Komposer dan juri tetap Big Stage 2023, Ajai memdedahkan kualiti nyanyian daripada peserta duo Korea Selatan, Hoondoo sememangnya jauh meninggalkan pesaing-pesaing yang lain.
Lantaran itu, Ajai memaklumkan pihak juri terpaksa memberikan cabaran berbeza buat Hoondoo untuk menjadikan pertandingan ini lebih adil.
“Kalau nak dibanding dengan peserta-peserta lain, memang ‘beribu tiang’ tertinggal jauh dengan Hoondoo. Taraf nyanyian mereka sangat tinggi. Mereka buka mulut sahaja nyanyi dah sedap.
“Untuk jadikan pertandingan ini adil, kami kena bertindak untuk seimbangkan Hoondoo dengan peserta-peserta lain.
“Jadi, mereka kena menari pula minggu hadapan untuk berada sebaris dengan peserta-peserta yang all out dari segi kreativiti persembahan. Kita semua dah tahu kekuatan mereka.
“Mereka berdiri sahaja dan mampu menyanyi dengan baik. Penghayatan pun tepat. Sebab itu pemenang persembahan terbaik jatuh kepada Dem Lepak Boyz,” katanya kepada MH.
Ads
Sementara itu, menurut seorang lagi juri tetap yang juga merupakan penyanyi terkenal, Aina Abdul, Hoondoo sememangnya penyanyi duo yang sangat mahir sehingga sukar buat para juri untuk mencari kesilapan.
“Hoondoo tahu yang mereka ini boleh menyanyi. Yang bagus tentang mereka juga adalah mereka ini memang pasangan duo sejak sebelum pertandingan lagi.
“Kita pun tak tahu sudah berapa lama mereka menyanyi bersama. Itu adalah kelebihan Hoondoo. Dalam duo, keseimbangan kedua-dua penyanyi itu penting. Mereka juga penyanyi yang bijak.
“Mereka sangat faham tentang permainan nyanyian dalam duo. Secara vokal dinamik, mereka juara malam ini tapi kalau kita bagi juga mereka persembahan terbaik, ia nampak seperti tidak adil dan kami seperti menghakimi vokal sahaja,” kata Aina.
Ads
Kedua-dua juri berkenaan ditemui selepas berakhirnya konsert minggu ke-5 Big Stage 2023 yang berlangsung di Auditorum Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
Dalam pada itu, Ajai turut menzahirkan rasa kecewa terhadap segelintir peserta yang masih mengulangi kesilapan lama dan tiada menunjukkan sebarang tanda perubahan.
“Ia sangat mudah. Mereka tak faham apa yang kami cakapkan. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Seperti COEX, kita pesan supaya menyanyi mengikut urutan yang sama tapi bila dah habis nyanyi, ada yang sambung lagi.
“Firdaus Rahmat pula, kita dah cakap jangan buat seperti konsert sendiri. Pertandingan ini ada protokol dan kita perlukan kesedapan nyanyian itu.
Ads
“Aufahanie pula, dia masih tiada keyakinan diri. Adakah mereka mendengar komen-komen kami sebelum ini. Apabila mengulang kesilapan yang sama, inilah jadinya. Tiada perubahan.
“Memang peserta ini berpihak kepada peminat yang mengundi tapi ini tetap pertandingan. Juri tak undi kamu,” ulas Ajai lagi.
Menerusi konsert minggu ke-5, Hoondoo yang membawakan lagu This Love meraih markah sebanyak 92% daripada kedua-dua juri tetap seterusnya unggul di tangga pertama.
Cabaran besar menanti Hoondoo pada konsert minggi ke-6 selepas mereka mendapat tugasan untuk membawakan lagu Ghazal Untuk Rabiah dendangan asal Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M Nasir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah hampir enam bulan menyepi dan hilang daripada radar media sosial, pempengaruh yang juga merupakan adik kepada selebriti terkenal, Neelofa, Ameera Khan akhirnya kembali mengaktifkan akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran pertamanya, Ameera berkongsi momen-momen sewaktu dia menyambut hari lahirnya yang ke-22 di Dubai baru-baru ini.
Malah, dia turut memuat naik video swafoto buat tatapan para pengikutnya.
Dalam hantaran berasingan pula, Ameera akui teruja apabila berkesempatan menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.
Katanya, ia merupakan hadiah terbaik sempena hari lahirnya.
Hasil tinjauan MH di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti terut menzahirkan rasa teruja dan berharap agar Ameera sentiasa berada dalam keadaan baik.
“Welcome back,” katanya pengacara, Yaya Zahir.
“Love you my sister,” respon kakaknya yang juga merupakan usahawan, Noor Nabila.
“I love you,” komen pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha.
“You’re back. Long time no see. Happy birthday Ameera,” balas seorang netizen.
“Omg she’s back. We miss you,” komen seorang lagi netizen.
Terdahulu, tindakan Ameera memadam akaun Instagram miliknya nyata telah mengundang tanda tanya ramai pihak.
Malah, sebelum ini juga, Neelofa ada memaklumkan Ameere memutuskan untuk berehat seketika dan mencari haluan diri.
Baru-baru ini nama Ariani Nisma Putri atau Putri Ariani, menjadi fenomena dan sebutan warganet apabila tular klip video memaparkan dirinya seorang gadis istimewa berasal dari Indonesia yang berjaya memberikan persembahan memukau dalam siri realiti TV America’s Got Talent (AGT).
Sedar nama baiknya kini sering meniti bibir ke bibir orang ramai, gadis kelahiran negara seberang, Indonesia itu memberitahu, dirinya juga harus menuntut soal kepentingan merawat kulit wajah.
Dek kerana dia kini sering tampil dalam layar skrin dan bertemu khalayak, Putri Ariani berkongsi cara penjagaan wajah, dengan hanya melakukan rawatan kulit di rumah bersama ibunya.
“Kulit wajah yang bersih kini menjadi sebahagian tuntutan kerja saya. Sebagai remaja saya juga alami masalah hormon dan banyak jerawat.
“Saya jarang ke klinik tapi selalu buat buat rawatan wajah di rumah sahaja dengan mama,” ujarnya.
Memperoleh rezeki yang tak disangka, terbaharu gadis berusia 17 tahun itu ‘dilamar’ sebuah jenama kecantikan Indonesia sebagai duta bagi produk kecantikan mereka.
Untuk perkembangan, berkongsi tentang rezekinya selepas menjadi fenomena, Putri mengakui sentiasa bersyukur dan menikmati saat manis yang sedang dilaluinya dan tidak henti berusaha menjadi lebih baik.
Sekadar info, Putri Ariani, penyanyi muda cacat penglihatan dari Indonesia yang mencipta fenomena tersendiri dalam pertandingan realiti America’s Got Talent (AGT), tidak pernah menyangka impiannya untuk menjadi penyanyi di Amerika Syarikat menjadi kenyataan.
Usahawan sensasi, Liana Rosli meluahkan rasa syukur apabila kali ini berjaya membeli sebuah kereta mewah bagi memudahkan pergerakannya ke hospital untuk tujuan bersalin.
Menerusi Instagram, Liana yang lebih dikenali sebagai Kak KM telah berkongsi sepotong video pendek yang merakamkan dia sedang meninjau kereta dari jenama Mercedes di sebuah ruang pertunjukan.
“Ini dia kereta baru Kak KM untuk pergi hospital nak pergi beranak insyaAllah,” katanya di dalam video berkenaan.
“Alhamdulillah, untuk pi beranak. Nak pegi sambut kehadiran #therealkm,” tulisnya pula ruangan kapsyen.
Di dalam video sama, Kak KM dilihat merasai sendiri pengalaman duduk di tempat pemandu bersama suami dan yang turut disaksikan ahli keluarga lainnya.
Video tersebut sudah pun menerima lebih 35,000 tontonan dan pelbagai komen telah ditinggalkan warganet.
Kebanyakannya memuji kereta berona merah itu selain tumpang gembira dengan rezeki untuk bayi yang dikandungnya.
Kak KM yang juga merupakan anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri dan kakak kepada model Ahya Rosli sebelum ini sudah pun memiliki tiga orang cahaya mata.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert solo penyanyi terkenal, Stacy, akhirnya diumumkan secara rasmi dalam satu sidang media eksklusif yang berlangsung meriah di Sabah International Convention Centre (SICC), baru-baru...