Isteri kepada mendiang Koperal Nurit Pandak, Jowissemborisxs Bah Johan, 36, diuji dengan takdir selepas kehilangan suami tersayang dalam tragedi rempuhan lori di Jalan Sungai Manik-Sungai Lampam, Teluk Intan, pagi semalam.
Lebih memilukan, pemergian Nurit berlaku dalam tempoh tidak sampai dua tahun selepas mereka kehilangan anak perempuan yang meninggal dunia akibat masalah jantung pada Februari 2024.
“Kami sudah berkahwin selama empat tahun. Sebelum ini, kami ada anak perempuan tetapi meninggal dunia pada tahun lepas kerana masalah jantung.
“Kini dia (Nurit) pula meninggalkan saya dan keluarga. Ini memang amat menyedihkan,” katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Teluk Intan (HTI), lapor Utusan Malaysia.
Jelas Jowissemborisxs, suaminya telah bertugas lebih 10 tahun sebagai anggota polis.
Ads
Tragedi Hitam
Terdahulu, media melaporkan kemalangan yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), termasuk Nurit, berlaku apabila konvoi kenderaan FRU dipercayai telah dirempuh sebuah lori membawa muatan batu.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, insiden berlaku ketika konvoi yang terdiri daripada tujuh buah kenderaan dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai menjalankan penugasan sempena perayaan Chitra Pournami di Hilir Perak.
Kenderaan yang membawa 18 anggota dan berada pada kedudukan kelima konvoi telah dipercayai dirempuh secara tiba-tiba, menyebabkan kematian dan kecederaan parah kepada beberapa anggota.
Ads
Kenangan Bersama Tetap Abadi
Dalam pada itu, Jowissemborisxs menyifatkan suaminya sebagai seorang yang berdedikasi dan menyintai kerjaya sebagai anggota polis.
Malah, selepas kehilangan anak mereka, Nurit tetap tabah dan kembali bangkit menyambung tugas demi amanah terhadap negara.
Ads
“Siapa yang tidak sedih dengan kehilangan anak perempuan. Namun, dia sedih tidak lama dan menerima ketentuan itu sebaiknya.
Kini, saya terpaksa menerima kehilangannya setelah hidup bersama selepas lebih empat tahun,” katanya lagi.
Pemergian Nurit bukan sahaja satu kehilangan besar buat keluarganya, malah turut dirasai oleh rakan setugas serta seluruh warga pasukan keselamatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber: Utusan Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, pastinya mendambakan kehadiran cahaya mata yang menjadi pelengkap mahligai cinta yang dibina bersama suami tercinta. Tidak terkecuali pasangan merpati dua sejoli To’ Puan Syamim Mohd Farid dan suami Yang Mulia (YM) Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj.
Bahtera perkahwinan yang dibina sejak sembilan tahun lalu, adakalanya diasak dengan persoalan bila mahu menimang cahaya mata, namun tak mudah melatah bekas Naib Juara Dewi Remaja 2014/15 itu lebih senang untuk mengambil sisi positif sekiranya masih ada yang bertanya mengenai rezeki cahaya mata.
Tenang Respon Soalan Tentang ‘Cahaya Mata’
Terdahulu, pelakon dan pengacara jelita itu pernah berkongsi mengenai perkara sama selepas ditanya mengenai hal anak menerusi ‘Ask Me Question’ di Insta Stories miliknya.
“Hi Toh’ Puan Syamim, macam mana you handle bila orang tanya pasal anak ye? I wish can be like you,” tulis seseorang di laman Instagram.
“I always answer like this, ‘Insya-Allah bila Allah nak bagi. Doakan ya.’ Just ask them to doakan for you because we never know dalam 10 orang yang bertanya, maybe 1 orang tu doanya diangkat. Stay positive and husnudzon,” jawab Syamim.
Terserlah kematangan dan kredibiliti jelitawan To’ Puan Syamim yang sering mendapat julukan wanita anggun dan ramah tika berbicara menyusun kata.
To’ Puan Syamim Farid Tak Pernah Tinggalkan Doa Ini!
Lebih menarik lagi, menerusi perkongsian sama To’ Puan Syamim turut berkongsikan satu doa harian yang sering diamalkan olehnya ketika seorang pengguna Instagram lainnya bertanyakan perihal amalan seharian yang tidak pernah ditinggalkan oleh wanita berusia 33 tahun itu.
Sekadar recap, To’ Puan Syamim mendirikan rumah tangga bersama Yang Mulia (YM) Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj pada tanggal 19 Mac 2016.
Pada 29 Ogos 2023, suaminya Tengku Ezrique Ezzudean dikurniakan gelaran kebesaran Yang Dimuliakan Tengku Orang Kaya Menteri Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Orang Besar Istana Diraja Selangor, sekali gus melayakkan beliau menyandang gelaran Yang Berbahagia To’ Puan Syamim Mohd Farid.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Penyanyi dan usahawan Mila Jirin, memaklumkan suaminya, Isz Mustapha terpaksa menjalani pembedahan Arthroscopy, Selasa lalu.
Kongsi Mila, suaminya mengalami kesakitan di bahagian bahu ia sekaligus menyebabkan kesukaran buatnya untuk bergerak sejak dua minggu kebelakangan.
“Suami saya memang sudah lama sakit bahu. Dua minggu lepas apabila berjumpa doktor, katanya otot pada bahagian bahu koyak dan ada masalah pada tulang.
“Saya pun tak berapa faham sangat,” katanya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Persis Mutiara menerusi platform sama berkongsi berita gembira apabila memberitahu suaminya kini kian pulih seterusnya menunjukkan reaksi positif selepas selesai menjalani pembedahan.
“Alhamdulillah terima kasih kepada semua yang telah mendoakan suami saya. Alhamdulillah suami saya dah semakin pulih dan sedar.
“Semalam tangan dah boleh gerak sikit-sikit, terima kasih atas doa kalian.
“MasyaAllah saya tak tahu nak cakap macam mana, terima kasih banyak-banyak. Alhdulillah syukur pada Allah,” katanya lagi.
Terdahulu, Mila yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-33, dilihat mengalirkan air mata kerana sebak mengenangkan suaminya yang perlu menjalani pembedahan atas masalah yang dialami.
Mila atau nama sebenarnya Nursyarmila Jirin, 33, mendirikan rumah tangga bersama Isz pada November 2015.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohd Arif Zikri yang kini berusia 3 tahun.
Foto: Instagram Mila Jirin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
SVG Worldwide baru saja mencipta sukses tersendiri apabila melancarkan koleksi Spring/Summer 2025 (SS25: The Journey) pada 8 Februari lalu di The Yard, Sentul Depot dan ia bukan pertunjukan yang biasa-biasa!
Dengan pelaburan RM3 juta, ia menjadi pertunjukan fesyen streetwear solo terbesar di Malaysia setakat ini!
Pertunjukan Fesyen ‘Streetwear’ Solo Terbesar
The Journey menampilkan 100 model di atas pentas peragaan, sekaligus mencipta rekod sebagai pertunjukan fesyen jalanan solo terbesar di negara ini.
Menurut Ashraf Anuar selaku ‘mastermind’ di sebalik SVG Worldwide, pihaknya membawa fesyen jalanan ke tahap baru dengan konsep yang lebih besar, berani dan penuh karakter.
Dengan bajet RM3 juta, acara ini bukan sekadar pertunjukan fesyen biasa tetapi SVG Worldwide SS25 juga membuktikan jenama tempatan mampu menyaingi label antarabangsa.
Kisah Sukses Jadi Inspirasi
Perjalanan founder SVG Worldwide, Ashraf Anuar juga sebelum ini turut menjadi sorotan.
Bermula dengan hanya RM50, dia menjual pakaian dari thrift shop sebelum melancarkan batch pertama kemeja-T yang sold out dalam beberapa hari.
Kini, SVG Worldwide bernilai lebih RM5 juta dan menjadi antara jenama streetwear paling berpengaruh di Malaysia.
Fesyen jalanan bukan sekadar trend, ia sebagai satu pergerakan budaya dan Ashraf membuktikan jenama lokal mampu bersaing dengan nama-nama besar lainnya.
Untuk tujuan itu, pihaknya turutmembuka pop-up store di Starhill Kuala Lumpur pada 9 hingga16 Februarilalu.
Persembahan Faizal Tahir & Tribute Khas Palestin
Acara ini bukan sekadar tentang fesyen tetapi juga membawa mesej yang lebih besar. Persembahan khas Faizal Tahir turut memberi penghormatan kepada Palestin, membuktikan SVG Worldwide bukan sekadar jenama pakaian, tetapi platform untuk suara dan kesedaran sosial.
Dari runway di trek lumba hingga visual immersive, SVG Worldwide terus menolak batas fesyen jalanan ke arah yang lebih tinggi, tahniah!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!