Pelakon dan usahawan, Aeril Zafriel mengisi masa bersama anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dengan cara yang tersendiri.
‘Bertukar’ menjadi kuda Unicorn lengkap dengan tanduk palsu, gelagat dua beranak ini nyata mencuri tumpuan peminat.
“Bukan senang nak jinakan kuda unicorn liar ni,” tulisnya beserta dengan pautan video yang merakamkan kanak-kanak perempuan itu sedang menunggang ‘kuda jadian’.
Difahamkan, video tersebut dirakamkan oleh isterinya, pelakon Wawa Zainal.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat terhibur dengan posting santai dari Aeril ini. Malah ada yang turut mempersoalkan bunyi ‘Kuda Unicorn’ itu yang dirasakan pelik dan unik!
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, sementara Wawa juga kini sedang sarat hamil anak ketiga mereka.
Foto: Intagram Aeril Zafriel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Aishah Azman tidak mahu keluarganya turut dikaitkan dengan permasalahan yang terjadi antaranya bersama dan bekas tunang, Syafie Naswip.
Malah ujar Aishah, apa yang berlaku sebelumnya hanya di antara mereka berdua dan keluarga tiada kena-mengena.
“Saya tak mahu keluarga saya dibabitkan dengan perkara ini. Semua yang terjadi antara saya dengan dia sahaja, tak ada kena mengena dengan keluarga saya.
“Orang luar boleh berkata apa yang mereka mahu katakan, tetapi mereka tidak mengetahui apa sebenarnya terjadi,” jelas Aishah.
Terdahulu, bintang muda ini ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sangkar di e@Curve, Damansara, pada Rabu.
Tidak mahu melihat ke belakang, Aishah kini optimis untuk hanya beri fokus kepada kerjaya selepas terpalit dengan kisah sensasi melibatkan dirinya, bulan lalu.
“Selepas berdepan dengan segala perkara ini, saya lebih selesa untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
“Saya mahu fokus kepada bidang hiburan, ingin memberikan tumpuan terhadap lakonan dan sibuk seperti sediakala,” katanya lagi.
Bagaimanapun, temu bual bersama Aishah terhenti selepas tangannya ditarik si abang, pelakon Afiq Muiz yang turut berada di sisi Aishah ketika sesi berlangsung.
Sebelum ini, dunia hiburan dihebohkan dengan berita mengenai seorang pelakon lelaki yang ditahan polis selepas didakwa telah mengasari bekas tunangnya kerana berang apabila wanita itu memintanya agar memutuskan hubungan songsang bersama kenalan, 26 Jun lalu.
Lalu serentak dengan laporan tersebut, netizen mulai membuat spekulasi dengan mendakwa Syafie merupakan individu yang dimaksudkan memandangkan pelakon filem Mukhsin itu baru saja putus tunang dengan Aishah.
Sekadar imbasan, Syafie dan Aishah bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019 bertempat di Forest Valley Hall, Cheras sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk putus.
Foto: Instagram Aishah Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas ramai yang memberi pujian terhadap penampilan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nirhaliza yang menggayakan tudung bawal bersempena dengan sambutan Hari Raya Haji semalam, hari ini figura jelita ini sekali lagi ‘belanja’ fotonya yang mengenakan tudung hampir sama, tapi dalam rona berbeza.
Sinonim dengan stail ringkas tetapi masih memukau pandangan, perkongsian terkininya menerusi Instagram itu tetap menerima reaksi positif para peminat.
Misha Omar yang baru sahaja sukses menerusi konsert solonya, This Is Misha Live at DFP minggu lalu ada menitipkan ucapan istimewa buat maestro muzik, Datuk Ramli MS yang turut sama mengetuai muzik persembahannya pada malam itu.
Mendapat reviu positif menerusi konsert yang mengenang jatuh bangunnya selama 17 tahun dalam seni, Misha tidak menafikan Ramli MS sebagai antara individu yang banyak mengajar sekali gus membentuk dirinya agar menjadi penyanyi yang lebih baik.
“My godfather in this industry, My Cikgu, He is the one yg byk mengajar, yang banyak membentuk nyanyian kak mitch menjadi lebih baik, yang mengajar kak mitch, nyanyian harus ada suntikan jiwa yg jujur baru mampu menyentuh jiwa-jiwa yang lain.
“Tak tergambar kata-kata betapa besarnya jasa dia buat saya, sampai dia pun tak paham apa yg dia beri pada saya. Orang yg ikhlas memang mcmtu, dia cuma tahu memberi dan akan terus memberi dgn ikhlas tanpa mengharapkan balasan apa-apa,” tulisnya.
Malah, figura ini turut memasang azam untuk terus belajar selagi punya kesempatan.
“Cikgu yang pemurah dgn ilmu dan selalu bagi saya makan. Terima kasih,Cikgu. Mek akan terus belajar dan terus belajar. Mek tahu, Mek bukan yang terbaik malah tak pernah berkecil hati bila ada yang kata Mek tak cukup bagus.
“Ruang dan kesempatan yang ada , Mek akan belajar lagi ya? Mek sayang Cikgu, ikhlas lillaahi taala. Mek Samihah Omar. This is Misha, Live at DFP, 5 Ogos 2019,” coret Misha jujur buat suami kepada penyanyi, Alyah itu.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang masih tergambar mengenai persembahannya tempoh hari selain turut terinspirasi dengan ucapan yang diberikan Misha buat Ramli.
Terdahulu, Misha turut terharu apabila tiket This Is Misha Live at DFP habis terjual selepas 18 jam dipromosi.
Foto: Instagram Misha Omar, Ramli MS
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!