Processed with VSCO with b1 preset

Sejak mengambil keputusan untuk menutup akaun media sosialnya sejak beberapa bulan lalu, ramai yang tertanya-tertanya mengenai perkembangan terkini adik kepada Neelofa, Ameera Khan.

Ia secara tidak langsung menyebabkan ada yang membuat pelbagai persepsi terhadap remaja terbabit.

Bagaimanapun, Neelofa ketika ditanya mengenai hal tersebut menjelaskan, adiknya sedang berehat seketika daripada dunia media sosial.

Malah katanya kepada MH, Ameera sebolehnya tidak mahu kuasa media sosial memberi ruang untuk mempengaruhi pemikirannya sebagai remaja yang sesang meningkat dewasa.

“Dia sedang berehat dari media sosial sebenarnya. Katanya sebagai seorang remaja yang membesar, dia banyak terima pelbagai persepsi.

IKLAN

“Malah dia juga selalu bandingkan kehidupannya dengan apa sahaja yang dilihatnya di Instagram, khususnya. Jadi dia rasa macam… dia kurang bagus, dia rasa tak sempurna.

“Jadi semua itu menyebabkan ia seakan ‘slowly eating her’ dan dia beritahu untuk take a break sekejap. Tidak mahu perkara itu akan berikan kesan kepada pemikiran,” kata Neelofa.

IKLAN

Sebagai kakak, dia menyokong penuh terhadap keputusan Ameera kerana ia secara langsung memberi impak positif dalam fasa membesar dan meminta ramai pihak agar menghormati privasi adiknya itu.

“Saya sebagai kakak sudah pasti akan sokong tindakannya itu. Ia bagus untuk awak sebab awak remaja yang sedang membesar dan tengah mencari identiti dan secara tak langsung perkara itu akan berikan kesan.

IKLAN

“Saya rasa dia akan kembali tidak lama lagi. Berilah ruang untuk dia membesar ikut ‘flow’ dan tidak membesar dengan arus sosial media.

“Sayanglah juga sebab apabila dia mengambil pendirian untuk tutup akaun, banyak juga jenama yang tanya. Saya beritahu, hormati keputusannya… dia perlukan privasi seketika, dia akan kembali nanti,” katanya lagi.

Terdahulu, nama Ameera atau sinonim disapa sebagai Little Miss Khan sering kali menjadi tumpuan apabila tindak tanduknya menjadi perhatian, lalu mencetuskan reaksi pelbagai di kalangan pengguna media sosial.

https://www.youtube.com/watch?v=dbjIo895RGY

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI