Lebih 17 tahun bergelar anak seni, penyanyi Rosma,35, mengakui dia sebelum ini sering menjadi mangsa body shaming gara-gara saiz badan yang berisi.
Malah, bintang Lebih program realiti Akademi Fantasia musim pertama (AF1) ini turut mendedahkan, ada yang menyifatkan dirinya tidak sesuai bercinta dengan Khai yang ini merupakan suaminya.
Itu antara berbakul bakul cacian diterima penyanyi dan ahli perniagaan tersebut, yang sekali gus menjadikan pemilik nama lengkap, Rosmayati Sidik ini lebih kuat.
“Dek fizikal badan saya tembam pun jadi modal kecaman. Ada saja yang tak kena di mata yang membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’ fizikal diri saya diperkotak katik.
“Ada komen cakap usia muda tapi badan macam tahap makcik makcik yang ada ramai anak. Gelaran bulat dan debab pun ada dikenakan untuk saya.
“Malah jauh lebih teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” katanya.
Kini tampil dengan bentuk tubuh ideal, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menambah, kata nista itu tidak langsung menjadi kudis buat dirinya.
Ads
“Ada ketika, saya juga manusia biasa yang berperasaan. Sesekali menangis dan memendam rasa kerana dikecam dek fizikal diri.
“Dalam hati pernah terlintas, macam besar sangat ke badan ini? Buruk sangat ke diri saya.
“Tapi kata kata menjatuhkan itulah yang membakar semangat diri. Rosma yang dulu, bukan yang sekarang.
“Sekalipun rezeki saya tidak lagi sepenuhnya dengan menyanyi tetapi sebaliknya berniaga, saya bangga usaha kecil itu membuahkan hasil besar yang boleh dibanggakan,” katanya.
Ads
Rosma kini tampak menawan dengan memiliki berat sekitar 47 kilogram.
“Dulu ketika usia remaja, saya bukan jenis yang peduli sangat bab nak cantik atau melawa ini. Masa itu cakap apa sajalah, saya tak kisah. Dah biasa dengan gaya comot.
“Namun sejak menyertai AF1, nak tak nak memang kena jaga ketrampilan. Ikutkan sejak pertandingan itu berat saya naik mendadak hingga mencecah ke 70 kilogram.
“Asalnya dari zaman belum berkahwin, berat badan saya sekitar 48 ke 49 kilogram pun. Masajadi artis, saya tak keruan kerana susah pengurusan nak dapatkan tajaan baju,” akui Rosma yang sibuk menguruskan KR Successful Sdn Bhd bersama suaminya, Khai sejak tahun 2014.
Ads
Saat berat badan naik mendadak sebelum ini, Rosma pula tersilap percaturan mengikut diet yang salah dan keterlaluan hingga memakan diri
“Saya tak ada ilmu diet, tapi jenis hentam keromo. Asal dapat turunkan berat badan. Konsep berlagak pandai walhal tak tahu apa apa. Natijahnya pernah sekali saya cemas kala jatuh pengsan gara gara diet tak betul hingga dimasukkan di sebuah hospital.
“Dipendekkan cerita, saya bangkit berdiet dan bersenam dengan betul. Ketika itulah Khai pernah mencetuskan idea untuk saya keluarkan produk pelangsingan sendiri.
“Saya keluarkan produk pelangsingan sendiri selepas melahirkan anak kedua. Malah turut menjadi testimoni kepada produk sendiri. Mampu berbadan langsing sekalipun sudah ada tiga anak bukan halangan.
“Semuanya tak mustahil. Zaman belum kahwin saya bergelut dengan isu berat badan. Sedangkan situasi semasa mungkin sebaliknya iaitu berat naik mendadak selepas berkahwin dan ada anak,” katanya lagi.
Sekarang, produk pelangsingan badan dan detoks MS SenaRos dijual pada harga promosi dengan sebotol berharga RM89. Dua botol pula dijual pada harga lebih jimat RM159 dan maklumat lanjut boleh rujuk Instagram rasmi @msbykhairosma.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang kini sedang bersaing dalam progra Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Tom berkongsi kisah hidupnya sewaktu memilih untuk meniggalkan suami dalam keadaan sedang hamil anak ketiga.
Susulan itu, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram mengakui dia juga melahirkan anaknya seorang diri.
“Saya tidak salahkan sesiapa, mungkin jodoh tak panjang. Masa saya tengah hamil dua bulan saya hidup sendiri, tidak sebumbung dengan suami. Daripada baby dalam perut itu berusia dua bulan saya bawa diri sendiri ke Langkawi.
“Sehinggalah saya lahirkan dia pun seorang diri, tak ada orang azan, tak tahu nak minta tolong siapa. Bila balik dari hospital tu, keadaan kita yang tiada suami. Susahlah seorang-seorang,” katanya.
Tom berkongsi situasi sukar itu menerusi sedutan rakaman temu bual sebelum persembahan, malam tadi.
Tom pada masa sama berharap dalam apa saja keadaan, dia akan tetap cuba membesarkan anak-anaknya dengan baik.
“Saya ada tiga orang anak, tapi yang saya jaga hanya dua orang. Untuk anak Mama, Adam. Mama minta maaf sebab tak dapat jaga Adam. Harap satu hari nanti kita akan dapat jumpa.
“Dan juga buat dua anak Mama, Mama buat semua ni untuk kami. Mama sanggup dikecam takpe, tak kisah. Janji Mama dapat lakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan kita,” katanya lagi.
Anak sulung Tom yang kini berusia 14 tahun kini dijaga sepenuhnya oleh bekas suami, sementara dua anaknya lagi bersamanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketika sedang menghitung hari menantikan detik kelahiran cahaya mata sulung, khabar duka pula menimpa isteri kepada bekas pelumba Moto GP negara, Hafizh Syahrin selepas dia disahkan positif Covid-19.
Menurut Hafizh, dia sememangnya berasa agak risau dengan keadaan isterinya yang ketika ini sedang hamil 37 minggu.
Katanya lagi, setelah hampir lima hari melakukan ujian saringan, baru hari ini isterinya itu disahkan dijangkiti wabak berkenaan.
“Assalamuailaikum guys, mohon doa untuk isteri saya yang baru positive covid-19 and 37 week plus pregnant.
“Semoga semuanya baik-baik untuk mummy and baby. Esok patutnya baby check up.
“Lima hari and lima kali test negative last hari ni g swap positive pulak and saya negative,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Hafizh menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, keputusan ujian saringan Covid-19 terhadap dirinya dilaporkan negatif.
Dalam pada itu, Hafizh yang akan berlumpa dalam saingan Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) pada musim hadapan berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga isteri dan kandungannya itu akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Terima kasih semua yang mendoakan wife saya and baby.
“Semoga Allah SWT membalas jasa baik budi anda semua. Amin,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Hafizh dan isterinya.
Pelakon, Taiyuddin Bakar menyangkal dakwaan yang mengatakan aktiviti dakwah dan budaya skinhead tidak akan pernah berada di atas satu paksa yang sama.
Menurut Taiyuddin atau lebih mesra disapa Tai, setiap manusia mempunyai tanggungjawab menyebarkan dakwah walaupun menerusi perkara-perkara kecil.
“Pada saya, skinhead dan dakwah boleh jalan seiring. Skinhead yang buat dakwah adalah lebih baik daripada orang biasa tapi tak buat dakwah.
“Kita adalah umat dakwah yang mengajak manusia kepada kebaikkan dan dekat dengan Allah SWT. Kita kena cegah manusia daripada melakukan kemungkaran.
“Siapapun kita, walaupun kita tidak solat tapi bila azan berkumandang, kita mengajak orang solat, itupun sudah dikira dakwah,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Apa Celop Toqq itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media showcase Uncure Palestin: Hak Yang Dinafikan yang berlangsung di Garage Space, Ampang Hilir pada Rabu.
Pada majlis tersebut juga, Tai telah diumumkan selaku vokalis baharu bagi kumpulan muzik underground, Uncure.
Katanya lagi, kemanisan berdakwah ini akan lebih dirasai oleh mereka yang menyampaikan dakwah.
“Pada sesetengah orang, mereka merasakan dakwah ini untuk memperbaiki orang lain tapi sebenarnya tidak. Dakwah berfungsi untuk memberikan diri kita kekuatan.
“Sebagai contoh, bila kita banyak bercakap tentang kelebihan solat, yang akan dapat kekuatan untuk menjaga solat adalah diri kita sendiri dan bukannya orang kita sampaikan dakwah.
“Bayangkan jika kita berjumpa 25 orang satu hari dan bercakap ‘Allah kuasa, mahluk tak kuasa’, setiap orang itu akan dengar sekali sahaja tapi telinga kita akan dengar 25 kali.
“Ia akan masuk dalam hati kita dahulu. Jadikanlah dakwah ini fungsi hidup,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Tai turut bertekad untuk terus bersuara dan menyalakan semangat untuk terus bersolidariti buat saudara di Palestin.
“Kami ingin bagitahu yang kita punyai suara terhadap isu Palestin. Malah, kami berharap agar lagu-lagu kami dapat terus menyalakan semangat orang-orang yang ingin bersolidariti.
“Kami juga menyasarkan kepada mereka yang masih belum berbuat apa-apa.
“Walaupun ada yang merasakan jika mereka bersolidariti tidak akan berikan impak, kami ingin ingatkan, walaupun satu jari diangkat untuk bersolidariti, itu sudah cukup bermakna,” akhirinya.
Sekadar informasi, Uncure merupakan sebuah band bergenre ‘ska’ yang sudah bergiat aktif di dalam industri muzik sejak 26 tahun lalu.
Showcase Uncure Palestin: Hak Yang Dinafikan bakal berlangsung pada 14 September 2024 di Warisan Hall Studio, Teluk Panglima Garang, Selangor.
Tiker dijual pada harga RM89 (early bird) dan RM100 selepas 25 Ogos dan boleh dibeli terus menerusi akaun media sosial rasmi Uncure_Kugiran.
Sebahagian daripada hasil penjualan tiket akan disumbangkan kepada Kedutaan Palestin di Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan laporan polis membabitkan pelakon popular, Lee Ji-hoon, selepas isterinya mendakwa dirinya dipukul dalam satu pertengkaran di kediaman mereka...