi ini. Dalam kesempatan MH bertemu dengan pelakon itu, dia juga mengatakan bahawa semua yang dihadapinya adalah asam garam seorang artis.

IKLAN

“Kita kena hadap sebagai seorang selebriti, inilah kehidupan, bagi saya, segala yang berlaku ini bukanlah isu yang besar tapi disebabkan saya seorang pelakon, maka orang ambil tahu.

“Segala yang berlaku sekarang adalah normal untuk orang biasa tapi sebab saya public figure maka orang ambil tahu.

“Selama 3 tahun dalam industri, macam-macam dah saya kena sebab saya seorang yang naif,. Tapi rasanya sekarang orang dah nampak saya macam mana,” katanya kepada Media Hiburan.

Sementara itu, Zahirah turut berkongsi bagaimana dia harus menghadapi segala kontroversi ini seorang diri.

IKLAN

“I wish I could say ada orang yang berikan saya kekuatan untuk menghadapi kontroversi ini namun tiada sebenarnya. I face it alone.

“Adalah juga mengadu dengan ahli keluarga tapi mereka tidak tahu industri ini macam mana, how the people work so I had to handle it myself. I had to be strong for myself.

“Lagipun mungkin sebab saya anak sulung jadi saya ada tanggungjawab untuk jaga diri sendiri, bawa diri dalam industri ini, mungkin itulah sumber kekuatan saya.

“Macam ibu bapa saya pun, saya sering cakap ‘biar saya handle sendiri’ sebab tidak mahu risaukan mereka namun sebagai ibu bapa tentulah mereka risaukan anak mereka kan.

“Apa-apapun, in the end of the day mestilah mereka nak protect anak mereka sebab itulah keluar statement untuk mempertahakan diri saya,” luahnya lagi.

Sebagai seorang yang baru berusia 23 tahun, Zahirah memang seorang yang matang untuk usianya. Yalah, setelah dihimpit pelbagai kontroversi kan?

IKLAN

‘I Face Everything Alone’ – Zahirah Macwilson Kongsi Luahan Rasanya

Apa-apapun, MH doakan semoga Zahirah kekal tabah dalam menghadapi dugaan bergelar anak seni dan ‘all the best’!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI