Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bakal membina sebuah masjid dengan berkapasiti 700 orang di kampung halaman pelakon lekaki terbabit di Kampung Rengit, Johor.
Projek pembinaan masjid itu akan dimulakan awal tahun hadapan.
Menurut Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari,33, dia dan isteri sepakat untuk menggunakan duit keuntungan produk terbaru keluaran syarikat kosmetik milik mereka, Wawa Cosmetics iaitu Muslim Bukhari bagi tujuan murni itu.
“Idea ini datang daripada Wawa yang mendengar ceramah Ustaz Abdul Somad tentang andai ingin menempa nama di syurga, jika mempunyai wang lebih maka binalah masjid.
Ads
“Jadi, saya sudah berbincang dengan ketua kampung kawasan tersebut dan insya-Allah telah bersetuju untuk menghulur dana dalam anggaran RM1.2 juta ringgit hasil keuntungan produk Muslim Bukhari,” jelasnya.
Pasangan itu berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Muslim Bukhari di Pusat Konvensen SACC, Shah Alam, pada Sabtu.
Ads
Tambah pelakon Cari Aku Di Syurga itu lagi, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk atau riak, sebaliknya hanya sekadar berkongsi peluang dengan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.
“Setiap orang yang membeli set produk Muslim Bukhari ini adalah penyumbang kepada dana masjid ini dan bukan hanya pada nama saya atau Wawa sahaja.
Ads
“Produk ini hanya dikeluarkan sebanyak 80,000 ribu unit dan tiada sebarang penambahan stok sebaik sahaja habis dijual,” jelasnya lagi.
Edisi kosmetik Muslim Bukhari yang sudah pun dijual bermula hari ini mengandungi dua pengilat bibir, set mekap dan wangian untuk harga RM79 satu set.
Terharu atas reaksi positif yang diterima meski baru dilancarkan, Aeril dan Wawa berharap agar produk terbaru ini turut menerima sambutan sebagaimana koleksi kosmetik mereka sebelum ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sepotong video yang merakamkan aksi penyanyi, Nubhan Ahamad dan isterinya, Dr Afifah Tawfek yang sedang bertengkar mengenai kereta hilang di kawasan publik tular, Nubhan hari ini memberikan penjelasan mengenai situasi yang berlaku.
Jelasnya menerusi entri terkininya di Instgram, Nubhan turut menyatakan permohonan maaf buat isteri kerana berkelakuan kasar terhadapnya.
Malah, prank yang dilakukan khusus bagi memberikan kejutan buat isteri bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
“Kisah sebenar “LELAKI DAYUS”. Sorry sayang @drfietawfek sbb i tertunjal kepala you. I cuba nak buat u marah…tapi u x marah2.
“I dah jam… sbb tu terpaksa berkasar sikit….sampai sekarang i rasa bersalah ni. As u wish! U nak sangat hadiah ni.
“Hope you happy! Sorry jugak sbb tesalah date anniversary. Mngkin masalah hakiki lelaki suka lupa date ni x dpt dipisahkan. Sepoz bulan ogos. I ngatkan july,” tulisnya.
Nubhan pada masa sama turut mengucapkan selamat maju jaya buat isteri yang kini terlibat dalam dunia perniagaan.
“Good luck for ur business @lantarabeauty i will support you,” ucapnya.
Saksikan versi penuh video berkenaan di sini;
Terdahulu, Nubhan dan isterinya mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015 dan hasil perkongsian hidup, pasanhan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.
Foto: Instagram Nubhan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nadzmi Adhwa mendedahkan isterinya, Ardell Aryana seorang ibu yang sangat kuat ketika fasa mengandungkan anak permata mereka, Arwa Malaikha Urwa.
Meskipun sarat hamil ketika melakukan siri bantuan amal dan mengalami alahan teruk pada peringkat awal, namun pelakon wanita itu tidak pernah mengeluh.
Nadzmi menerusi kapsyen pada entri IG TV itu turut memaklumkan, usia bayi perempuan mereka kini sudah pun mencecah usia sebulan.
“Sekejap je awak dah sebulan. Abi nak urwa tahu yang umie @ardellaryana dan kamu sangat kuat. Semoga jadi anak yang solehah.
“Semangat kamu 9 bulan dalam kandungan . Masa awal -awal mengandungkan kamu umie sampai tido dalam toilet abi teman sebab kan muntah muntah alahan yang teruk.
“Lepastu pergi ke Thailand umie mengidam macam macam masatu tak tahu kamu dah ada dalam perut. Banyak tempat umie kamu bawa kamu.
“Pergi hantar bantuan di Syria, Turkey, selama 22 hari. Umie kamu pengsan di Istanbul masa nak hanta bantuan di rumah anak anak yatim Syria, abie angkat bawa balik hotel tapi tak pernah pun dia mengeluh,” tulisnya.
Pelakon Hati Perempuan itu turut insafi diri ketika mengenangkan kegigihan si isteri yang berbadan dua.
“Tengok kesusahan dia bawa kamu mengajar abi banyak perkara. banyak kenangan indah masa kamu dalam perut umie. Dalam Malaysia ni umie masuk hutan sana sini hanta bantuan pun kamu ikut sekali dalam perut.
“Setiap kali nak pergi hantar bantuan tak pernah sekalipun umie mengeluh atau mengadu sakit sakit badan atau penat kerana bawa kamu kesana kesini.
“Semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah, Dan semoga Allah pelihara kamu dunia dan akhirat. Umie kamu wanita yang sangat istimewa di hati abi, perempuan yang sangat kuat dan hebat, seorang isteri yang terbaik untuk abi.
“Semoga jodoh kita kekal hingga jannah. Amin. Terima kasih sayang kerana melahirkan anak kita.
“Saya akan sentiasa ada bersama awak ! You both are the greatest gift Allah gave me. New journey begins,” titipnya lagi.
Versi penuh video tersebut yang juga boleh ditonton di saluran YouTube mereka antara lain turut merakamkan proses bersalinkan Urwa.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dan mereka kemudiannya berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak Disember lalu.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.